Tuesday, June 25, 2013

Nasib majoriti ditentukan minoriti






Kes jenayah menjadi 'tema' akhbar bahasa Cina baru-baru ini. Wanita dirogol ketika membeli kek
dalam sebuah kedai di Kepong, pelanggan disimbah air najis ketika menjamu selera di gerai
makanan, restoran dirompak, kes ragut berlaku di mana-mana... Kini, "Namakan tempat yang selamat di Malaysia" menjadi soalan cepumas yang paling mencabar.

Kereta dipecah cerminnya, rumah dipecah pintunya. Malah seorang rakan saya yang merancang untuk pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun mencari rezeki di luar negeri secara berseloroh bertanya, "Senjata mana yang lebih baik untuk saya setelah balik ke Malaysia, parang atau kapak?"

Jawapan rakannya di laman sosial Facebook mencuit hati. "Kalau tidak membawa apa-apa, paling dahsyat kamu ditetak, tidaklah sampai mati. Tapi seandainya kamu membawa parang/kapak ketika berjalan-jalan, dan jika ditemui polis dan kemudian ditahan dalam lokap, matilah kau."

Apa yang tersirat di sebalik sindiran ini adalah ketidakpuasan rakyat terhadap polis yang menzalimi suspek sebelum tahanan lokap dibuktikan bersalah, di samping ketidakcekapan polis untuk mengurangkan kes penjenayahan yang semakin hari semakin melonjak. Lebih-lebih lagi, tangkapan dan tahanan politik mengeruhkan keadaan. Ketika perhimpunan diadakan di luar Lokap Berpusat Jinjang sebagai tanda solidariti kepada Adam Adli, polis cuba menyuraikan perhimpunan dengan memulakan penangkapan. Lantas seorang aunty Cina yang berada di situ mengejek, "Alangkah baiknya kalau kehebatan sedemikian digunakan untuk menangkap penjenayah!"

Isu keselamatan semakin meresahkan masyarakat Malaysia, khususnya golongan bandar. Ia bukan sekadar menyasarkan kaum Tionghua, kerana sahabat Melayu saya turut merasai "bahaya" apabila berjalan di lapangan letak kereta, di pusat beli belah dan sebagainya. Kegelisahan ini dikongsi bersama oleh penduduk bandar.

Tiba-tiba ia mencungkil ingatan saya terhadap pengalaman sepanjang tempoh kempen PRU 13. Kami sekumpulan dari bandar cuba menembusi kampung, termasuk kawasan ladang dan FELDA untuk berkempen. Kami menceritakan betapa bimbangnya diri kami terhadap isu keselamatan, dengan peningkatan kes penjenayahan yang berlaku di sekitar kami. Hampir semua daripada kami mempunyai pengalaman dirompak atau diragut, setidak-tidaknya kawan dan saudara kita pernah menjadi mangsa. Namun demikian, kami perhatikan bahawa penduduk kampung itu seolah-olah tidak tersentuh dengan isu yang cuba kami bawa.

Pengalaman ini memanjangkan renungan saya. Saban hari golongan penduduk bandar terhimpit dan terdesak dengan tekanan hidup, dengan kadar inflasi yang melonjak, sewa rumah, kos pengangkutan, hutang yang membebankan dan sebagainya. Tetapi agak jelas masalah ini tidak menimpa golongan penduduk FELDA dan kawasan kampung di pedalaman. Mereka memiliki tanah dan ladang sendiri. Mereka mudah ke mana-mana dengan pengangkutan sendiri. Pendek kata, "Hidup mereka okay saja! Tiada masalah!"


Maka saya tersenyum sinis dalam hati. Alangkah pandainya BN. Mereka hanya perlu mengekalkan bilangan yang tertentu untuk kawasan parlimen sebegini, dan menjaga kepentingan pengundi kawasan ini sebaik-baiknya. Kemudian, ditambah dengan 25% kerusi parlimen yang dipertandingkan di Sabah dan Sarawak, maka dengan senang BN dapat mempertahankan kuasa kerajaan persekutuan. 

Hakikatnya, 65% kerusi parlimen Malaysia berada di kawasan kampung, meskipun 70% populasi Malaysia kini berada di bandar. Malah, menurutAndrew Khoo dari Majlis Peguam, BN menawan 112 dari 130 kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan parlimen yang kecil dalam PRU13. BN memenangi kira-kira 2.21 juta undi popular di 112 kawasan parlimen ini. Dengan kata lain, BN hanya memerlukan 19.97% undi popular untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. 

Persempadanan kawasan yang tidak adil ini sudah diketahui umum. Barang siapa yang menafikan hakikat bahawa "PRU Malaysia tidak adil" harus digoncang otaknya sekuat mungkin. Usahlah untuk saya panaskan isu yang sudah basi. Tetapi saya ingin mengingatkan bahawa selangkah demi selangkah kita menghampiri kemelut apabila jurang dalam masyarakat ini semakin melebar. 

Hari ini majoriti 51% pengundi Malaysia gagal menentukan nasib negara dan dirinya melalui sistem pilihan raya yang sedia ada. Nasib populasi bandar ditentukan warga kampung yang tidak berkongsi masalah harian dan masalah hidup penduduk bandar. Untuk golongan bandar, inflasi kekal melambung, penjenayahan tetap berleluasa, hutang terus melambak selagi BN menerajui tampuk kuasa. Tapi komuniti kampung tidak terpanggil untuk berubah kerana segala-galanya "okay" untuk mereka. 

Lebih-lebih lagi, pengundi kampung tidak berkongsi nilai yang sama sebagaimana yang dipegang pengundi bandar. Penduduk bandar jemu dengan hujah perkauman, sebaliknya memandang berat isu hak asasi dan kebebasan. Sementara itu, sentimen perkauman kekal mujarab di kalangan sesetengah penduduk kampung, dan mereka semacam langsung tidak peka dan tidak berminat dengan isu hak asasi dan kebebasan. 


Akhirnya, pertentangan antara penduduk kampung dengan penduduk bandar semakin meruncing. Kerajaan akan menggubal dasar untuk menjaga kepentingan minoriti di kampung - kubu yang mempertahankan kuasanya. Sementara itu, majoriti warga di bandar menyalahkan pilihan pengundi kampung, yang menyebabkan warga bandar terus tersepit dalam kesusahan hidup, malah sering terancam dengan penjenayahan yang tidak terkawal. Maklumlah, apabila undi kita boleh dirompak dengan sistem yang tidak adil, maka kita tidak akan selamat di mana-mana. -Lim Hong Siang



sumber;greenboc

Monday, June 24, 2013

Kopi panjangkan usia.....





Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia.

Kajian dilakukan ke atas 500,000  warga emas mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi dalam sehari.

Saintis Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Neal Freedman berkata, dari penyelidikan dilakukan mereka yang mengambil dua atau tiga cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 10 hingga 15 peratus.

“Tetapi sekiranya individu mengambil lebih daripada dua atau tiga cawan, ia tidak memberi manfaat malah dianggap tidak sihat kerana kandungan kafein boleh memberi risiko kepada masalah jantung, strok, kencing manis dan Parkinson," katanya.

Menurutnya, hipotesis kajian dari individu berusia  50 dan 71 itu telah dilakukan sejak 12 tahun lalu dan menunjukkan bukti kukuh.

“Tabiat minum kopi dikaitkan dengan tingkah laku yang mampu menghindari seseorang daripada mengambil minuman beralkohol, karbonat ataupun memakan daging berkalori tinggi," katanya.

Beliau berkata, kopi boleh meningkatkan tekanan darah tinggi.

“Sebatian berbeza dalam kopi adalah penting, iaitu pengambilan tanpa gula adalah yang terbaik,” katanya.

Dr Freedman berkata, pengambilan kopi dalam kadar sederhana tidak memudaratkan kesihatan malahan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan meskipun pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan.

"Kajian menunjukkan kesan pengambilan kopi dapat mengurangkan risiko diabetes iaitu dua kali adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi," katanya.

Menurutnya lagi, kajian membuktikan selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati.

"Kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti fizikal seperti mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam akan lebih segar setelah meminum kopi," katanya. - Jurnal Penyelidikan Kafein.


sumber;sinaronline

Wednesday, June 19, 2013

Mimbar tamar menangis....




SANTAPAN ROHANI 
MIMBAR MASJID NABI MENANGIS... 




MASJID AN NABAWI ADALAH MASJID YANG DIBINA HASIL GOTONG-ROYONG orang Ansar dan Muhajirin, sejurus Rasulullah SAW berhijrah daripada Mekah ke Madinah... Tapak masjid tersebut adalah tempat perhentian pertama unta putih Rasulullah SAW... Ketika orang Muhajirin sampai ke Madinah, mereka disambut dengan meriah oleh orang Ansar... Semua penduduk Madinah berebut-rebut mendapatkan Rasulullah SAW supaya baginda berhenti dan singgah di rumah mereka... Lalu baginda menyerahkan kepada unta putih baginda untuk membuat keputusan...

Kemudian UNTA PUTIH ITU BERJALAN LALU BERHENTI DI SATU KAWASAN LAPANG berdekatan dengan tanah perkuburan... Maka baginda telah mencadangkan untuk MEMBINA SEBUAH MASJID di situ yang dikenali sebagai Masjid Nabawi.... Dalam masjid itu, baginda telah membina MIMBAR YANG DIPERBUAT DARIPADA BATANG TAMAR... DI ATAS MIMBAR ITULAH RASULULLAH MENYAMPAIKAN KHUTBAH KEPADA umat Islam..... Tidak kira pada waktu sembahyang, ataupun pada waktu-waktu yang lain.... Masjid itu juga sentiasa menjadi tumpuan ramai.... Sekiranya ada perbincangan atau majlis ilmu, Masjid Nabawi menjadi pusat perjumpaannya....
Setelah beberapa lama masjid itu dibina dan digunakan, MIMBARNYA MULA MENJADI REPUT... Rasulullah SAW dan para sahabat memutuskan untuk membuat mimbar baru... Lalu Rasulullah dan orang-orang Islam bertungkus-lumus mengumpulkan batang tamar.... Tiang mimbar yang lama telah diruntuhkan dan disimpan di tempat lain untuk digantikan dengan yang baru....

Pada suatu hari, sedang Rasulullah berkhutbah, baginda dan para sahabat TERDENGAR SATU SUARA TANGISAN... MEREKA TERCARI-CARI SUARA TERSEBUT.... SETELAH DITELITI, RUPA-RUPANya suara itu datang daripada batang tamar yang dijadikan mimbar yang lama... Rasulullah SAW pergi mendapatkannya.... Dengan penuh kasih-sayang baginda menepuk-nepuk batang tamar tersebut kemudian bertanya kenapa ia menangis... Batang tamar itu menjawab: “AKU SUNGGUH SEDIH MENGENANGKAN NASIBKU, KERANA KHIDMATKU TIDAK DIPERLUKAN lagi olehmu ya Rasulullah.... Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.”....

Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, NAMUN ENGKAU TETAP AKAN BERSAMAKU DI SYURGA kelak.”... Selepas mendengar kata-kata Rasulullah itu, barulah batang tamar tersebut berhenti daripada menangis....

FIRMAN Allah SWT: “Dan tidak ada yang menghalangi Kami akan mengutuskan (kepadamu) tanda-tanda (mukjizat) KEKUASAAN Kami, melainkan telah didustakan oleh orang-orang terdahulu…” (Surah al-Isra’: 59)....

Monday, June 17, 2013

Subhanallah...! Otak 'segar' sekalipun tubuh rentung





Rahmat ALLAH buat mereka yang mengHAFAZ AL QURAN.

Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup

Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Sunday, June 16, 2013

Kencing manis: 70% risiko buta, kudung




Kuala Lumpur: Lebih 70 peratus penghidap kencing manis di negara ini menghadapi risiko buta, strok, kegagalan jantung dan buah pinggang serta kudung kerana gagal mengawal paras gula dalam badan. 

Ini berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tiga universiti tempatan terhadap 53,000 penghidap kencing manis seluruh negara. 


Kajian itu mendapati hanya 22.5 peratus responden lulus ujian HbA1c dengan mempunyai paras kawalan gula dalam darah kurang 6.5 peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Manakala 77.5 peratus responden yang diuji itu mempunyai paras kandungan gula melebihi tahap ditetapkan, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit kronik itu. 

Kawal gula elak komplikasi 

Presiden Persatuan Diabetes, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail, berkata kawalan paras gula dalam darah penting bagi mengelakkan komplikasi kerosakan sehingga buta, kegagalan buah pinggang, jantung, strok dan gangren yang menyebabkan kaki atau tangan terpaksa dipotong. 


sumber;bharian


KH Kopi ada penawarnya.......dapatkan sekarang....!


Tahniah..! Fiza Halim moga istiqomah...


ohartis-fiza-halim-bertudung-4


Aktres yang juga ibu tunggal jelita, Fiza Halim, 32, mendapat hidayah Allah menerusi mimpi tiga minggu lalu dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup.

Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat.

Bahkan bila masuk saja solat fardu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.

Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak bezikir. "Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya.

"Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak," cerita Fiza.

Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.

"Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve.

"Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu. Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi.

"Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu," kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.

Mengenai lelaki yang pernah mengajaknya berkahwin pada Jun ini kata Fiza, tak ada jodoh. Begitulah suratan hidup Fiza yang tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah.

Insya-Allah, nanti Allah akan temukan jodoh terbaik buat Fiza pada masa akan datang. Sama-samalah kita doakan.

Jika nak berlakon, Fiza mahukan watak berhijab. Insya-Allah akhir Jun ini Fiza akan ke Jogjakarta, Indonesia untuk rakaman siri program pelancongan atas cadangan Along SweetChild dan isterinya. - BH



ohartis-fiza-halim-bertudung-1

“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga.
“Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” ujar Fiza ketika menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 pada Ogos 2011 yang lalu.

Thursday, June 13, 2013

Kemunculan api aneh di Yaman (video)




Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)

Tuesday, June 11, 2013

Saturday, June 8, 2013

Kemunculan api aneh di Yaman....





YAMAN (voa-islam.com) – Jumat (07/06/13) secara iba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu propinsi Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut penduduk propinsi tersebut, di mana mereka tidak bisa menemukan penjelasan ilmiah untuk fenomena aneh ini.

Penduduk yang tinggal di lingkungan Al-salam, kota Al-Hodaidah, panik akibat munculnya api dari bawah tanah sebelah cekungan drainase dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.
Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat kobarannya.

Warga menambahkan, belum ada tim khusus dari pihak yang berwenang dan otoritas daerah di propinsi tersebut yang bergerak untuk mengetahui penyebab fenomena ini yang menyebabkan kepanikan di seluruh wilayah tersebut.[usamah/imo]

sumber;voa-islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...