Monday, January 30, 2012

Balasan nafsu.......!




Cerita ni dikutip kat blog politik dan untuk thread ni aku ubahsuai mengikut citarasa aku....maaf la kalau tak menyenangkan penulisnya.... sekadar satu perkongsian.
Cerita ni pun ada moralnya...


Kisah pemuda dengan kekasihnya.


Pemuda : I nak raba U sikit je sayang . . !

Puteri : Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?

Pemuda : Kita kawen la . . . I jumpa ...... parents U . . !

Puteri : Betul ? U nak kawen dengan I ?

Pemuda  : Betul sayang . . . Sumpah (siap bersumpah laknat lagi). . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .......

Setahun selepas itu . . .

Puteri : Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U tinggalkan I . . .

Pemuda : I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada Lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I nak kawen dengan U ?

Puteri : Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?

Pemuda : I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .!

Puteri : U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !

Pemuda : U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .

Puteri : U akan dapat balasan dari Allah nanti ! (dh terdesak baru ingat Allah)

Pemuda  tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita  yang diimpikannya . . .


MALAM PERTAMA kisah diranjang pemuda  dan wanita yang baru dinikahinya.

Pemuda : Sayang . . . I love U so much . . . 

Wanita : Me too sayang . . .

Pemuda : I bertuah kawen dengan U sayang.

Wanita  : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .

Pemuda : Apa dia sayang ? (sambil merebahkan dirinya di katil)

Wanita : Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . bukan atas dasar cinta. . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki yg baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?

Pemuda : What ? ? ?! ! ! @#%$#@#$%&&*&%$#@@@.
 


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya.

Sunday, January 29, 2012

UMAT ISLAM PERLU KELUAR PRODUK HALAL





25 Jan - KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini perlu mempunyai perasaan ‘cemburu’ terhadap orang bukan Islam yang menjadi pengeluar produk gunaan halal dengan berusaha menceburi bidang perniagaan itu berbanding hanya mengkritik saja.
Perasaan ‘cemburu’ itu sewajarnya menjadi motivasi kepada umat Islam supaya bersaing dengan pengeluar bahan makanan atau produk gunaan halal.
Sekarang ini umat Islam hanya tahu mendakwa sesuatu produk atau bahan gunaan itu tidak halal namun tiada usaha mereka menceburi bidang perniagaan yang dikatakan tidak halal serta mengeluarkan produk halal, suci dan bersih. Perlu ada perasaan mahu bersaing dan jika umat Islam sendiri yang mengeluarkan sesuatu produk itu sudah tentu mereka memastikan ia terjamin halal.
Sebahagian besar pemohon sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) orang bukan Islam kerana mereka sedar umat Islam membeli produk mereka yang mempunyai logo halal.

Saturday, January 28, 2012

Gila....! jenuh aku seharian....

Satu hari aku cari 'wording font' yang sesuai dengan perkataan 'Gila' dan inilah hasilnya.....
Kalau kengkawan tengok....tolong bagi pendapat.
aku ingat nak jadikan 'Gila Kopi' satu trade mark. amacam....!










Aku ke yang lekeh.....???



Aku melihat perniagaan juga satu perjuangan. Perjuangan memertabatkan ekonomi diri, keluarga, negara dan agama. Biasalah dalam perniagaan ada jatuh bangunnya. Perlu berjuang dalam memecahkan tembok risiko dan merungkai cabaran. Dalam berjuang ni banyak individu yang tewas dan sedikit yang berjaya.

Kebanyakkan individu yang tewas atau lingkup dalam perniagaan  kerana cepat berputus asa. Ada sesetengah cabang perniagaan perlukan masa. Mungkin satu minggu dan mungkin lebih. Yang aku nak sentuh adalah perniagaan yang memerlukan servis. Perniagaan ni lah yang kebanyakkan orang kita cepat give up. Padahal inilah sebahagian disiplin dalam perniagaan. Perniagaan yang memerlukan servis adalah marketing yang cukup mudah. Kita cuma buka pasaran atau tumpangkan produk kita di kedai, pasaraya dan sebagainya kemudian kita jenguk produk kita, itu je tugas kita.

Kebanyakkan perniagaan sebegini dimonopoli bangsa lain. Biskut kering yang dijual dalam tin besar, aku ingat zaman aku kanak-kanak dah ada hinggalah sekarang. Masih lagi dengan cara tradisional walaupun di pasaran berlambak keluaran biskut berjenama dengan pakaging yang menarik. Kekuatan pada biskut ni adalah kekuatan servis dari dulu hingga sekarang sampai apek tu dah tak larat tapi masih ada kesungguhan. Begitu juga dengan produk kopi kisar, tengok bungkusan lekeh je tapi volume merata tempat ada. Kita boleh buka kedai runcit, ya! banyak orang kita buka kedai runcit tapi kita jual barang orang lain. Kita jual barang margin adalah 10% hingga 20% je. Kita cuma ada satu kedai je...tapi orang yang buat barang dan servis produk ada berpuluh bahkan beratus kedai.

'Kalaulah tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'.....benarlah kata pepatah orang dulu-dulu....kalaulah produk Adabi tak ada orang nak servis ke kedai-kedai maka kita takde pilihan nak makan kari buatan melayu asyik melantak kari babas je laa...

Kalaulah takde orang nak buat kerja/urusan hantar kopi kawe kat warung, kedai makan, mini market @ pasaraya tak merasalah kita kopi orang kita buat. Maka takde laa kopi atas nama kopi kawe...hok paling sedap.

Siapa pun anda...jika anda dalam bidang perniagaan yang melakukan servis di setiap premis- premis, yakinlah! anda sebenarnya telahpun berada di jalan yang pernah dilalui oleh orang yang telah berjaya. Sebabnya anda adalah perancang dan pelaksana, anda bukan bikin teori. 
Jalan yang dilalui orang yang berjaya bukannya jalan besar dan lurus, mungkin di depan ada jalan berlubang, mungkin ada jalan rosak dan penuh halangan serta cabarannya. Jika anda jumpa jalan mati jangan anda pun mati sama, anda perlu undur dan teruskan perjalanan anda. 

Macam motivator laa plak....dak aihh...sekadar berkongsi pengalaman jee...




Friday, January 27, 2012

Kopi Kawelite perlukan agen.......




AGEN 
DIPERLUKAN
SELURUH 
NEGERI

Berita baik ! Ya...! Berita baik bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan dengan modal rendah.

Syarikat pengeluar kopi pra campuran jenama 'Kopi Kawe' mengalu-alukan bagi individu atau syarikat yang berminat untuk menjalankan perniagaan menjual produk kopi kawe di tempat sendiri.
KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA AGEN DI LUAR PERLIS.


Modal serendah RM 425.00 sahaja untuk produk
kopi kawelite jenis papan dan beg.


Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan........

Hubungi saya di talian 019-4472714



HOK PALING SEDAP !




3 langkah kesan awal serangan strok di rumah.




Strok atau serangan angin ahmar adalah serangan yang menggerunkan.  Sekelip mata saja penyakit yang disebabkan oleh pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah menyebabkan pesakitnya mengalami lumpuh, koma malah hilang ingatan.  Oleh itu amatlah penting sekali bagi anda memerhatikan tanda tanda awal penyakit ini.   

Perhatikan gejala berikut:


* Hilang penglihatan secara tiba tiba
* Rasa lemah pada wajah lengan atau kaki
* Sukar berkata kata atau memahami pembicaraan
* Sakit kepala yang teruk pening atau kehilangan keseimbangan


Lakukan ujian ini:

Beberapa bentuk ujian boleh dilakukan di rumah untuk membantu mengesan strok lebih awal.  Lakukan ujian ini untuk mengenal pasti serangan strok:



* Minta pesakit senyum.  Perhatikan adakah salah satu sisi wajahnya tidak terangkat?
* Minta pesakit mengangkat kedua dua lengannya.  Adakah salah satu lengan jatuh kebawah.
* Minta pesakit mengulangi ayat pendek. Perhatikan suaranya adakah ia kedengaran pelik 
  atau lain dari biasa.

Selain cacat fizikal, 30-50% dari penderita strok akan menderita kemurungan yang dapat dilihat dengan sikap mudah marah, kurang keyakinan diri dan gangguan tidur.  Dalam beberapa kes  depresi dapat mengurangi motivasi dan memburuk keadaan pesakit.


Jika mereka mempunyai tanda tanda di atas maka jangan tunda untuk mendapatkan rawatan. Rawatan awal dan tepat dapat membantu menurunkan risiko kematian akibat strok. (majalah mingguan wanita disember 2011)



Tuesday, January 24, 2012

Mukzijat Nabi dibuktikan....!



Nabi Nuh Belah Laut

Bukti Nabi Musa Belah Laut
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam. 
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik. 
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka. 
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil. 
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air. 
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. 
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. 
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. 
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apakah kamu sedar ................... ?




Sekadar satu perkongsian.

Terapi Iman.....





AWAS! WASPADA LOGO HALAL PALSU








SEREMBAN – Dinasihatkan umat Islam di negeri ini sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan kedai-kedai makanan yang mempamerkan ayat-ayat suci Al-Quran atau sebarang logo berkaitan dengan Islam.
Ini berikutan penggunaan logo halal terbabit dan ayat-ayat Al-Quran bukanlah jaminan kedai-kedai makanan itu berstatuskan ‘halal’ sepenuhnya.
Menurut laporan dari Sinar Harian, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Johani Hassan berkata, wujud sesetengah pemilik premis yang mempamerkan logo halal sedangkan mereka tidak pernah membuat permohonan mendapatkan sijil halal yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malah, pemilik-pemilik kedai makanan tersebut sekarang dilihat semakin ‘berani’ mengambil tindakan sendiri dengan meletakkan status ‘hahal’ makanan mereka yang sah bagi mengaburi mata masyarakat Islam.
“Kita jangan ingat premis makanan yang menggantung ayat al-Quran itu halal kerana paling penting mereka perlu mempamerkan sijil beserta logo halal yang sah oleh Jakim.
“Tapi, hari ini saya lihat strategi pemasaran sesetengah pengusaha makanan ini, mereka gunakan logo halal dan ayat al-Quran untuk tarik pelanggan,” kata Johani.
Johani memberitahu jika pemilik kedai-kedai makanan mempunyai sijil halal yang sah, mereka juga dikehendaki mempamerkan sijil tersebut di tempat yang boleh dilihat pelanggan.
Menurutnya lagi, langkah itu penting bagi memastikan hak dan kepentingan masyarakat Islam terpelihara daripada perkara-perkara haram.
Dalam pada itu, sebuah premis makanan di Senawang telah diarah menanggalkan logo halal mereka selepas didapati mempamerkan logo halal tanpa memiliki sijil halal yang sah.
“Pemeriksaan dilakukan sepasukan pegawai dari Jakim, JHEAINS dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dalam satu pemeriksaan dijalankan petang semalam (kelmarin) di premis terbabit selepas kita menerima aduan daripada ramai pelanggan yang meragui akan statusnya.
“Selepas diperiksa kita dapati premis terbabit tidak pernah memohon mendapatkan sijil logo halal daripada pihak Jakim dan kita beri masa dua minggu untuk pemiliknya membuka semua logo halal yang dipamerkan,” katanya.

sumber-ppim

Sunday, January 22, 2012

Cara Mengetahui Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris




sekadar hiasan




Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.



sumber, nizar

Saturday, January 21, 2012

Perangai buruk...........wanita!





SEORANG penceramah wanita di tv ada menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.
Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.
1. Al Nananah – wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Al Manaqah – wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Al Hudaqah – wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Al Basaqah – wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
6. Al Salaqah – wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu’alam..
Berpesan-pesan kepada kebaikan..

Friday, January 20, 2012

Tawassul amal soleh dan kisah 3 sahabat.





Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu’anhu:

Dari Rasulullah s.a.w, beliau bersabda: Ketika tiga orang pemuda sedang berjalan, tiba-tiba turunlah hujan lalu mereka pun berlindung di dalam sebuah gua yang terdapat di perut gunung. Sekonyong-konyong jatuhlah sebuah batu besar dari atas gunung menutupi mulut gua yang akhirnya mengurung mereka. Kemudian sebagian mereka berkata kepada sebagian yang lain: Ingatlah amal soleh yang pernah kamu lakukan untuk Allah, lalu mohonlah kepada Allah dengan amal tersebut agar Allah berkenan menggeser batu besar itu. Salah seorang dari mereka berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya dahulu aku mempunyai kedua orang tua yang telah lanjut usia, seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil di mana akulah yang memelihara mereka. Setelah aku
 mengandangkan haiwan-haiwan ternakku, aku segera memerah susunya dan memulai dengan kedua orang tuaku terdahulu untuk aku minumkan sebelum anak-anakku".

"Suatu hari aku terlalu jauh mencari kayu (bakar) sehingga tidak dapat kembali kecuali pada sore hari di saat aku menemui kedua orang tuaku sudah lelap tertidur. Aku pun segera memerah susu seperti biasa lalu membawa susu perahan tersebut. Aku berdiri di dekat kepala kedua orang tuaku karena tidak ingin membangunkan keduanya dari tidur namun aku pun tidak ingin meminumkan anak-anakku sebelum mereka berdua padahal mereka menjerit-jerit kelaparan di bawah telapak kakiku. Dan begitulah keadaanku bersama mereka sampai terbit fajar. Jika Engkau mengetahui bahwa aku melakukan itu untuk mengharap keridaan-Mu, maka bukalah sedikit celahan untuk kami agar kami dapat melihat langit." Lalu Allah menciptakan sebuah celahan sehingga mereka dapat melihat langit. 

Yang lainnya kemudian berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya dahulu aku pernah mempunyai saudara seorang puteri paman yang sangat aku cintai, seperti cintanya seorang lelaki terhadap seorang wanita. Aku memohon kepadanya untuk menyerahkan dirinya tetapi ia menolak kecuali kalau aku memberikannya seratus dinar. Aku pun bersusah payah sampai berhasillah aku mengumpulkan seratus dinar yang segera aku berikan kepadanya. Ketika aku telah berada di antara kedua kakinya (selangkangan) ia berkata: "Wahai hamba Allah, takutlah kepada Allah dan janganlah kamu merenggut keperawanan kecuali dengan pernikahan yang sah terlebih dahulu".


Seketika itu aku pun beranjak meninggalkannya. Jika Engkau mengetahui bahwa aku melakukan itu untuk mencari keridaan-Mu, maka ciptakanlah sebuah celahan lagi untuk kami. Kemudian Allah pun membuat sebuah celahan lagi untuk mereka. Yang lainnya berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya aku pernah mempekerjakan seorang pekerja dengan upah enam belas ritel beras (padi)".

Ketika ia sudah merampungkan pekerjaannya, ia berkata: "Berikanlah upahku!"
Lalu aku pun menyerahkan upahnya yang sebesar enam belas ritel beras namun ia menolaknya. Kemudian aku terus menanami padinya itu sehingga aku dapat mengumpulkan beberapa ekor sapi berikut penggembalanya dari hasil padinya itu. 

Satu hari dia datang lagi kepadaku dan berkata: "Takutlah kepada Allah dan janganlah kamu menzalimi hakku!" 
Aku pun menjawab: "Hampirilah sapi-sapi itu berikut penggembalanya lalu ambillah semuanya!" 

Dia berkata: "Takutlah kepada Allah dan janganlah kamu mengolok-olokku!" Aku pun berkata lagi kepadanya: "Sesungguhnya aku tidak mengolok-olokmu, ambillah sapi-sapi itu berikut penggembalanya!"
Lalu ia pun mengambilnya dan dibawa pergi. Jika Engkau mengetahui bahwa aku melakukan itu untuk mengharap keridaan-Mu, maka bukakanlah untuk kami sedikit celahan lagi yang tersisa. Akhirnya Allah membukakan celahan yang tersisa itu. (Shahih Muslim No.4926)

Tuesday, January 17, 2012

Gempar ! : Bunyi 'Aneh Dan Menakutkan Dari Langit' Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia






Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.


Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.


Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu


The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.


Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.


Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.


sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/


Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk:









Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.


Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.


Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)


HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).


DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.


HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.


Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).


IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.


IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.


Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.


Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Sunday, January 15, 2012

10 makanan anti kolestrol.




1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING 
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH 
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.









25 tanda pada kesihatan anda....






Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-




1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  
3. BATUK
i). Batuk keluar kahak
: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering
: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR :
 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah
 . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING
a) Kerap Kencing
: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar
 : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.

b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Jika ada tanda-tanda pada diri anda segeralah bertindak.....jangan tunggu...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...