Friday, May 31, 2013

Alkisah peneroka selepas pru.......





Belum ada sebulan selesainya PRU 13, Macam2 aduan saya terima khususnya dari Warga Felda seluruh negara. Ada anak peneroka mengadu, rumah Gen 2 mereka terbengkalai. Duit dah keluar banyak. Ada peneroka Palong 6 maklumkan sesi dialog dengan Pegawai Felda dari HQ KL semalam jadi kecoh bila dimaklumkan hutang tanam semula peneroka sudah mencecah RM 80-90 ribu. Ada juga yg merintih baki pendapatan bulanan dah tak sampai RM1,000. Hidup makin susah kata mereka.

Saya tetap simpati pada mereka. Meskipun apa yang di ajukan, telah pun di perjuang dan diperingatkan puluh tahun oleh saya dan rakan2.

Antara tawaran Pakatan Rakyat dalam kempen pru baru2 ini ialah menyemak dan memberi subsidi atas hutang peneroka. Diterangkan secara sistematik bagaiamana hutang peneroka boleh dikurangkan. Namun, sesetengah peneroka begitu angkuh mengatakan; ' hutang tu kat pokok, bukannya nampak'. Hutang wajib bayar, berapa pun jumlahnya. Kita makan duit pencen je!, kata peneroka.

Logiknya, jika peneroka lebih yakin dengan BN, kenapa hari ini mereka marah dan mengamuk kepada Felda?
Bayar sajalah berapa pun hutang yg dikenakan!

Bila rumah Gen 2 terbengkalai, panggil semua pemilik2 tapak rumah. Tukar kontraktor. Macamana format rumah asal, sebahagiannya dah buat...
Duit untuk bersihkan tapak dah beberapa kali dibayar. Nak mengaku kena tipu, tidak juga. Tetap BN, demi ketuanan melayu kononnya....

Saya bukan nak pulangkan paku buah keras pada peneroka dan warga Felda akan apa yg mereka rasai selepas PRU 13. Gambaran telah diberikan jika BN terus berkuasa. Nasib FGVH, pekerja2 Felda Plantation, penyelenggaraan kebun dll. Hari ini telah jadi kenyataan.

Bila warga Felda mengadu, apa yg ANAK boleh bantu?
ANAK hanya badan NGO, apatah lagi apabila dasar2 Felda kekal dgn mandat semula BN; kena bersedia dengan padah yg mula dirasai.

Isa Samad, MP Jempol, Eshanudin MP Kota Tinggi, Azalina MP Pengerang, Halimah Sadique MP Tenggara, Anuar Manap MP Sekijang, Ismail Sabri MP Bera (sekadar beberapa nama). Ini kawasan Parlimen yg banyak Felda. Warga Felda jumpa mereka, kerana mereka telah berjanji untuk sehidup semati dengan peneroka. Saya yakin dengan slogan janji ditepati, MP BN ini akan bermati matian menyelesaikan apa jua masalah rakyat dalam tempoh yang singkat.

Kalau Ahmad Maslan mula2 jadi Timbalan Menteri boleh berlakon menoreh getah, tidur rumah peneroka dan tubuhkan Badan Bertindak Peneroka (BAPAK) untuk selesaikan masalah peneroka dalam tempoh 2 minggu; Tok Limah (nama glamour Dato' Halimah Sadique) tentu sedang berkobar2 nak tolong rakyat sebab dah jadi Timbalan Menteri. Tak cukup siang, tengah malam pun Tok Limah sedia berbakti....

Saya dan rakan2 ANAK tidak kecewa, malah sedang merencana gerakan seterusnya. Cuma terkilan, pakej menarik untuk warga felda ditolak. Ada seorang peneroka kata kat saya, calon BN ni aku tau; kaki judi dan joli sana sini. Akhlak pun teruk. Tapi demi melayu, aku terpaksa undi dia. Kalau undi PAS, negeri aku nanti jatuh kat cina!


ntah laa....sesuai tak aku kata...PADAN MUKA....aku pun dari felda jugak....emmmm..!!


sumber;thesniper

Tuesday, May 28, 2013

Kopi dari Sabah.....


Kopi Tenom Sabah

Pertama kali mencuba....peff...!! sedap.
Aku rasa ada 2 jenis je...satu jenis 'o' dan satu lagi jenis siap krimer. Kalau anda peminat kopi anda pasti kagum dengan kopi ini. Cuma nak dapatkannya kena beli sendiri kat Sabah. Aku pun pesan kat isteri kalau ada kawan2nya pergi Sabah kirimkan sekali kopi ini. Kopi ni siap beruncang mudah untuk disediakan.

Cam promote je.....



Monday, May 27, 2013

Hajar Aswad super konduktor....



HAJAR ASWAD MERUPAKAN SUPER KONDUKTOR 



Encyclopedia America menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun sholat di muka bumi ini, nescaya akan terhentilah putaran bumi kita ini, kerana rotasi dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.

Menurut hasil penelitian dari 15 Universitas: Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, iaitu 23.000 kali dari baja yang ada.

Beberapa astronot di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata bersumber dari Baitullah atau Ka’bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya mencapai ribuan mil jangkauan siarannya.

Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis: “Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, sholat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu.

” Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar .


Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan thawaf haji dan Umroh.


sumber;suraualikhwan

Thursday, May 23, 2013

Waspadalah semasa di Hotel....!

Sebagai info.....

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.




1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kondom terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kondom tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.





4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

5: Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.





Monday, May 20, 2013

Pendapatan Ahli Parlimen.


Wahhh...! Lumayan niih....





Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun.

Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).

Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.

Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat.

Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu.


sumber;thestar

Monday, May 13, 2013

Jus penawar Diabetes.....



Didatangkan dalam bentuk Jus...Jussulin ada penawarnya....cubalah.....

Jussulin digabungkan herba2 terpilih seperti ;
Tenggek Burung, Jarum Tujuh Bilah, Pandan Hutan, 
Misai Kucing, Tebu Tebrau, Lalang, Peria dan Peria Katak



Harga RM 25.00 sebotol






Wednesday, May 8, 2013

Kelebihan buah sirsak/durian belanda.




Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.





sumber;facebook

Friday, May 3, 2013

KH Kopi 'O'



Satu lagi produk keluaran Hj Anuar pemilik KH kopi.

KH Kopi 'O' dengan harga pengenalan RM 18.00 sepapan.

Cepat dapatkan sekarang......!!!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...