Friday, February 22, 2013

WAJIB PATUHI PERATURAN "ONLINE BUSINESS"


Siapa pun anda, jika anda menjalankan perniagaan dalam talian, anda wajiblah mempunyai sikap begini;

1- Jujur.
2- Amanah .
3- Kekalkan kepercayaan pelanggan.
4- Kerja yang tip top/ tanpa tangguh.
5- Jangan mendesak pelanggan supaya segerakan pembayaran.
6- Sabar.
7- Bersikap ambil peduli/ sentiasa tanyakan status barang yang dihantar.
8- Jangan berkira, rugi sikit halalkanlah....
9- Minta maaf kat pelanggan jika servis teruk samada dari kita atau pihak kurier...dll.




PUTRAJAYA – Semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian diwajibkan mematuhi Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan menjaga kepentingan pelanggan dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan urus niaga secara elektronik.
Jelasnya, peraturan tersebut mewajibkan peniaga menyediakan maklumat seperti nama, nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, alamat, e-mel dan ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan kepada pelanggan.
“Kerajaan juga tidak benarkan sebarang kos tersembunyi, jadi peniaga perlu meletakkan harga penuh barangan atau perkhidmatan termasuk kos sampingan.
“Selain itu, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran pesanan pelanggan harus dinyatakan dengan jelas,” katanya pada sidang akhbar.

sumber;ppim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...