Thursday, April 19, 2012

Kawin lebih.....adakah lebih kreatif....?






Menurut sebuah kajian yang dijalankan di University of Newcastle upon Tyne dan Open University di UK, mendapati seseorang yang kreatif mempunyai kecenderungan untuk mempunyai pasangan seks yang lebih ramai.
Jika ditafsirkan dalam budaya orang Melayu-Islam. Lelaki yang kreatif adalah mereka yang mempunyai kecenderungan untuk berkahwin lebih dari satu.
Mengikut kajian yang dijalankan ke atas 450 orang di UK, mereka mendapati terdapat satu persamaan ketara antara mereka yang kreatif dengan orang sakit jiwa (gila), di mana ciri inilah yang menyebabkan kecenderungan mereka untuk mempunyai pasangan seks lebih ramai
Menurut ketua kajian ini, Dr Daniel Nettle, beliau mengemukakan 2 sebab orang kreatif mempunyai kecenderungan ini.
Yang pertama, orang kreatif ini lebih karismatik dan digilai oleh kaum wanita. Sebab kedua pula adalah kerana orang kreatif meminati pengalaman baru bersama orang yang baru. Kedua sebab ini menjadikan mereka mempunyai kecenderungan berikut.
Saya ceritakan mengenai kajian ini kepada seorang rakan saya, dan dia menjawab “memanglah orang yang nak kawin banyak kena kreatif, kena kreatif menipu”. He he he.
sumber : shahabudeenjalil 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...