Monday, August 26, 2013

Produk yang makin disukai....



Kopi ini dah mula mendapat perhatian dan permintaan. Aku rasa promosi atau pun iklan yang berterusan melalui radio,TV dan penajaan drama memainkan peranan. Aku sebetulnya tak mau bikin bisnes kopi ni tapi bila dah servis di kedai, tokey kedai mintak....kopi sbp ada ka...? jadi fikir punya fikir apa salahnya bawak sekali,....nah.....! baru 2-3 kedai aku letak...tudia....laris sungguh.

Emmmmppp....! Masalahnya harga yang dibekalkan tinggi.....dan nak dapatkan stok punyalah susah.
Aku pernah hantar sms dan call kat owner kopi ni...malangnya sms aku tak dibalas dan panggilan aku tak dijawab. Aku kenal owner ni masa KUD 2010 di Bkt Jalil. Lalu otak negatif aku bagi signal.....itu laa dia usahawan orang kita bila dah maju mula laa call tak layan....sms ni jadi pengacau...ntahlaaa...!
Tapi aku masih seperti aku yang dulu, jika aku dah nak sesuatu yang aku fikir aku boleh dapatkan income walau susah macamana pun aku tetap akan cari.....tak dapat owner kopi ni pun aku cari kat lain janji permintaan pelanggan aku ditunaikan.

Ni laa kopi yang aku maksudkan.........







Kopi Super Best Power
Harga RM 27.00






Monday, August 19, 2013

Ikhlaskanlah jika memberi.......


Hatiku tersentuh membacanya lalu aku nak kongsikan......


KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.
Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.
Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.
Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.
“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.
Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca


Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.
Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.
“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.
"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.
Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.
Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.
Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

sumber;sinarharian

Tuesday, August 13, 2013

Rutinku dah bermula.......



Alhamdulillah.....
Hari ini bermulalah rutin harianku sebagai penjual kopi setelah sebulan lebih berehat beribadat sepanjang Ramadhan. Banyak premis dan warung dah kehabisan stok dan juga banyak lagi tokey2 kedai belum buka kedai, raya lagi kot he he...
Hari ni dapat panggilan orang Putrajaya nakkan kopi KH Ori. Pelanggan tu balik kampung kat Guar Sanji dan sebelum balik nakkan kopi KH sebab kat sana mahal....., katanya.

Dan jika anda mahu mencuba KH Kopi baik yang coklat ataupun ori terus hubungi saya. Mungkin produk ini sukar nak beli di tempat anda bolehlah hubungi saya dan kita akan runding harga produk dan postage.



Friday, August 9, 2013

Hina Islam akhirnya terima Hidayah.....






Arnoud Van Doorn bukanlah nama baru dalam dunia politik Belanda. Dia aktif bersama PVV, bahkan merupakan salah seorang pucuk pimpinan tertinggi sebagai Timbalan Ketua. Namun, masih terdapat persoalan yang bermain di mindanya. Mengapa partinya selalu memusuhi Islam? Perasaan inilah yang membuatkan Van Doorn teringin mendampingi Islam, hingga dia mula mempelajari apa itu Islam yang sebenarnya. 

“Saya kini mula memperdalamkan pengetahuan saya tentang Islam,” kata Van Doorn ketika mengenang waktu awal hidayah Islam mula menghampirinya. 

Rasa minat itu membuatkan Van Doorn mula mencari terjemahan Al-Qur’an, hadis, dan buku-buku rujukan Islam. Hari-hari berikutnya, dia lalui dengan membaca dan mengkaji buku-buku itu satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini, Van Doorn hanya tahu mengenai Islam daripada orang-orang yang membenci agama itu sahaja.

Mereka yang dekat dengan Van Doorn sebenarnya tahu bahawa Van Doorn membaca rujukan tentang Islam, tetapi mereka tidak menyangka sama sekali bahawa itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Hal ini kerana dalam dunia mereka, mengkaji sesebuah pemikiran atau suatu akan menjadi lebih faham tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, tidak ramai orang yang mempelajari Islam dan kemudian menyerang kembali agama tersebut.

Van Dorn menghabiskan masa hampir setahun untuk mengkaji al-Qur’an, Sunnah dan beberapa rujukan mengenai Islam. Dia juga sempat berdialog dengan penganut Islam bagi mengetahui lebih lanjut tentang agama yang menarik hatinya itu. 

“Orang-orang di sekeliling saya tahu bahawa saya kini aktif meneliti al-Qur’an, sunnah dan tulisan-tulisan lain selama hampir setahun ini. Selain itu, saya juga telah banyak melakukan dialog dengan orang Islam tentang agama,” ujar Doorn dalam satu rancangan siaran Al-Jazeera (English). 

Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn menjadi semakin tertarik dengan agama itu. Dia mula merasakan Islam sebagai suatu agama yang sangat istimewa. Meskipun, sebelum ini dia juga mempercayai Kristian sebagai agamanya, namun Van Doorn merasakan agama Islam itu lebih istimewa. 

Apa yang selama ini ada dalam kepalanya bahawa Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak bertoleransi, secara membabi buta memusuhi Barat, secara perlahan-lahan mula hilang dari fikirannya. Van Doorn menemui Islam sebagai sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah dia sangka sebelum ini. 

Van Doorn juga menemui yang agama Islam adalah agama yang cinta akan kedamaian. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini memfitnah Islam sebagai pengganas dan menyuruh penganutnya melakukan keganasan.

“99% kaum Muslimin adalah mereka yang bekerja keras dan pecinta kedamaian. Sekiranya lebih banyak orang mempelajari agama Islam yang sebenar, semakin banyak orang yang akan melihat keindahan itu,” kata Van Doorn ketika di wawancara oleh MNA. 


Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Aboe Khoulani, seorang rakannya yang menjawat jawatan di Dewan Kota Den Haag. Selain dapat menjelaskan Islam dengan lebih jauh, ia juga dapat merapatkan Van Doorn dengan Masjid As-Soennah. 

Puncak “pertarungan batin” mula di alami oleh Van Doorn tidak lama kemudian. Adakah dia akan mengikut hidayah yang mula meresapi oleh fitrahnya itu atau hanya menjadikannya sebagai ilmu pengetahuan. Walaubagaimana pun, dia sangat beruntung kerana persoalan itu tidak berlarutan. Setelah yakin dengan Islam, Van Doorn pun mengikrarkan dua kalimah syahadat. Dia kini telah pun menjadi seorang Muslim dan menjadi salah seorang saudara baru bagi kira-kira 1.9 juta umat Islam di Belanda. Tetapi, bagi parti dan pengikutnya, Van Doorn telah dicap sebagai “pengkhianat.”

Monday, August 5, 2013

Asal nenek moyang bangsa melayu.......



BUKTI SAINTIFIK BAHAWA BANGSA MELAYU
NENEK-MOYANG SEBENAR-NYA ADALAH NABI IBRAHIM A.S.

Fakta 1:-
Kajian DNA penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa Bani Israel.

Fakta 2:-
Kajian DNA penyelidik USM 2008 telah berjaya membuktikan bahawa Suku Melayu Minangkabau dan Suku Melayu Kelantan adalah baka Melayu asli

Fakta 3:-
Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahun



sumber;facebook

Sunday, August 4, 2013

Tanda sakit di badan dan kaitannya.....










Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151714907704444&set=a.10150311571129444.355763.762529443&type=1&ref=nf

Thursday, August 1, 2013

Produk kuat dirampas...






KUALA LUMPUR  - Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual.

Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840.

Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

"Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi pengambilannya yang biasanya digunakan oleh pesakit tekanan melampau.

"Kesan daripada pengambilan bahan itu boleh menyebabkan penggunanya mati secara mengejut," katanya selepas menyertai operasi itu.

Menurut Kamarul Azhar, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu hasil risikan pihaknya serta maklumat orang ramai.

"Produk ini dikesan telah banyak diiklan di Facebook dan menarik minat ramai pengguna dalam kalangan lelaki berusia pertengahan tahun," katanya.


sumber;batuvskayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...