Sekadar berkongsi info.
Buah Mahkota Dewa atau nama saintifiknya, Phaleria Macrocarpa memiliki kelebihan dalam merawat dan mengubati pelbagai jenis penyakit. Paling menarik, tanaman ini yang berasal dari Indonesia ini bermanfaat untuk mengatasi lemah syahwat dikalangan lelaki selain penawar kanser, diabetes, jantung dan tekanan darah tinggi.
Tapi awas! bijinya beracun. Biarpun bijinya beracun, buah Mahkota Dewa berkhasiat menghilangkan kegatalan dan bersifat antikanser. Manakala daunnya mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Kandungan alkoloid membuatkan buah Mahkota Dewa berkhasiat dalam meneutralkan kandungan racun dalam tubuh. Sedangkan saponin menjadi sumber antibakteria dan antivirus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mengurangkan kadar gula di dalam darah dan mengurangkan penggumpalan serta pembekuan darah.
No comments:
Post a Comment