Wednesday, July 27, 2011

Berkat dalam berniaga

Kekadang kita anggap kesilapan yang kita lakukan adalah kecil, takpa esok kita perbetulkan. Sedar atau tidak kesilapan yang kita lakukan samada kita sedari ataupun tidak memberi impak yang cukup besar atas perniagaan kita. Sebagai Islam kita kena percaya setiap usaha kita yang dilakukan hasilnya datang dari Allah dan kepada Allahlah kita harapkan agar usaha yang kita lakukan diberi keberkatan. Bagaimana nak dapatkan keberkatan perniagaan?.
Allah berfirman;
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Di sinilah asasnya. Kita terlalu memikirkan duit tanpa kita sedari hak orang lain juga kita lupakan, kita langgar batas-batas yang dah ditetapkan bukan kita saja yang langgar batas-batas itu tetapi kita bawa sekali orang lain supaya langgar batas-batas itu. Pada pengusaha perniagaan, ingatlah kita perlukan InayahNya....tanpanya kita akan kecundang. Walau seribu kudrat kita curahkan, sejuta idea kita sajikan kalau kita lupa padaNya nescaya apa yang kita usahakan selama ini tak akan berhasil. Bukan tak ada hasil langsung tapi tak pernah rasa cukup, nak cepat dapat untung, gelisah siang malam, buntu fikiran nak buat itu tak menjadi, buat ini tak menjadi, plan itu,plan ini tak jadi-jadi juga.......Pengalaman berbayar, padaku satu jenaka. sepatutnya jadikanlah satu iktibar dan kembali balik pada yang asal iaitu koreksi diri sendiri, cari kelemahan diri dan baiki kelemahan itu lalu menadah tangan merintih memohon keampunan atas kesalahan besar yang dilakukan.
Ingatlah...manusia ini jika diberi segunung emas dia akan meminta segunung emas lagi.
jika diberi sihat akan lupalah ia akan sakitnya
jika diberi kaya akan lupalah miskinnya
jika diberi muda akan lupalah ia akan hari tuanya
jika diberi rasa lapang akan lupalah ia akan masa sibuknya dan....
jika diberikan hidup akan lupalah ia akan hari matinya......

Dan jika diberi kesenangan wang melimpah ruah akan lupalah ia dari mana ia datang dan kemana selepas itu dan berkokoklah ia....lihatlah.....kekayaanku...ini hasil usahaku.
Ingat.....biarlah kita menikmati kekayaan dalam keberkatan bukannya menikmati kekayaan dalam istidraj.
Orang bukan Islam menikmati kekayaan dalam istidraj takkan kitapun nak benda yang sama...kan!

Orang berniaga kita pun nak berniaga juga bukannya kita tak tahu nak uruskan perniagaan tapi asas kita sebagai muslim jangan diabaikan. Walau sepandai mana kita berniaga kalahkan Robert Kwok ke, Goh Tong ke, Ananda Krisnan ke, ketahuilah! jika asasnya kita tak jaga akan rosaklah perniagaan yang dibina. Kita sebagai muslim bukan keuntungan pernigaan sahaja yang kita cari tapi keberkatan perniagaan juga kita cari. Patutlah selama ini ramai yang menggunakan produk kita tapi hilang macam tu saja, ramai juga agen stok yang  menjual produk kita macam tu jugak hilang terus. Pernah seorang kawan berkata jika produk ini orang cina yang uruskan dah lama berjaya. Ntahlah...!

Jika berkat yang dicari, sudah tentu berkat yang diperolehi. Jika keuntungan dikejar, sudah tentu keuntunganlah yang akan diperolehi berlipat ganda. Aku berpendirian bahawa produk yang dijual pada harga yang melampau dan tidak berpatutan, akan dibeli hanya sekali saja. Jika produk dijual pada harga yang tinggi sedikit dan kualiti rasa dan kesannya sama serta perkhidmatan yang disediakan terbaik, maka selalulah akan ada pengguna baru silih berganti.InsyaAllah....!

Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.” (Muslim)


Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.


Renung dan fikirkanlah.....!!!!










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...