Bila masuk je bulan puasa, dah terlintas dalam kepala nak pekena air nira nipah....uiisshhh...! bulan lain tak berapa teringin. Air nira nipah ni terkenal di Utara Semenanjung dan antara yang paling enak dan sedap. Bagi orang belah pantai Timur air yang diambil dari mayang kelapa diberi nama air tuak. Kedua2nya ada kelebihannya dan bagi aku yang suka air ni sebab bila minum air ni buat perut rasa selesa.
Antara khasiat air nira adalah untuk menyejukkan badan, mengurangkan batuk, merawat demam, menyuci buah pinggang dan memecahkan batu karang.
Air nira yang telah masam, jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Nira masam boleh disimpan beberapa ketika sehingga menjadi jernih kembali dan dibuat cuka nipah asli. Cuka nipah juga boleh digunakan dalam masakan atau dalam bidang perubatan. Ia dipercayai dapat melegakan sakit akibat lumpuh.
No comments:
Post a Comment