TIPS KESIHATAN – KADAR DENYUTAN NADI ANDA ( WAJIB TAHU)
KLASIFIKASI SKOR KADAR NADI REHAT
Bagi individu yang aktif, sihat, dan tinggi tahap kecergasannya mempunyai kadar nadi rehat yang rendah. Kadar nadi rehat ini boleh diambil sebaik sahaja bangun daripada tidur tanpa melakukan apa-apa aktiviti lain walaupun memberus gigi. Kadar nadi rehat yang rendah bermakna jantung tidak banyak bekerja semasa kita tidur. Sebaliknya bagi mereka yang tidak sihat, jantungnya masih perlu bekerja keras walaupun sedang berehat dan tidur, apatah lagi semasa bekerja. Bagi menentukan seseorang itu sihat atau sebaliknya, berikut dinyatakan klasifikasi skor kadar nadi rehat individu:
STATUS
|
KADAR NADI REHAT(denyutan seminit)
|
Cemerlang (excellent)
|
50 dan kurang
|
Bagus (good)
|
51 – 69
|
Pertengahan (average)
|
70 – 79
|
Sederhana (fair)
|
80 – 89
|
Buruk (poor)
|
Melebihi 89
|
Individu yang sihat jantungnya adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sangat aktif dalam melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kadar nadi rehat bagi seorang atlet yang betul-betul cergas dan mempunyai jantung yang sihat akan menunjukkan bacaan sekitar 30 – 40 denyutan seminit. Dengan kata lain, semakin sihat jantung kita semakin rendah kadar nadi rehat kita.
1.5 PENGUKURAN TEKANAN DARAH
Setiap individu boleh melakukan pengukuran dan penilaian tahap kesihatan dan kecergasan mereka melalui tahap tekanan darah masing-masing. Klasifikasi skor tekanan darah membantu seseorang untuk berwaspada sekiranya skor tekanan darah mereka tinggi dan berusaha melakukan aktiviti fizikal yang lebih berkesan seandainya skor tekanan darah mereka rendah. Anda boleh merujuk jadual skor tekanan darah di bawah untuk menentukan sama ada tekanan darah anda tinggi atau rendah.
SKOR
|
(tekanan darah) KLASIFIKASI
|
NILAI (mmHg)
|
Sistolik
|
Bagus
Sederhana
Tinggi
|
Kurang daripada 116
116 – 140
Melebihi 140
|
Distolik
|
Bagus
Sederhana
Tinggi
|
Kurang daripada 80
80 – 90
Melebihi 90
|
Bagi setiap individu, tekanan darah dikatakan berada dalam keadaan baik/bagus apabila sistolik (keadaan semasa jantung menguncup untuk mengepam darah) menunjukkan bacaan < 116 mmHg (millimeter of mercury) dan sederhana pada bacaan antara 116 hingga 140 mmHg, dan tekanan darah dianggap tinggi apabila sistoliknya menunjukkan bacaan melebihi 140 mmHg. Begitulah juga dengan bacaan pada distolik (keadaan di mana jantung kembali normal selepas mengepam darah) seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual tersebut.
P/s :
- Cara paling mudah nak tahu tekanan darah anda ialah dengan pergi ke farmasi, diaoarang boleh catatkan tekanan darah anda. Buatlah catatan untuk rekod.
- Darah tinggi adalah merupakan gejala atau petanda awal bagi penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti stroke (angin ahmar), penyakit buah pinggang dan sakit jantung. Jadi awasi tekanan darah anda.
- Pastikan skor atau bacaan tekanan darah anda di tahap terbaik untuk mencegah penyakit merbahaya tersebut.
- Untuk kira nadi rehat anda boleh mengira sendiri dengan menekan nadi di pergelangan tangan sambil melihat masa seminit. Denyutan perlahan (di bawah 50 seminit) adalah terbaik.
No comments:
Post a Comment