Sunday, September 9, 2012

adobe ai




1. Cara nak ambil gambar / imej untuk tampalan:
Saya guna Elliptical Marquee Tool dengan feather 100 px untuk pilih imej,  boleh tengok imej bawah ni:
Guna Polygonal Lasso tool – saya gunakan untuk ambil bunga, ( ini salah satu cara nak ambil imej/ boleh guna cara lain seperti elliptical marquee tool.
Bila  dah pilih, Copy dengan CTRL + C dan paste CTRL + V  di  background  gambar.

pilih imej
Ok dah habis cara nak pilih dan tampal gambar.
2. Cara nak ubah saiz dan kedudukan imej atau gambar:
Pada layer gambar yang nak diedit, guna Ctrl +T  = Transform untuk ubah  kedudukan imej/ gambar  dan ubah saiz gambar.

Cara nak adjust , kecil / besarkan size imej dgn ctrl T
3. Cara nak mencerah atau menggelapkan gambar/ imej.
Guna CTRL M .  Pilih layer imej yang nak diedit, pilih kawasan nak dicerahkan atau digelapkan.
Gguna ellipical murquee tool, tandakan kawasan tu, dan baru le tekan CTRL +M dan  adjust atau tarik graf hingga dapat tone warna yang kita nak. Cara ni boleh digunakan bagi keseluruhan gambar atau sudut sudut tertentu.
Contoh saya tandakan kawasan langit tu, dan adjust graf, boleh tengok warna tone imej berubah berubah ikut gerakan graf atas dan bawah. Guna kreativiti sendiri ye.

Guna ctrl M untuk cerah dan gelapkan tone imej
Kalau nak  edit kecerahan seluruh kawasan, tekan  CTRL + A ( pilih semua kawasan imej) dan CTRL + M , lepas tu adjust graf. Mudah  je kan.
Semua teknik mudah atas tu ialah asas  je dalam photoshop. Boleh guna teknik lain untuk cantikkan lagi gambar dengan menggunakan eraser tool untuk padam dan warnakan gambar dan menggunakan brush.


Belajar Cs3 -Buat Tulisan dengan Gambar

Share
Teknik ni saya sebut buat tulisan dengan menggunakan imej atau gambar, gambar pemandangan, atau underwater cam imej yg saya dah buat ni.
Kalau nak cuba, meh teruskan pembelajaran..cewahhh!!
Langkah 1
Pilih satu imej/gambar pemandangan.
Rajah1
Pada pallete background tu klik 2kali, jadikan pallete tu 0. Jadi pallete background sekarang sudah aktif kerana jadi Layer 0.
Langkah 2
Buat New Layer  atau Layer 1 (klik dekat tepi gambar dustbin tu )
Rajah2
Langkah3
Masih pada Layer 1, Press D,X ( foreground jadi warna putih).  Tekan CTRL+Del untuk fill warna dalam Layer 1. Layer 1 sudah jadi hitam.
Rajah3
Langkah4
Drag Layer 1 ke bawah dan Layer 0 ke atas. Tengok rajah3 layer hitam ke bawah, layer imej ke atas.
Langkah 5
Pada Layer 0 (imej) press D, (foreground jadi warna hitam),  klik text (text tool), Bold, Impact, Size besar. Tulis perkataan tertentu.
Guna move tool untuk adjust size dan kedudukan text.

Rajah4
Langkah 6
Drag Layer yang ada text ke tengah, Layer 0 ke atas. Lihat rajah 5.
Rajah5
Langkah 7
Create clipping mask pada Layer yang ada imej.
Rajah6
Langkah8
Pada Layer text (ada tulisan) right klik dan guna blending option untuk buat shadow atau lain lain effect.
Guna kreativiti masing2. Lihat rajah 7.
Rajah7
Hasilnya
Selamat mencuba.


Tutorial Photoshop: Makeover Face (Cantikkan Wajah)

Share
Tutorial Photoshop kali ni, saya nak tunjuk cara cara buat makeover wajah, nak buang kedut, buang jerawat, parut dan macam macam lagi yang melekat di muka, bukan pe nak buat bedah plastik tak mampu..so meh la try ni ahahah!!
Ingat muka artis kat cover depan majalah tu lawa sangat ke, smooth, licin, berkilau mcm kulit baby, sebiji jerawat pun takda. Padahal trick je tu, edit edit gambar oleh pakar pakar yang buat cover magazine tu, so dapatlah hasil wajah yang cun melecun.
Tengok cemana gambar muka Fahrin Ahmad dalam iklan Garnier ni..licin kan? sesuai dengan iklan tu, pasal produk penjagaan kulit muka.
So saya bukan nak edit gambar Fahrin, tapi nak touch up muka boyfren Angelina Jolie ni. Jom try..
Ada bebarapa tip dan teknik untuk edit gambar ni, nak buang segala kedut dan nak bagi nampak smooth je muka Brad Pitt ni (supaya Angelina Jolie jatuh cinta semula ahahaha!!)
Gunakan Clone Stamp.
Clone stamp ialah yang bertanda bulatan merah.
Set kan size brush yang sesuai dengan kawasan yang hendak diedit,
Caranya: Pilih ambil clone stamp , tekan ALT  dan hold  dan  tekan mouse di kulit muka/kawasan kulit yang sama padan dengan tone warna
Kemudian touch up bahagian yang nak dicantikkan.
Ulang cara ni dan clone kan kawasan lain pulak.
Guna Eyedropper tool dan Brush

Gunakan eyedropper tool untuk cari tone warna kulit yang sesuai dan pilih brush dan size brush yang sesuai.
Create New Layer untuk memudahkan kita edit warna tone wajah tu, dan mudah untuk betulkan kalau ada kesilapan masa kita mengedit warna.
Bruskan kawasan yang sepatutnya.
Tip: saya guna Opacity  brush ni antara 50% dan Flow 80%
Gunakan Gaussian Blur untuk smoothkan lagi wajah:
Guna Lasso Tool dan tandakan kawasan yang nak diblurkan dan pilih Filter, Blur, Gaussian Blur.

Adjuskan radius pixel  ikut sesuai.
Adjust warna gambar dengan curves   CTRL +M:


Boleh adjustkan  graf dengan gerakkan curves tu supaya dapat warna gambar yang  terang atau gelap.
Tip: Guna Lasso Tool dan pilih kawasan yang nak diedit, CTRL + M dan adjust warna.
Gunakan bila perlu, kreativiti sendiri ye.
Kedut di dahi dan mata sudah hilang, kulit dia sudah agak licin  kan?
Brad Pit selepas di makeover
OK, Selamat Mencuba.

Cara Buat Watermark Stamp Atas Gambar Dengan Photoshop

Share
Entri Ulangan…
Akhirnya dapat jugak saya buat watermark  berbentuk stamp atau cop mohor ni. Watermark ni leh kita paste kan atas gambar setelah siap dan cepat tanpa perlu kita edit watermark tiap tiap kali nak upload gambar dalam blog. Setelah saya pening mencari cara nak buat sebab saya nak jugak buat heheheh..!! Akhirnya saya dapat gak buat. Kalau buat sendiri puas hati kan, then leh edit sesuka hati bentuk mana nak, nak tambah objek pe lagi leh aje kan..
So saya tunjuk cara-cara  nak buat watermark stamp ni atau saya panggil cop mohor..hehehe!!
Ni cop mohor saya
Korang nak buat jugak ke stamp watermark ni?..mari belajar cara caranya
Langkah 1.
Buka new layer dalam photoshop (saya guna CS3).
Pastikan anda pilih Transparent pada background content tu.
Langkah 2.
Pilih ellipse tool shape untuk create circle . Pilih Path dan buat bulatan.
Langkah 3
Pilih Text tool dan gerak cursor ke luar kawasan  imej bulatan tadi sampai nampak satu cursor lain yang berpalang , klik di situ dan boleh mula menaip.
Langkah 4 .
Edit text mengikut kreativiti anda. Gunakan Ctrl T atau blending option dan buat adjusment size font sendiri.
Langkah 6
Save imej ni sebagai Save for web …dan bukannya jpg atau lain2 format.
Akan keluar macam dalam imej atas ni, pilih PNG-24 dan save dalam komputer, pastikan anda ingat di mana anda simpan nanti senang nak cari.
Cara paste gambar/imej pada bulatan .
Nak letak imej , gambar dalam bulatan tu?
Imej mesti di paste kan atas background transparent (mcm dalam langkah 1) dan save as web. Lepas tu buka imej tadi dan copy paste pada bulatan tu.
Ok habis. Gunakan le watermark stamp ni dengan paste kan pada gambar , guna le photoshop atau photoscape macam biasa.
Tak paham leh tanya lagi …Selamat Mencuba

Macam Mana Nak Install Font Dalam Photoshop CS3/CS4

Share
Hari ni saya nak buat tutorial macam mana nak install font dalam Photosho CS3 dan CS4. CS5 mungkin boleh jugak.
Mula- mula kita pergi ke website yang sediakan free download pelbagai jenis font. Nak jenis apa pun buleh, pilih je. Website tu ialah dafont.com. Sila google ye.
Cara-cara :
1.Download dan extract file font tu. kebanyakan file font dlm bentuk zip.
2. Extract file tu. Copy file font yang dah diextract tu.
3. Pergi ke Computer, masuk ke C, pilih program files, pilih Common File, pilih Adobe, pilih Fonts.
contoh nama font, TrueType font file
Dalam font tu mungkin ada beberapa subfolder, buka folder tu dan cari font file type, kalau ada paste sekali dgn kumpulan kumplan font type tadi.
Contoh dalam folder Fonts saya ada folder nama Raqrd, sub folder dia ialah Base dalam Base, dalam tu ada byk font, so saya paste dalam foder tu.
Ok Done.
Bila nak guna dalam Photoshop nanti just cari dalam font td, ingat nama jenis font yg baru anda install ye.
Cara Lain Untuk Install font dalam Pc.
Seperti yang Muhammad Burn (komen) boleh paste font dalam Control Panel,
Buka Control Panel dan cari Font, paste dalam tu.
Bagi win 7, buka Control Panel, buka Appearance and Personalization , Font, paste situ.
Terima kasih kpd Burn.
Ok, selamat mencuba.


Tutorial wat 3D text_Adobe Illustrator CS3

.



Salam Korang...

Hari nie wan nak wat Tutorial wat 3D text..Nak kate senang tak gak lah..Koz kali nie kita akan wat guna Adobe Illustrator CS3.

So bagi sesape yang ade Adobe Illustrator nie..korang leh lah open Adobe Illustrator korang tu..


Law dah open..Korang klik File and New File k..Lepas tu korang akan nampak pop up macam kat bawah nie..


Size tu terpulanglah k...Tak kisah sangat pun..lepas tu klik ok..And korang akan nampak macam kat bawah nie lak..


Lepas tu korang klik lah TOOl Fonts..korang tulis lah ape yang korang nak..



Law dah..korang klik lak anak panah macam kat gambar bawah nie..


Korang leh resize tulisan korang tu..Law korang tekan SHIFT...Tulisan korang tak kan penyek.



Lepas tu..Ekot je gambar kat atas..Klik kat anak panah tu..And klik 3D pastu klik Extrude and Bevel..Pastikan tulisan korang tu masih dalam petak k..macam kat gambar atas tu..



Dan korang akan dapat Pop Up macam kat atas tu..korang tick preview..So korang leh tengok perubahan tulisan korang..


Box yang korang leh gerakkan tu..pergerakan tulisan korang nak arah mane..Yang ketinggian tu lak..Ketebalan 3D tulisan korang..dan yang warna tu..warna lah kan..ehehhe..korang klik custom so korang leh ubah warna..



Dan lepas tu selesai..Dan korang leh lah ubah warna Tulisan korang tu..Double klik kat anak panah macam dalam gambar kat atas tu..



Nak Save lak..Korang klik File and Save As k..pastu klik je Ok..Lepas tu korang akan dapat Pop Up macam kat bawah nie lak..korang save je k..



So selesai...

Law korang nak Edit Tulisan korang tu lak..Korang Open lak Adobe Photoshop korang..And Klik File and Open..So korang pilih file Format Ai yang korang save tadi..Lepas tu klik open..dan korang akan dapat Pop up macam kat bawah nie..



Korang klik je Ok ..So akan terkeluarlah hasil korang kat Adobe Photoshop.


Dan korang leh edit ekot kretiviti korang..


Tutorial cara guna Xara 3D_Tutorial 3D Text

.



Salam korang..


Hari nie..Wan nak wat Tutorial 3D text lak..Tutorial cara nak guna Software Xara nie..senang je taw..Nampak tak 3D text yang Wan dah hasilkan kat atas tu..Wan guna Software Xara nie untuk membentuk 3d tu and corak corak dan susunan lak..Wan guna Adobe Photoshop.

Law Korang nak try..

Jum tutorial..

Mula mula korang Open Xara korang...dan korang klik "X" macam kat anak panah tu..So korang nye Text tak de Background..Macam kat gambar bawah nie..


Dan korang akan dapat hasil macam kat bawah nie...

Lepas tu korang klik lak "Abc" ..macam kat anak panah atas tu..Dan korang akan nampak Pop Up macam kat bawah nie....



Korang klik untuk tulis Text korang..Law Wan..Wan akan tulis satu huruf je..Sebagai contoh Wan guna Huruf "W".Tengok kat gambar bawah nie..



Ok..dah selesai taip huruf..korang klik ok..lepas tu korang klik kat anak panah macam kat gambar bawah nie..Untuk korang ubah warna Tulisan korang tu..


Korang leh ubah kedudukan text korang dengan klik kat text korang tu..tengok cursor korang k..macam kat gambar bawah nie..dekat anak panah tu lak..korang leh adjust ekot kesesuaian korang..klik je mane mane..korang dapat tengok perubahan.



Lepas tu korang leh ubah pengcahayaan korang dengan klik mentol..macam kat anak panah dalam gambar bawah nie..


Anak panah putih putih tu korang leh gerakkan..



Law korang dah puas hati dengan hasil korang..Korang Save lak..Nie cara nak Save..pastikan korang save dalam format .PNG k..klik File lepas tu klik lak Export..Dan korang akan dapat pop up macam kat bawah nie..



Korang isi nama text korang and pastikan Save dalam format.PNG k...tengok gambar kat atas tu..lepas tu..korang akan dapat Pop Up macam kat bawah nie..



Korang ekot je k..macam kat gambar atas tu..Dan korang ulangi step kat atas tu untuk huruf huruf yang len..dan korang ubah ubah lah warna da kedudukan huruf korang tu.Dan selebih nya..Korang leh godek godek sendiri.




Dah selesai wat semua huruf..Korang open lak Adobe korang tu...dan open huruf yang korang dah wat tu..Dan korang edit...So...tu je..selamat mencuba..



Selesai.


Selamt mencuba


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...