Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai
ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan
dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang
dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai
ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu
mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Keterangan:
Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah herba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.
Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke 20.
Pokok Misai Kucing
Nama Tempatan : Misai kucing
Nama Saintifik : Orthosiphon aristatus /stamineus benth
Nama Lain : Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee,
Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher
Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis
Koetjing and Yaa Nuat Maeo.
Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher
Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis
Koetjing and Yaa Nuat Maeo.
Latin name : Orthosiphon spicatus
Family : Lamiaceae
Khasiat Herba Misai Kucing
1- Herba ini bersifat Diuretik berkesan untuk membantu melawaskan pembuangan air kencing
2- Menghalang pembentukkan batu karang
3- Membantu menyingkirkan lebihan asid urik pada sendi dan otot
4- Membantu merendahkan tekanan darah
5- Membantu mengeluarkan sisa toksin melalui pembuangan air kencing
6- Membantu meredakan keradangan sendi, gout dan sengal-sengal tulang
7- Membantu merawat masalah ginjal dan buah pinggang
PHL Trade mengeluarkan produk berasaskan Herba Misai Kucing + Herba Dukung Anak + Stevia Rebaudiana yang dikenali GRUN. Grun dirumus khusus untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang dinyatakan di atas. Dapatkan produk ini terus dengan nombor talian yang tertera pada ruangan 'beli cara online'.
Harga - RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
No comments:
Post a Comment