1 – Genggaman Terlalu Kuat
Mudah sahaja, sekiranya seseorang bersalaman dengan anda dengan genggaman yang terlalu kuat, ia menyatakan seseorang itu suka mendominasi atau menguasai, agak ego dan kurang dipercayai. Dia sentiasa ingin menang dalam banyak hal. Berhati-hati jika anda memiliki rakan niaga sebegini. Anda perlu tegas untuk menyuarakan pandangan anda terhadap sesuatu keputusan supaya anda tidak dikuasai olehnya.
2 – Genggaman yang Lemah
Manakala, gengaman tangan yang lemah pula menyatakan ketidakyakinan diri, tidak berminat, sambil lewa dan tidak mesra. Anda harus belajar untuk berjabat tangan dengan kemas dan kukuh.
Kerana gengaman tangan yang lemah boleh menjejaskan imej keyakinan diri yang anda ingin tonjolkan di mata klien anda.
3 – Genggaman Ganjil
Berhati-hati juga dengan gengaman tangan yang ‘ganjil’. Terutamanya jika berlainan jantina seperti mencuit atau mengeletek tapak tangan anda ketika bersalaman.
Sekiranya anda wanita dan anda bertemu lelaki yang bersalam seperti ini di pertemuan pertama, maka eloklah awal-awal anda ucapkan selamat tinggal. Kerana lelaki sebegini jelas mencerminkan sikap yang kurang menghormati anda sebagai seorang wanita atau rakan niaga. Beliau mungkin mempunyai agenda tersendiri.
4 – Genggaman Kukuh
Manakala gengaman tangan yang kukuh, tidak terlalu kuat dan dan tidak terlalu lemah disertai dengan raut wajah yang menunjukkan minat, berbicara dengan memandang muka anda mencerminkan seorang yang mempunyai keyakinan diri, berani dan menghormati orang lain.
Mungkin ada diantara kita yang tidak pasti bilakah kita perlu bersalam. Tip di bawah boleh memberi anda sedikit idea bila perlu untuk bersalaman.
1- Ketika bertemu seseorang dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.
2- Ketika bertemu orang untuk pertama kalinya.
3- Ketika seseorang memasuki rumah atau datang ke pejabat anda.
4- Ketika bertemu dengan tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu.
5- Ketika anda bertemu seseorang yang anda sudah kenal.
6- Ketika mengakhiri sesuatu majlis, acara dan sebangainya.
1- Ketika bertemu seseorang dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.
2- Ketika bertemu orang untuk pertama kalinya.
3- Ketika seseorang memasuki rumah atau datang ke pejabat anda.
4- Ketika bertemu dengan tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu.
5- Ketika anda bertemu seseorang yang anda sudah kenal.
6- Ketika mengakhiri sesuatu majlis, acara dan sebangainya.
Sekiranya anda menghadiri majlis sosial atau perniagaan, pegang gelas minuman disebelah kiri dan bukannya di sebelah tangan kanan anda ketika sesi suai kenal sedang berlangsung.
Apabila tangan kanan anda memegang gelas, amat sukar untuk anda bersalam terutama jika tangan anda lembab dan basah disebabkan titisan ais daripada gelas tersebut.
Ini menyebabkan anda kelihatan tidak perihatin terhadap keselesaan mereka yang menghulurkan tangan tanda perkenalan.
** ingat...! jangan saja- saja nak bersalam dengan wanita bukan mahram....dosa tau.
sumber;majalahniaga
No comments:
Post a Comment