Wednesday, April 24, 2013

Antara dua.....





Sektor perniagaan, terdapat dua kategori usahawan iaitu mereka yang berdaya-eksplorasi (exploration) dan mereka yang berdaya-eksploitasi (exploitation). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis usahawan ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai usahawan berdaya-eksplorasi. 

Kalangan rakyat/pengguna juga terdapat dua kategori pengguna iaitu pengguna-bijak (smart consumer) dan pengguna-dimanipulasi (manipulated consumer). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis pengguna ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai rakyat yang bijak daripada dipijak.

Dalam politik pula terdapat dua kategori ahli politik iaitu mereka yang berdaya-khidmat (service-oriented) dan mereka yang berdaya-manipulasi (manipulative-oriented). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis ahli politik ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai pemimpin berdaya-khidmat berbanding pemimpin khianat yang hidup dengan korupsi, manipulasi dan pembaziran wang rakyat.

Pilihlah antara dua.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...