Sunday, September 25, 2011
KUD yang hampa......!
Alhamdulillah........! selesai sudah karnival usahawan ini. Letih sepanjang hari dah habis....kini menghitung dan bercongak congik apa nak dijawab bila ditanya bos. Karnival yang gah dipromosi tapi orang kita atau orang Malaysia kurang berminat nak mengunjungi karnival ini biarpun disajikan dengan artis-artis terkenal.
Atau booth kami ditempatkan di tempat yang kurang strategik sebab blok C dan D orang/pengunjung agak ramai. Apa yang aku bayangkan difikiran sebelum ini jauh tersasar. Apa yang aku bayangkan adalah bila karnival di Putrajaya orang akan berpusu- pusu tapi jauh meleset. Apapun setakat itulah sahaja rezeki kami, dan syukur kepada Tuhan, walaupun jualan kurang memberangsangkan ada lagi pemamer yang langsung tak boleh balik modal.
Terima kasih pada pembantu saudara Marzuqi, MD 4U Beauty Cik Sarah Aimi dan sepupunya Ain.
Tak lupa juga pada saudara Fizal staff MARA HQ kerana sudi mengunjungi kami
InsyaAllah.....!!!
Kalau Ada Sumur Di ladang
Boleh Kita Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Lain Karnival Boleh Cuba Lagi..........
HOK PALING SODAP...JANG!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment