Tuesday, April 17, 2012

Maaf....! dari Rozita....






KUALA LUMPUR 17 April – Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. hari ini memohon maaf kepada para pengguna kerana memasarkan minuman pelangsing badan yang dipercayai mengandungi racun berjadual yang diharamkan.

Sambil menafikan penglibatan syarikat itu dalam pembuatan produk tersebut, Pengarah Urusannya, Rozita Ibrahim berkata, ia merupakan kesilapan pembekal yang juga pakar pemakanan yang dilantik pihaknya.

“Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dengan meletakkan Sibutramine ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.

“Oleh itu, buat sementara waktu, pihak syarikat terpaksa membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan selesai kira-kira dua minggu lagi,’’ katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Semalam, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 170,000 peket minuman pelangsing yang dipercayai mempunyai racun berjadual yang diharamkan.

Tambah Rozita, pihak Sendayu Tinggi turut memberi jaminan bahawa produk lain syarikat itu yang berada di pasaran tidak merbahaya dan selamat untuk digunakan. - UTUSAN



*** Macam biasalaa...akan ada penafian dan permohonan maaf dari pemilik syarikat. Pengguna yang dah beli dan guna tu..macamana...?Harap ada ketelitian pada setiap produk dari pembekal, kaji dan selidik dulu, baru terima. Dah jadi macam nii...satu Malaysia tahu....nanti kena kondem.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...