Sunday, October 2, 2011

Antara yang menarik di Halfest 2011




Program Acara Halfest 2011

Tarikh/MasaTempatProgram
12 – 16 Okt 2011Hall 1, PWTC

Demonstrasi Memasak Bersama Selebriti
Kenali selebriti kesukaan anda dengan lebih dekat lagi di HALFEST 2011! Jangan lepaskan peluang bertemu dengan selebriti dan personaliti kesukaan tanahair seperti SITI NURHALIZA, VANIDAH IMRAN, AARON AZIZ, SHEILA MAJID, AWIE, M.NASIR, ZIANA ZAIN, FARAH FAUZANA dan ramai lagi serta saksikan mereka memasak bersama Chef selebriti, Chef Zam, yang akan berlangsung setiap hari di HALFEST 2011. Jangan lupa merakamkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan ini bersama selebriti kesukaan anda…


14 – 16 Okt 2011
12 pm -1 pm &
5 pm – 6 pm
Hall 1, PWTC
Penampilan Upin & Ipin
Kanak-kanak akan berpeluang bertemu Upin & Ipin di samping menyertai kuiz-kuiz, bermain permainan seperti kerusi muzik dan banyak lagi. Tidak lupa juga, pelawat turut berpeluang membawa pulang barangan Upin & Ipin.
15 Okt 2011
3 pm – 5 pm
Hall 1, PWTC


Pertunjukan Fesyen Muslimah
Penggiat ‘trend’ terbaru serta pereka fesyen akan mempamerkan koleksi skarf pelbagai warna, kerja-kerja manik, serta fabrik yang direka dengan unik. Pertunjukan fesyen sederhana bakal memberi inspirasi kepada mereka yang mencari pakaian Muslimah yang terkini! Lawatan di buka untuk wanita sahaja.
*Program-program di atas tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal

### Jangan lupa.......! singgah ke booth kami....Kopi Kawe Hok Paling Sedap dan bawa balik kopi untuk sajian di rumah.....JJJoooMMM Ke PWTC.......kawe....kawe....kawe........!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...