Friday, June 29, 2012

Saham Felda FGVH : Pengerusi Felda Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?




Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39 saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada “pasaran terbuka” semalam.
Jikalau dikirakan daripada setiap unitnya, berapa lebihan yang bakal diperolehi dikalangan pemburu-pemburu saham termasuklah peneroka Felda yang terlibat bersama-sama memeriahkan penyenaraian IPO Felda FGVH semalam?


Yang peliknya Tan Sri Isa Samad yang berjaya diangkat menjadi Pengerusi Felda dan merupakan orang penting disebalik penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia telah pun berjaya mendapat sehingga 180,000 unitsaham Felda FGVH walaupun, walaupun……beliau tidak memiliki satu inci tanah sekalipun.
  1. Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
  2. Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
  3. Dr Omar Salim – 150,00 unit saham
  4. Dr. Emir – 150,000 unit saham
  5. Ini yang dia atas kertas dan sudah diketahui, yang tidak didedahkan lagi bagaimana pula angkanya?


 Kami teringat dengan kata seorang bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, kalau anda masih ingat lagi Tan Sri Ramli Ngah Talib. Apa yang beliau pernah katakan sebelum ini dalam satu wawancara bagi program ‘In Person’ di Astro Awani)?
“Kenapa kerajaan negeri Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tetapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, akhirnya Amanah Saham Negeri-negeri jatuh. Sekurang-kurangnyanya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya”.



Pulangan Disebalik Penyenaraian Saham Felda FGVH ini :

  1. Pengerusi Felda : 180,000 unit saham x 0.75= RM135,000.00 . (Orang kuat disebalik penyenaraian felda)
  2. Ceo Felda : 120,000 unit x 0.75= RM90.000 (Menyokong penuh penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia)
  3. Pengurusan Felda : 15,000 unit x 0.75 = RM11,250. Kelompok penting yang mendapatkan tandatangan daripada kalangan peneroka Felda. Borang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah
  4. Peneroka Felda : 800 unit saham x 0.75 = RM600.000. Kepada kalangan peneroka Felda, jangan lupa tanggungjawab melunaskan pinjaman hutang bank . Bunga 5.5% + wang proses RM200.00 sahaja. Unit saham Felda FGVH hanya boleh dijual selepas 6 bulan
Hakikatnya,  berdasarkan semakan kami terhadap propektus di halaman 31, syarikat luar seperti Louis Dreyfus akan diberi saham 2.5% saham bersamaan (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan peneroka Felda. Macam mana Menteri Ahmad Maslan kata pembahagian saham Felda FGVH adil kepada peneroka? Syarikat Yahudi yang ditubuhkan pada 1851 itu jikalau merujuk kepada pasaran semalam dan andaikata mereka bertindak menjual saham-saham mereka berapa banyak keuntungan mereka?
RM68,403,000.( 0.75sen x 91,204,000). Peneroka Felda?
 

P/S : Main saham ini ada pasang surutnya, ada masa kita melihat cahaya awan hari ini cukup cerah, ada masa pula cahaya awam cepat bertukar menjadi gelap tanda hujan akan turun pada bila-bila masa. Ada masa kita gembira dan ada masa kita boleh menangis. Bersedialah menerima sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Apapun kami doakan yang terbaik terutamanya kepada peneroka Felda…





PP/S :  Lihat saham Facebook dimana pada 18 Mei didagang pada nilai tinggi tetapi akhirnya “jatuh terduduk” pada nilai  USD 25.52 sesaham atau 32.8% (dalam tempoh 24 hari didagangkan) merudum. Harap-harap dijauhkan nasib seperti ini menimpa peneroka Felda, walaupun hakikat sebenarnya kita semua tidak mampu mengawalnya apabila ia sudah didagangkan pada pasaran terbuka…Nantikan sebulan daripada sekarang?



Sunday, June 24, 2012

Trial pack- Jem Cafe

Kehadiran Jem Cafe dalam pasaran adalah untuk mempelbagaikan keluaran orang kita khususnya produk minuman harian atau kopi pracampur. Dalam keadaan pasaran yang sedikit perlahan, agak perlahan laa jugak penerimaan penggemar2 kopi untuk mencuba jenama baru. Pun begitu ada sedikit 'movement' bila dibuat fliers kat setiap kedai makan tentang kebaikan produk.
Pek percubaan ini dibuat untuk penggemar2 kopi yang sekadar nak mencuba, kita sediakan pek seperti ini.


Baru dalam pembikinan untuk membuat pek percubaan...





Tuesday, June 19, 2012

FGVH- pengkianatan terbesar....




Pihak pemerintah meneruskan siri-siri mengagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru.

Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.


Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.

Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual.

Bagi PAS, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah.

Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. Pihak pembangkang menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan Umno yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada pembangkang dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual di bawah pemerintahan kerajaan BN hari ini.

sumber;harakahdaily
edit;matt

Jernihnya sungai ini....


Menakjubkan...Subhanallah....!
Sungai ini terletak di Pizzo Barone, Switzerland. Nama sungai ini Sungai Verzasca ( Versasca River). Sungai ini terkenal sebagai kawasan pelancongan dan terkenal dikalangan peminat scuba diving dan bungee jumping.






















Thursday, June 14, 2012

Beso giler ikan keli nii...


Ikan keli ini ditangkap kat Mukah, Sarawak. Berat dianggarkan 2 tan. Kalau laa..sebesar ni..ada selera ke nak makan...? tak tau laa apa yang ada dalam perut ikan nii...









Wednesday, June 13, 2012

Minuman untuk facebooker....facecafe...ada ka..?



Anda seorang facebooker...?
2 hingga 3jam anda melayari internet dan facebook...tentu anda terasa dahaga. Nah..! ini dia minuman untuk anda..facedrink. Minuman sosial anda.....Jika anda terasa nak mencubanya...anda kena cari sendiri...sebab saya tak jual, saya hanya jual kopi...mungkin akan keluar pulak facecafe...he!he!..






















The Facedrink

Jom pakat serbu karnival Radix....














Awan pelik di Sabah...12 jun 2012

















Monday, June 11, 2012

Felda akan dikuasai Zionis?




7 September 1981, kerajaan Malaysia menerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) mengejutkan pasaran saham dunia apabila mengambil alih syarikat pertanian British, Kumpulan Guthrie dalam masa kurang daripada dua jam.

Peristiwa ini dikenali sebagai ‘dawn raid’ atau ‘serangan subuh’, yang mengakibatkan timbulnya krisis diplomatik antara kerajaan Malaysia dan British. Salah seorang yang terlibat dalam operasi ini ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor sekarang, yang pada masa itu memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB.

Menyoroti peristiwa bersejarah tersebut, Tan Sri Khalid Ibrahim, dalam satu temu bualnya menjelaskan antara sebab PNB mengambil alih Guthrie adalah agar tanah-tanah ladang milik Guthrie yang diambil sejak zaman penjajahan British dapat dipulangkan kepada rakyat Malaysia.

Selepas hak milik tanah berkenaan dikembalikan, kerajaan akan menjual semula saham-saham Guthrie yang dibeli sebelumnya. “Secara zahirnya, kami mendapatkan Guthrie secara percuma,” ujar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tahun 1935, mufti Palestin, Sheikh Amin al-Hussaini telah mengeluarkan fatwa melarang penduduk Palestin menjual tanah mereka kepada orang-orang Yahudi. Walau bagaimanapun, disebabkan tawaran harga yang lumayan dan dijanjikan pembangunan serta kemajuan di tempat mereka, para pemilik tanah Palestin ketika itu tidak menghiraukan fatwa tersebut. Mereka berlumba-lumba menjual tanah mereka untuk untung cepat. Sekarang wilayah Palestin hampir hilang daripada peta dunia.

28 Jun 2012, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur, yang akan membuka seluas-luasnya aset Felda yang berupa tanah ladang, kilang minyak sawit dan anak-anak syarikatnya kepada dunia.

Semua manusia, termasuk pelabur-pelabur asing yang kaya-raya akan berpeluang membeli saham FGVH dan secara tidak langsung menjadi tuan kepada tanah ladang, kilang minyak sawit dan anak-anak syarikat Felda.

Keadaan ini begitu jauh terbalik berbanding apa yang berlaku pada tahun 1981, di mana kerajaan Malaysia sanggup menghabiskan wang membeli saham syarikat luar bagi memulangkan hak milik rakyat kepada rakyat.

Kini kerajaan sedia ada sanggup menjual hak milik rakyat kepada syarikat luar bagi memperoleh keuntungan cepat, yang kita tidak pasti majoritinya akan jatuh ke kocek siapa. Antara pihak yang telah ditawarkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Kumpulan Louis Dreyfus, firma gergasi makanan yang berpangkalan di Perancis.

Sekelip mata sebahagian harta Felda dan peneroka Felda akan menjadi milik orang asing. Lebih sayu, pemilik syarikat berkenaan, Gerard Louis-Dreyfus adalah berketurunan Yahudi. Selain itu, FGVH juga dikatakan akan menjadikan Bunge Limited, sebuah syarikat pemprosesan makanan antarabangsa sebagai rakan kongsi strategik.


Bunge Limited juga merupakan perusahaan yang ada hubung kait dengan ahli perniagaan Zionis. Terdapat perbezaan ketara antara hak milik tanah dan hak milik saham. Tanah sukar dijual beli, harganya stabil dan pertukaran hak miliknya boleh dikawal oleh kerajaan.

Sementara saham pula boleh dijual beli dengan mudah, harganya tidak stabil dan pertukaran hak miliknya bebas seiring dengan bebasnya aktiviti perdagangan global. Memang pada masa kini firma-firma asing hanya akan memegang sebahagian kecil saham FGVH sementara selebihnya dipegang oleh kerajaan Malaysia, peneroka dan staf Felda, kerajaan-kerajaan negeri serta kalangan bumiputera ‘terpilih’.

Tetapi ingat, saham itu boleh dijual bila-bila masa. Mungkin suatu hari nanti ia akan dijual jika menerima tawaran harga lumayan, sama seperti penduduk Palestin yang berlumba-lumba menjual tanah mereka kepada para hartawan Yahudi dahulu.

Maka jadilah Felda, dan peneroka Felda, dan rakyat Malaysia amnya, hak milik orang asing, serta pedagang-pedagang Zionis. Hari kejatuhan kita akan diingati sepertimana kita mengingati Hari Nakbah Palestin pada 15 Mei setiap tahun.

Permulaan kepada bencana besar ini adalah pada 28 Jun nanti, hari pertama kita menyerahkan kedaulatan kita untuk direbut dan diratah oleh seluruh dunia. Maka wajarlah 28 Jun digelar sebagai Hari Nakbah Felda. Hanya satu cara bagi mencegah musibah ini daripada terjadi – batalkan penyenaraian Felda ke bursa saham.

sumber;wartasubhi

Friday, June 8, 2012

Mahkota Dewa dalam Jem Cafe....




Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) dikenali sebagai salah satu tanaman ubat di Indonesia. Asalnya dari Papua/Irian Jaya. Mahkota dewa merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m. Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.

Daun berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.
Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.
Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak.
Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.
Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, ianya perlu di rebus terlebih dahulu.
Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.



Kandungan Kimia

1. Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin & polifenol (lignan)
2. Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid.
3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.

Sifat & Khasiat
1. Kulit Buah dan Daging Buah : mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.
2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.

Komponen lignan baru yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6 & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.

Catatan
- Bagian buah terutamanya bijinya beracun, perlu di rebus sebelum memakannya.
- Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.

Kandungan
Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti:
Alkaloid, bersifat detoksifikasi yang dapat menetralisir racun di dalam tubuh

Saponin, yang bermanfaat sebagai:
1- Anti bakteri dan anti virus
2- Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
3- Meningkatkan vitalitas
4- Mengurangi kadar gula dalam darah
5- Mengurangi penggumpalan darah

Flavonoid
1- Melancarkan peredaran darah keseluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
2- Mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi lemak pada dinding pembuluh darah
3- Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner
4- Mengandungi anti inflamasi (antiradang)
5- Berfungsi sebagai anti-oksidan
6- Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan- Polifenol
7- Berfungsi sebagai anti histamin (antialergi)

Nama Lain: Simalakama (Sumatera), Makuto Rojo, Makuto Ratu, Obat Dewa, Pau (Obat Pusaka)

Khasiat dari Mahkota Dewa :

1. Kanser & Tumor
2. Eksim (Penyakit Kulit)
3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4. Hipertansi (Darah Tinggi)
5. Hepatitis (Radang Hati)
6. Reumatik (Sakit Sendi)
7. Asam Urat (Arthritis Gout)
8. Penyakit Jantung
9. Gangguan Ginjal

Khasiat herba hebat ini ada dalam Jem Cafe.....



Nyata berbeza..........! Jem Cafe...Cubalah.....!




Jem Cafe- Je.. (jenama) m..(muslim). Jenama Muslim  atau ringkasnya Jem Cafe dicetuskan oleh pemilik kopi pracampuran di atas dasar memperbanyakkan produk keluaran muslim bumiputera. Walaupun banyak produk jenama kopi yang pelbagai citarasa di pasaran, Jem Cafe sedia mengharungi cabaran dan risiko. Dengan mengambilkira servis berkala serta disiplin unggul menjadi keutamaan untuk bersaing dengan jenama sediada.

Dikeluarkan dalam bentuk papan untuk pasaran kedai kopi dan mini market. Akan menyusul dalam kotak untuk pasaran yang lebih menyeluruh termasuk kedai 24 jam, pasaraya dan kedai/kiosk herba.

Keenakan serta kelazatan Jem Cafe bukan sekadar sedap ditekak bahkan mampu mengurangkan pelbagai jenis penyakit. Aduan herba yang ada dalam Jem Cafe seperti Mahkota Dewa, Tongkat Ali, Ubi Jaga, Mengkudu, Misai Kucing dan lain-lain sudah diketahui oleh ramai penggemar kopi herba.






Wednesday, June 6, 2012

Kepimpinan baru DPIM




26 Mei - Tan Sri Muhammad Ali Hashim telah dipilih sebagai Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang baru bagi penggal 2012 hingga 2015. Beliau telah dipilih bagi menggantikan Tengku Tan Sri Dato Seri Ahmad Rithaudden Tengku Ismail yang telah memberi laluan kepada Tan Sri Muhammad Ali yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Presiden. Manakala jawatan Timbalan Presiden yang dikosongkan oleh Tan Sri Ali telah disandang oleh Mohammad Sahar Mat Din apabila 4 calon lain telah menarik diri. Mohammad Sahar sebelum ini adalah Ahli Majlis Tertinggi sejak tahun 2006 dan Setiausaha Agung DPIM sejak April 2011.

 


Manakala 3 jawatan Naib Presiden telah diiisi oleh 2 penyandang sebelum ini iaitu Dato Dr Abd Latiff Awang dan Abd Mukti Syaubari. Manakala seorang lagi dimenangi oleh muka baru iaitu Shaik Mohd Hussain Abdul Aziz yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini. 4 orang calon telah bersaing untuk mengisi jawatan tersebut. Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT)  seramai 8 orang telah dipilih daripada 17 orang yang bertanding dimana 7 daripada AMT adalah muka baru. AMT yang terpilih ialah Dato Nazilah Abd Latif (Pahang), Zulkifli Abd Latif (Melaka), Nik Yusuf Nik Ismail (Selangor), Ishak Hamzah (Putrajaya), Dato Samsuddin Hayroni (Biro Korporat), Muhammad Azam Shah (Johor), Datin Majidah Rashid (Terengganu), Dato Seri Jenar Lamdah (Sabah).



Seramai 120 orang perwakilan telah hadir mewakili 17 Cawangan Negeri-Negeri dari seluruh negara di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 yang diadakan di Melaka Internasional Trade Centre (MITC). Pada malam sebelumnya satu majlis makan malam meraikan mantan Presiden turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka manakala  perasmian Mesyuarat Agung Tahunan telah disempurnakan oleh wakil rasmi YAB Ketua Menteri Melaka.



Mesyuarat Agung Tahunan DPM juga meluluskan resolusi untuk melantik Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup manakala Dato Seri Mohd Yussof Latiff sebagai Timbalan Presiden Kehormat Seumur Hidup bagi menghargai jasa kedua-dua mereka sebagai pengasas DPIM.




Kepada usahawan IKS.....jom sertai DPIM...cerita politik takdak noo..semua pasal bisnes.





Monday, June 4, 2012

Jem Cafe dah masuk pasaran....!



Istimewa untuk peminat- peminat kopi pracampuran herba di Perlis.

Kopi pracampuran Jem Cafe telah memasuki pasaran kedai2 makan, warung kopi dan mini market. Dapatkan secawan sekarang......

Rasailah keenakkan kopi yang 'nyata berbeza'....









Jika di kawasan anda (khususnya di Perlis) belum ada lagi....telefon nombor ini....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...