Wednesday, April 4, 2012

Pengorbanan ibu.....untuk iktibar.


Cerita ini merupakan sebuah cerita benar. Malah telah gambarkan dalam satu filem di Mesir dan drama keluaran tempatan. Begini ceritanya...

Terdapat sebuah rumah bersebelahan sebuah sekolah. Rumah itu didiami oleh seorang ibu dan anak. Anak tersebut pergi ke sekolah disebelah rumah tersebut. Ibu si anak ini sering ke sekolah waktu rehat untuk memberi makanan kepada si anak. Tetapi si anak sering memarahi ibunya supaya tidak datang ke sekolah kerana malu akan ibunya yang buta sebelah mata. Si anak merasa malu dengan kehodohan ibunya itu. Ibunya tidak endah dan akan setiap hari ke sekolah utk memberi makanan dan tetap di marahi oleh si anak tersebut.

Si anak nekad untuk belajar kuat untuk mendapatkan sekolah asrama supaya ibunya tidak dapat datang melawatnya. Dengan izin Allah, si anak pun dapat sekolah asrama dan ibunya tidak datang melawatnya lagi. 

Si anak kemudian nekad itu mendapatkan biasiswa untuk belajar di luar negara. Si anak pun berjaya mendapatkan biasiswa dan belajar di luar negara. Sejak itu, terputuslah hubungan si anak dengan ibunya. Si anak pun berjaya belajar tinggi dan kahwin dengan seorang perempuan Mesir di luar negara. Si anak kembali ke Mesir tetapi tidak balik melihat ibunya. Si anak terus berjaya dalam hidup dan menjadi orang besar di dalam daerah tersebut.

Ibunya bangga melihat kejayaan anaknya melalui surat khabar ingin benar menjumpa anaknya, maka sekolah lama si anak mengadakan alumni dan menjemput si anak tersebut. Orang kampung berjanji kepada ibunya yang mereka akan membawa anaknya selepas perjumpaan alumni itu ke rumah untuk berjumpa dengan ibunya.

Si anak pun datang ke sekolah tersebut menaiki kereta mewah dan terus meninggalkan tempat itu selepas habisnya upacara tersebut tanpa melawati ibunya. Ibunya yang bersedih akan perkara tersebut nekad itu menjumpa anaknya. Ibu berjaya mendapat alamat rumah anaknya dan berangkat menaiki keretapi dan melalui satu perjalanan yang jauh yang memakan berhari. 

Akhirnya sampai jua, ibunya ke rumah si anak tersebut. Ibu mengetuk pintu dan cucu ibu tersebut membuka pintu. Si cucu menjerit kepada ayahnya "Ayah, ada nenek miskin nak mintak sedekah". Si ayah tersebut pun datang melihat dan terkejut melihat ibunya. Si anak tersebut memarahi ibunya lagi. "Saya tidak ingin melihat ibu kerana ibu hodoh! Saya malu melihat ibu! Jangan kembali lagi ke sini, saya tidak ingin melihat ibu lagi!" 

Ibunya yang berpatah hati kembali ke kampungnya selepas mendengar kata-kata anaknya yang cukup memilukan hatinya. Sekembali ibu tersebut ke kampung, ibu menulis beberapa surat kepada anaknya tetapi tidak di balas. Si ibu kini tenat dan sakit. Si ibu ingin melihat anaknya dan berutus surat tetapi tidak juga diendahkan oleh si anak.

Akhirnya si ibu meninggal dunia tetapi sebelum itu meninggalkan wasiat supaya seutus surat yang ditulisnya di berikan kepada si anak.

Surat itu pun sampai kepada tangan si anak. Si anak membuka dan membacanya "Wahai anakku, ibu bangga dengan percapaian kamu dan ibu tetap sayang kepada kamu. Ibu sudah tiada lagi tapi ibu masih gembira kerana ibu masih dengan kamu. Ibu ingin menceritakan sebuah kisah, kamu selalu memanggil ibu hodoh dan buta satu mata, ini adalah kerana semasa kamu kecil, kamu mengalami satu kemalangan dan buta sebelah mata. Ibu tidak ingin kamu dicaci nanti oleh kawan kawan kamu, maka ibu sanggup memberi mata ibu kepada kamu. Ibu gembira sekarang, kerana ibu masih dapat melihat menerusi kamu"

Si anak yang kini sedar akan cerita sebenar meraung kesedihan dan kini sedar akan betapa besarnya kasih sayang ibunya dan betapa besar kesilapannya. Dengan takdir Allah S.W.T, si anak yang berpangkat besar kini menghadapi masalah. Masalah keluarga. bercerai dan masalah kerja. Sehingga satu tahap, dia menjadi miskin dan kembali ke kampungnya dan duduk di rumah asalnya. 








Sesungguhnya Allah Maha Adil. 

Setelah sekian lama berada dlm keadaan tersebut, si anak tersebut dengan perlahan-lahan kembali ke status asalnya.

Terdapat 3 cara Allah memberi pahala dengan seponton iaitu apabila melihat Kaabah, melihat Al-Quran dan melihat muka ibu bapa.

Sesungguhnya orang yang paling rugi adalah orang yang mempunyai ibu-bapa yang masih hidup dan tidak membuat sebarang kebajikan bagi mereka. 

Semoga kisah benar di atas memberi pengajaran kepada kita akan betapa besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...