Cap 'mohor' lelaki pada wanita digauli...
Saya percaya ramai yang akan menganggap saya mengarut jika mengatakan bahawa seseorang lelaki yang melakukan hubungan intim dengan wanita - sama ada isterinya ataupun bukan - akan meninggalkan capnya yang tersendiri pada wanita itu. Dalam istilah orang kita, tanda itu mungkin mudah disebut sebagai 'cap mohor'.
Dan jika seseorang wanita itu pula terlibat dalam hubungan dengan lelaki yang berbilang-bilang - lebih daripada seorang ataupun curang - dia akan mempunyai banyak cap yang mewakili ramai lelaki pada tubuhnya.
Sila fahami bahawa hubungan yang saya maksudkan bukan sekadar hubungan mesra, pergi tonton wayang bersama-sama, bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana ataupun menari dan menyanyi sambil berguling-guling seperti dalam filem Hindustan. Ia sebaliknya melibatkan hubungan intim yang sampai ke tahap sesi bertukar-tukar 'cenderamata' di dalam bilik dan di atas katil!
Rupa-rupanya hubungan yang seperti itu meninggalkan kesan atau tanda khusus - yang dalam tulisan ini saya sebut sebagai 'cap' - oleh seseorang lelaki terhadap pasangannya.
Ya, saya percaya pada peringkat ini, anda masih menganggap saya mengarut malah mungkin lebih mengarut saya dalam tanggapan anda daripada saat anda membaca intro tadi. Tetapi bagaimana jika saya katakan bahawa cap atau tanda itu boleh dikesan melalui kaedah saintifik?
Ceritanya begini. Robert Guilhem adalah seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College of Medicine, New York, Amerika Syarikat.
Sebagai seorang ahli akademik dalam bidang perubatan, Guilhem tertanya-tanya mengapa Islam mensyariat bahawa setiap wanita yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis iddah atau tiga kali suci daripada haid atau selama tiga bulan untuk membolehkan dia berkahwin semula. Hal ini ada disebut dalam kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 228.
Berbanding dengan kepercayaannya dan juga gaya hidup masyarakat moden yang memperlihatkan agak ramai wanita kini tidak setia kepada hanya seorang lelaki, dia semakin berminat untuk mengkaji hukum yang masih diamalkan secara patuh oleh umat Islam di seluruh dunia.
Daripada kajiannya yang diterbitkan dalam societyberty.com, Guilhem mendapati, dalam setiap hubungan seks, lelaki akan meninggalkan tanda khusus pada pasangan wanitanya. Jika pasangan itu tidak bersetubuh dalam tempoh beberapa lama, tanda itu akan hilang secara perlahan-lahan antara 25 hingga 30 peratus.
Sebelum melanjutkan cerita yang saya petik daripada www.republika.co.id ini, saya mohon maaf kerana tidak menjelaskan bagaimana rupa tanda itu dan di mana kedudukannya kerana hal yang berkenaan tidak dinyatakan dalam artikel yang saya petik.
Kemudian kata Guilhem lagi, tanda itu akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan pasangan itu tidak melakukan hubungan kelamin. Selepas tempoh itu dan tanda atau sisik khusus suaminya hilang, perempuan yang diceraikan itu berada dalam keadaan sedia untuk menerima tanda daripada lelaki lain pula.
Itulah yang berlaku. Guilhem kemudian melakukan dengan mencari pembuktian lain di sebuah penempatan Muslim Afrika di Amerika Syarikat. Dalam kajiannya, dia mendapati setiap wanita di perkampungan itu hanya mempunyai tanda daripada satu-satunya pasangan mereka sahaja.
Dia kemudian menjalankan kajian yang serupa di kawasan penempatan bukan Islam. Ternyata hasil yang didapati sangat berbeza. Wanita di kawasan penempatan bukan Islam itu didapati mempunyai tanda daripada dua hingga tiga lelaki. Ertinya, mereka menjalin hubungan dengan lelaki selain suami mereka sendiri.
Tidak cukup dengan itu, pakar berkenaan turut menjalankan kajian yang sama di rumahnya sendiri - ke atas isterinya. Malang si Guilhem. Penemuan kajian itu walaupun berjaya, amat mengecewakannya. Ini kerana dia mendapati isterinya mempunyai tanda daripada tiga lelaki. Dan daripada tiga anaknya, hanya seorang daripada benihnya sendiri.
Usai kajian yang luar biasa itu, Guilhem akhirnya meyakini hanya Islam bukan hanya semata-mata kepercayaan tetapi adalah satu sistem kehidupan yang mampu menjamin martabat manusia, termasuk wanita untuk sentiasa menjaga maruah mereka dalam kehidupan sosial. Dia akhirnya melafazkan syahadah dengan sepenuh-penuh keyakinan.

** Psst..anda ada isteri...? cuba cek...
sumber;sinarharian
No comments:
Post a Comment