Friday, August 10, 2012

Tentang rusa....bestnyee buat sajian beraya...

Menjelang Syawal, apa juadah yang akan kita sediakan di pagi hari sebelum ke Masjid menunaikan solat sunat Idilfitri. Macam2 yang kita fikirkan...mungkin nak sajikan ketupat cicah rendang daging, nasi impit, laksa, nasi beriani, nasi dagang dan lain2.
Apakata...tahun nii kita buat sajian yang mungkin sikit berbeza iaitu Daging Rusa.
Terpulang nak masak apa...bakar ke...nak buat sup ke, rendang ke, masak kari pekat ke...hummm...amacam?
Daging Rusa ni bukan semua tempat ada, dahlaa susah nak beli terhad pulak tuu..lagi pun harga agak mahal sikit...tapi tak salahkan keluarkan belanja untuk setahun sekali. Daging rusa frozen agak murah sikit dari yang fresh...yang fresh lagi payah nak dapat dan harga boleh cecah rm 50 sekilo. Jika anda nak tahu kelebihan daging rusa boleh baca entri kat bawah ni...
Mungkin tahun depan nak jadi supplier daging rusa pulak...



DAGING RUSA.



Daging rusa adalah daging merah yang terbaik, memiliki pelbagai khasiat dan faedah kesihatan bagi sesiapa yang memakannya. Ia bukan calang2 daging kerana disamping menjadi sumber nutrisi badan ia adalah pilihan terbaik bagi mereka2 yang suka memakan daging tetapi pada masa yg sama mementingkan kesihatan diri. Daging rusa mengandungi kalori yg rendah, kurang lemak dan lebih zat besi dari dada ayam, sepertimana kebanyakan lemak lupus ketika proses memasak, mereka yg makan daging rusa tetap merasai kemanisannya selepas daging ini dimasak. Daging rusa memiliki rasa tersendiri, yang cukup enak hingga menusuk kalbu.

Dalam masyarakat kita daging rusa bole didapati dari buruan atau ternakan ladang. Daging rusa mengandungi berbagai nutrient tinggi seperti protein, zat besi, vitamin b12, b6, riboflavin dan niacin. Tambahan pula rendah lemak menjadikannya daging yang sehat untuk dimakan.

Amaran : walau bagaimanapun, seperti daging2 lain, daging rusa memiliki bahan semulajadi seperti purines yang bertanggungjawab ke atas penyakit gout, selain pembentukan batu karang. Mereka2 yang ada penyakit batu karang/ buah pinggang dan gout dinasihatkan mengurangkan atau elakkan pengambilan daging rusa.

Daging rusa : MENCAIRKAN DAGING RUSA (THAWING)

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni saya nak  citerkan tips2 mencairkan (thawing) daging rusa yang beku di dalam freezer supaya kualitinya terjamin ketika di masak. Apa2 daging kalau dicairkan terlalu cepat akan kureng rasanya tak terkecuali juga daging rusa.


Mengikut ladang rusa highburne daging rusa tergolong di antara salah satu garis panduan bagi persatuan jantung untuk lemak, kalori dan kolesterol. Rusa biasanya diternak atau diburu. Walaubagaimanapun rasa daging rusa ditentukan oleh proses pengusiaan (aging) dan juga proses memasaknya. Kalau ada yang mengatakan daging rusa ni tak sedap mungkin anda harus rujuk balik langkah2 dua perkara ini. Mencairkan daging rusa tak sama dengan mencairkan daging lain. Bakteria berkembangbiak dengan sangat cepat dalam daging rusa sekiranya ia mencecah suhu bilik.


1. Keluarkan daging rusa anda dari freezer.


2. Letakkan daging di bahagian paling bawah peti sejuk chiller anda untuk mengelakkan cecair dari daging terkena makanan lain. Suhu peti sejuk anda boleh disetkan kepada 40 darjah farenheit (antara 4 ke 5 darjah celcius) untuk betul2 mencairkannya tanpa menghilangkan rasa kemanisannya.


3. Biarkannya di situ sehingga betul2 mencair dan lembut. Proses ini mengambil masa 24 ke 72 jam bergantung kepada ketebalan daging. Jangan biarkan daging rusa lebih dari 4 hari selepas ia menjadi lembut.


4. Keluarkan daging rusa untuk dimasak.

Daging Rusa : TIPS MENYIMPAN DAGING RUSA FROZEN

]



Apa jua jenis daging jika dibekukan dengan betul mampu bertahan bertahun lamanya tanpa mengurangkan kualitinya. Daging yang dibekukan dengan betul yakni dibekukan sebaik saja disembelih sama saja kualitinya dengan daging yang baru disembelih. Kualiti daging beku walaubagaimanapun akan jatuh sekiranya ia tidak dinyahbeku dengan betul atau terdedah kepada proses “thawing”dan dibeku kembali. Daging beku juga boleh terkena freeze burn sekiranya terkena udara dan dehydrate. Oleh itu daging2 beku harus dibungkus dan dikedap udara sebelum disimpan. Daging yang terkena freeze burn sememangnya kurang sedap dari daging segar. Kita boleh tahu kualiti daging yang dah terkompromise ini dengan membau daging tersebut (kalau bau lain macam tu baik jangan makan la) atau pun melihat warnanya yang lebam sebab dehydrate.

Sekiranya anda membawa daging beku dalam perjalanan yang jauh, daging tersebut hendaklah dibungkus dengan baik. Menggunakan kertas suratkhabar sebagai insulasi dapat mengekalkan suhu sejuk daging2 beku. Lagi bagus kalau anda ada cooler box paling tidak pun polisterin ikan juga boleh digunakan. Isikan box tersebut dengan 2 inci ais yang diletakkan dalam freezer bag atau botol minuman kecil dan jadikan box anda sebagai chiller bergerak. Isikan daging dan lapiskan lagi dengan lapisan ais. Stack hingga box anda penuh. Kalau box anda besar lagi banyak la ais boleh letak lagi lama daging dapat bertahan.

Daging segar yang baru disembelih boleh tahan 3 ke 4 hari kalau letak dalam peti sejuk chiller. Kalau nak tahan 4 bulan letak dalam freezer kasi beku kaw2. Bungkus la elok2 dgn plastik dan buang udara sebanyak mungkin. Kalau dalam keadaan beku yang optima daging rusa bole tahan bertahun2 lamanya tapi rasanya mungkin agak kureng la sket kalau nak banding dengan daging fresh baru sembelih.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...