Monday, October 24, 2011

Antara Taat dan Pelalau



Masih terdapat dikalangan orang kita yang mempunyai sifat keji atau suka melihat orang lain menderita. Sifat tercela seperti bersahabat dengan jin, syaitan dan lain2 bagi memenuhi nafsu serakah. Tidak senang melihat kejayaan orang lain, dengki, dendam kesumat dan kianat menjadi punca perbuatan syirik ini. Di zaman global atau dunia tanpa sempadan ini perangai iblis laknatullah masih lagi berleluasa, kian bercambah dari masa ke semasa. Sedarkah kita dunia semakin ke penghujung dan puak-puak Dajjal semakin banyak dan kita sebagai hamba (kononnya) semakin jauh dari peliharaanNya, semakin jauh dari hidayahNya atau kita sengaja lari dari jadi hambaNya. Kalau kita lupa pada Allah nescaya Allah takkan lupa pada kita.....larilah ke penghujung dunia sekalipun nescaya diri kita dalam pengetahuanNya.

Apa yang ingin aku sentuh adalah berkaitan dengan amalan yang telah berkurun-kurun diamalkan dalam tamaddun manusia. Amalan sejak zaman Nabi Musa lagi sehingga hari ini. Sesungguhnya iblis telah berjanji dihadapan Tuhan bahawa dia akan melakukan kesesatan terhadap manusia dan akan membawa manusia yang sesat ke dalam neraka Allah kecuali orang-orang yang ikhlas.

Sihir dalam perniagaan. (Pelalau/penghalang)
Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang individu yang dituju dari mencari rezeki samada di tempat kerja atau premis perniagaan, menghalang perkahwinan atau menghalang kemajuan dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.
Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan. Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah. 
 
Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari para pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ke premis perniagaan tersebut.
Individu yang mengalami sihir pelalau ini dan kebanyakan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin inilah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab  dan dan lain-lain.

A. Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan:
  1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
  2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.
  3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
  4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.
  5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.
B. Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan:
  1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
  2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).
  3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan sekerja atau pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahannya.
  4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.

Ingatlah.....! kita sebagai hamba kena kembali pada fitrah. Di mana kita pernah berjanji (alam Roh) depan Tuhan bahawa kita akan taat, patuh dan ikut perintah Tuhan. Bila kita dilahirkan dan membesar kita lupa siapa kita lalu perintah Tuhan kita abaikan dan suruhanNya kita tinggalkan.
Sesiapa yang terkena sihir jenis ini yakinlah ini adalah kifarah dari Allah supaya kita sedar dan kembali mentaatiNya disamping mencari penawarnya kita juga digalakkan membaca Doa-doa tertentu, perbanyakkan bacaan Al Quran, Selawat dan Zikir serta tak lupa solat 5 waktu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...