Tuesday, January 24, 2012

AWAS! WASPADA LOGO HALAL PALSU








SEREMBAN – Dinasihatkan umat Islam di negeri ini sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan kedai-kedai makanan yang mempamerkan ayat-ayat suci Al-Quran atau sebarang logo berkaitan dengan Islam.
Ini berikutan penggunaan logo halal terbabit dan ayat-ayat Al-Quran bukanlah jaminan kedai-kedai makanan itu berstatuskan ‘halal’ sepenuhnya.
Menurut laporan dari Sinar Harian, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Johani Hassan berkata, wujud sesetengah pemilik premis yang mempamerkan logo halal sedangkan mereka tidak pernah membuat permohonan mendapatkan sijil halal yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malah, pemilik-pemilik kedai makanan tersebut sekarang dilihat semakin ‘berani’ mengambil tindakan sendiri dengan meletakkan status ‘hahal’ makanan mereka yang sah bagi mengaburi mata masyarakat Islam.
“Kita jangan ingat premis makanan yang menggantung ayat al-Quran itu halal kerana paling penting mereka perlu mempamerkan sijil beserta logo halal yang sah oleh Jakim.
“Tapi, hari ini saya lihat strategi pemasaran sesetengah pengusaha makanan ini, mereka gunakan logo halal dan ayat al-Quran untuk tarik pelanggan,” kata Johani.
Johani memberitahu jika pemilik kedai-kedai makanan mempunyai sijil halal yang sah, mereka juga dikehendaki mempamerkan sijil tersebut di tempat yang boleh dilihat pelanggan.
Menurutnya lagi, langkah itu penting bagi memastikan hak dan kepentingan masyarakat Islam terpelihara daripada perkara-perkara haram.
Dalam pada itu, sebuah premis makanan di Senawang telah diarah menanggalkan logo halal mereka selepas didapati mempamerkan logo halal tanpa memiliki sijil halal yang sah.
“Pemeriksaan dilakukan sepasukan pegawai dari Jakim, JHEAINS dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dalam satu pemeriksaan dijalankan petang semalam (kelmarin) di premis terbabit selepas kita menerima aduan daripada ramai pelanggan yang meragui akan statusnya.
“Selepas diperiksa kita dapati premis terbabit tidak pernah memohon mendapatkan sijil logo halal daripada pihak Jakim dan kita beri masa dua minggu untuk pemiliknya membuka semua logo halal yang dipamerkan,” katanya.

sumber-ppim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...