Friday, February 8, 2013

Aku dan Skynet




Hati aku betul2 terbakar angkara servis kurang cekap syarikat penghantaran ni. Apa ke hal ni matt....?
Alkisahnya begini....pada khamis lepas, aku dapat call dari customer yang inginkan produk kopi yang aku jual cara online ni...oklaa dan aku tunggu duit masuk dalam akaun je...pastu dapat mesej duit dah masuk, tapi katanya hantar barang tu pada hari isnin sebab hari jumaat KL cuti.

Hari isnin aku poskan barang yang dipesan pelanggan aku melalui syarikat penghantaran cepat SKYNET. Aku dah biasa dengan syarikat ni sebelum ni dan pada aku oklaa sebab servisnya boleh tahan laa. Aku mesej kat pelanggan aku ni yang kali ke 2 membeli dari aku yang barang ni akan sampai esok.....yalah biasanya macam tu...hari ni pos esok sampai lewat sikit pun lusa. Nak dijadikan cerita esoknya pelanggan aku mesej kat aku katanya barang belum sampai dah semakin petang, aku pun gelabah jugak tapi cool dan cuba call skynet di hub Sg Besi, susah betul nak dapatkan jawapan...memanjang engage. Frust betul tak boleh call...takpa tunggu esok.

Pagi rabu aku call syarikat...tut2...lega...dah berjawab. Alasan yang diberi sebab apa barang aku hantar belum diserahkan lagi, katanya barang bertimbun banyak kena buat checking dan checking tak habis lagi sebab dah dekat nak raya cina kena clear stok. Tu dia aihhh...! aku jadi gelisah....aku tanya kat syarikat tu hari ni boleh sampai ka? Dia minta no Airway Bill dan diperiksa katanya barang dah keluar. Ok laa lega sikit alih2 petang tu jugak pelanggan aku mesej barang belum sampai lagi. Adussss.... jauh sangat ka Sg Besi ke Jalan Tun Razak ni.....?

Hari khamis, aku call lagi...dapat jawapan.....barang dah keluar hari ni akan sampai aku pun hantar mesej kat pelanggan aku, aku bagitau kat dia barang akan sampai hari ni....Tiba2 dapat mesej lagi dari pelanggan aku....apa dah jadi ni dah petang barang tak sampai2 lagi nii....Mangkuk punya skynet ni....aku dah mula menyumpah....aku call...1..2,3,4,5,........berpuluh tak diangkat...adusssss....macamana niii...aku susah hati. Pastu dapat mesej lagi dari pelanggan aku...marah2 kat aku dan suruh aku buat official report  tentang servis syarikat ni. Ya laa sapa tak marah....dahlaa keluar duit tapi rupa barang tak nampak lagi....aku pun marah jugak kalau macam ni....jatuh reputasi aku....aku buat penghantaran produk dah banyak tempat, semuanya ok, beres dan selamat. Kes ni buatkan aku betul2 terkilan, marah, bengang, benci dan ntah apa2 lagi laaa.
Duhai skynet engkau membuatkan aku kehilangan seorang pelanggan....nampak gayanya dah takde rezeki aku dengan bro ni....kalau tak sampai jumaat ni....tunggu lepas raya cina laa jawabnya.
Aku betul2 mintak maaf berjuta2 maaf...apakan daya....ada yang tersirat jadi macam ni....aku tak pasti apa dia....samada dari aku atau dari pelanggan aku...eemmm ntah laaa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...