Friday, October 28, 2011
Jutawan mudah....senang ker....?
Benarkah seseorang boleh bergelar jutawan dalam masa yang singkat? Bolehkah seseorang boleh digelar jutawan dalam masa 12 bulan? Dalam bisnes apapun, bagi saya mustahil ianya dapat direalisasikan. Dunia bisnes masa kini sering kali menonjolkan seseorang atau pun lebih, menjadi jutawan dalam tempuh yang pantas. Selalunya golongan ini lahir dikalangan bisnes yang bertingkat atau yang ada sistem seperti MLM, Binary ataupun Pairing. Sungguh pun ada, layakkah seseorang itu bergelar jutawan sedangkan dia cuma menggerakkan sistem atau pelan yang disediakan oleh syarikat. Sepatutnya tokey syarikatlah yang layak bergelar jutawan, kenapa tidak di'highlight'kan tokey syarikat? kenapa mesti tonjolkan penggerak sistem atau leader?. Lebih2 lagi jika yang ditonjolkan adalah individu yang terkenal. Tidakkah ia seperti satu umpan untuk menarik perhatian pada golongan2 yang suka usaha sikit dan dapat pulangan yang banyak?. Jikalau itulah jawapannya patutlah seseorang itu menjadi jutawan yang pantas atas apa yang dikatakan penipuan cara terhormat. Jutawan melalui kebodohan pelanggan ataupun jutawan plastik.
Siapa dia Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Robert Kuok dan Ananda Krisnan sebagai contoh, adakah orang ini meng'highlight'kan dirinya jutawan bahkan diaorang ini bertaraf billioner. Orang2 ini tak tonjolkan diri sebagai jutawan malah orang lain pula yang memberikan gelaran tersebut. Cuba bertanya pada individu ini berapa lama masa yang diambil untuk berjaya. Adakah 1 tahun atau 2 tahun.......?
Kadangkala meluat jugak bila dapat brocher, orang ini dah berjaya menjadi jutawan dalam tempuh sekian2, anda bila lagi? anda pun boleh jadi jutawan jika....? dan bla...bla....?. Siap letak nombor telefon, tak terfikir ke...kalau dah jutawan nanti ada yang buat jahat!. Padaku itu adalah marketing strategy walaupun strategi betul tak semestinya kandungan dalam brocher itu betul. Fikir2 kan lah...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment