Tuesday, July 26, 2011
Ingat senang ker?
Ramai di antara kita rasa susah nak tinggalkan rasa selesa dalam kehidupan harian. Samada orang itu kerja kerajaan atau sebaliknya ataupun yang bekerja sendiri. Mungkin bagi yang bekerja, cukuplah setakat gaji sekian-sekian dibantu isteri atau suami dah cukup nak sara hidup. Bagaimana pula yang bekerja sendiri seperti peniaga ataupun seorang yang mengusahakan perniagaan sendiri. Apakah seorang pengusaha rasa dah selesa kehidupannya? Pentingnya bersifat Qanaah ini, jika tidak banyaklah orang tamak dalam dunia ini. Tapi kalau bersikap memadai apa yang ada sahaja sedangkan banyak tuntutan yang patut dipenuhi tak dapat nak dipenuhi alasannya tak cukup pendapatan. Maka ramailah diantara kita menyertai skim cepat kaya, money game, pelaburan internet dan sebagainya. Sebab apa?. Inilah sikap sebenar orang yang dah ada gaji, tapi nak hidup senang lenang. Ingat mudah ke nak senang atau kaya. Kebanyakkan orang ni tak berjaya dalam apa yang diusahakan sebagai jalan pintas nak kaya/senang. Ada juga yang berjaya pastu letak jawatan teruskan dengan apa yang diminatinya dan yang tak berjaya gigit jari. Mesti ada sebab orang yang jenis ni boleh berjaya, orang seperti ni dah ada ciri-ciri seorang usahawan.
Lihatlah orang yang berjaya itu adakah dikalangan pekerja makan gaji? Orang yang dah berjaya bermula dari susah payah, bergolok bergadai, seribu kepayahan dan bermacam-macam rintangan tapi............diharunginya dengan sabar, yakin, tawakkal, tak kenal putus asa, tak putus harap dan lain-lain.
Bolehkah kita berjaya dengan hasil tenaga orang lain walaupun kita yang rangka production, pengurusan, pasaran dan orang lain yang melaksanakan? Dengan kata mudah, kita ada bisnis pastu kita serahkan produk pada orang lain yang uruskan tanpa kita sendiri yang susah payah. Kita cuma monitor sahaja, mana tak kena kita tegur, mana tak betul kita marah pada orang yang menguruskan produk kita. Sepatutnya kita dulu yang akan mengharungi segala cabaran perniagaan. Contohnya, perniagaan yang dipasarkan/ bergerak melalui ekspo, pameran dan karnival, ingat senang ke nak uruskan cabarannya. Cabaran yang utama adalah bagaimana nak tarik duit dari poket orang/pengguna mengenai keberkesanan produk kita dan kenapa pengguna kena guna produk kita. Itulah cabaran terbesarnya apatah lagi tempat2 pameran tidak ramai pengunjung dan pengunjung yang tiada kuasa membeli. Apalagi jika produk kita nampak mahal dimata pengguna. Produk kita mungkin orang kenal atau pernah dengar dari orang lain atau dari lain-lain sumber tapi bila tahu harganya......alahai !!! yang beria nak beli langsung tak jadi, kadang tu jeling dari jauh jee, bila diajak minum free pun takut2. Aku berpendapat jualan ekspo lebih layak untuk produk-produk perusahaan orang kampung atau perusahaan kecil berasaskan makanan atau dengan kata mudah produk yang harga RM 20.00 kebawah lebih dari itu cuma boleh dipamerkan sahaja. Bak kata orang 'ngabihkan boreh yoo'.
Pelbagai teknik pemasaran dilakukan seperti minum percuma, tawaran harga rendah, jualan hebat potongan sekian2 percent dan buat kerja bodoh terpekik terlolong sebab nak tarik perhatian orang, pun kurang memberi kesan. Namun apalah daya lagi....Allah Maha Adil, aku pasrah. Mungkin ekspo, fiesta dan pameran bukanlah tempat yang boleh beri kejayaan, mana tahu mungkin dengan cara lain.
Bagi aku yang terlibat dalam perniagaan kopi ini, satu cara yang dapat mendatangkan sumber pendapatan iaitu menyusun dan mengatur produk ke kedai makan, warung kopi, restoran, pasaraya, mini market dan kafeteria. Memberi servis/khidmat yang baik pada pelanggan iaitu pekedai yang setakat ini ada keberkesanannya. Jangan kita berkokok gah yang produk kita hebat tapi pulangannya.....hampehhh! setengah tempat langsung tak boleh nak jual. Kenapa ini terjadi?. Ramai orang memuji produk ini akan kehadapan, packaging cantik, menarik, rasa sedap, ada kesan selepas menggunakannya....tapi kenapa payah nak jual? Kenapa selepas pameran atau ekspo tiada pembelian ulangan?.Di manakah silapnya? Kita kena kembali kepada nawaitu kita, untuk apa kita buat produk ini, untuk siapa kita buat produk ini, kemana hasil keuntungan kita salurkan, apa matlamat utama produk ini, apa tanggungjawab pengusaha kepada diri sendiri, kenalan, staf, keluarga dan kepada Tuhan.
Mengenai produk kita yang kita tumpang atau memberi hutang pada orang lain (jual dulu/consigment). Sebetulnya kita kena bantu orang yang sanggup bantu pasarkan produk kita seperti melalui iklan media cetak, website dan lain-lain. Kita buka pasaran di suatu tempat dan kita tolong iklankan tempat orang itu. Kita jangan berkira tentang kos iklan, kalau berkira yang lain-lain pun kita akan berkira juga. Aku lihat kekuatan produk Dr Rozmie dan Al Jabbar pada iklan media cetak. Boleh dikatakan hari-hari iklan dalam Harian Metro ada iklan 2 syarikat ini. Sebab itu produk mereka cepat terkenal dan menjadi buruan. Dan yang ingin menjadi agen stok pun tak ragu-ragu sebab iklan kuat.
Kita rasakan produk kita dah terkenal tapi yang sebetulnya tidak. Kenapa tiada pembelian ulangan? Sukar ke nak dapatkan stok? Susah sangat ke nak bank'inkan duit pastu telefon beritahu?. Kos penghantaran percuma lagi.
Jika kita punyai iklan yang kuat seperti Al Jabbar apakah kita dalam keadaan yang sama seperti sekarang?
Kita jangan kerja kuat aje tapi kena juga smart. ahaaa...bersambung.......!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment