Saturday, August 6, 2011

Meh baca!......menarik tentang kopi.....



MENARIK TENTANG KOPI

1. Kopi ditemui oleh kambing
Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan Afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.

2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya
Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!

4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.

5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%
Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.

6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.

7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.

8. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks
Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar.

9. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.


FAKTA MENARIK YANG PERLU ANDA TAHU

-Sekitar 20 juta orang bekerja di industri kopi di seluruh dunia.
-Kopi adalah komoditi kedua yang paling aktif diperdagangkan selepas minyak.
-Brazil adalah penghasil kopi terbesar di dunia.
-Perkiraan nilai eksport kopi hijau sekitar 10 milion dolar.Kopi memiliki banyak pilihan yang berbeza, ada lebih dari 60 pilihan.
-Hanya dua pilihan kopi memiliki pasaran ekonomi dunia, Arabica dan Robusta.
-Black Coffee (tanpa gula atau susu) tidak mengandung kalori (kurang dari 1 Kcal.)
-Kopi berkafein mempunyai kesan yang baik pada kesihatan dan meningkatkan kreativiti dalam pelbagai tugas-tugas baik disiang atau malam hari.
-Populariti “dark roasted coffee” paling tinggi ada di Eropah Selatan.
-Pohon kopi yang baik dapat menghasilkan hingga 1 kg kopi mentah pertahun.
-Selama memanggang biji kopi, gula dalam biji kopi mulai menjadi karamel.
-Kualiti secawan kopi tidak tergantung pada campuran saja, tetapi juga pada jumlah air dan kopi yang digunakan.
-Pengeluaran kopi di seluruh dunia merangkumi sekitar 70 negara.
-Pohon kopi hanya tumbuh dalam iklim tropika.
-Pohon kopi memerlukan suhu antara 17 ° C dan 23 ° C serta curahan hujan yang melimpah dan keadaan tanah yang baik.
-Kopi berasal dari dataran tinggi Abyssinian.



1 comment:

  1. Salam, tumpang iklan :

    Kopi Panggung RM 88 sepapan/sekotak termasuk kos penghantaran.
    Hubungi 017-6764 509

    kopipanggung@gmail.com
    kopi_panggung@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...