Monday, March 19, 2012

Bercerai kerana laman sosial...apa kata anda?


 

AMPANGAN - Kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada golongan remaja sebaliknya pasangan yang sudah ber­kahwin.

Ketua Wanita Umno Bahagian Seremban, Datuk Shamsiah Ali berkata, statistik menunjukkan 30 peratus perceraian berpunca daripada penggunaan ICT yang me­luas.

Menurutnya, kebanyakan pasangan cenderung untuk berlaku curang berikutan perhubungan sulit di laman sosial sukar dikesan.

“ICT banyak memberi kemudahan dan kebaikan kepada semua jika ia dimanfaatkan dengan betul.

“Namun pada masa sama ia juga boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya disalah gunakan termasuklah berlaku curang,” katanya semasa mengetuai rombongan men­ziarahi golongan kurang bernasib baik di Rumah Rakyat Sikamat 2, dekat sini.

Shamsiah berkata, per­ceraian bukan sahaja mendatangkan konflik tetapi menyebabkan anak-anak menjadi mangsa dan terbiar.

“Kita mahu masyarakat sedar akan keburukan ICT khususnya laman sosial sekiranya ia disalahgunakan,” katanya.

Katanya, pasangan yang bermasalah dalam rumah tangga seharusnya merujuk kepada pihak berkenaan bagi menyelesaikannya.

“Perceraian adalah perkara yang perlu dielakkan kerana ia meruntuhkan institusi ke­keluargaan di samping men­datangkan banyak masalah khususnya kepada anak-anak,” katanya.





Moral: Jangan biarkan pasangan anda mengadap laptop terlalu lama. Kena ada curiga dan jenguk2 lah selalu. 


sumber;sinarharian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...