Thursday, May 10, 2012

Menyelusuri kalbu warga felda.....apa yang akan terjadi...?


La ni dah bergemuruh satu Malaysia cerita pasal Felda.....Aku berasa terpanggil untuk berkongsi maklumat...sebab aku juga anak peneroka felda. Dengar khabarnya abangku dah pun sign borang bank. Cuma ibuku masih ketegaq takkan sign apapun..Oh Felda ....apa nak jadi....





Mewakili Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), saya mengalu-alukan pengumuman 'Durian Runtuh' oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mei ini di Felda Jengka 8, Pahang. Meskipun sebelum ini PM menyebut jumlahnya boleh menyebabkan peneroka 'tersandar dalam kejutan'; tetapi apabila dimaklumkan jumlahnya kepada saya, ianya tidak memeranjatkan.

Saya mendapat maklumat dari sumber yang sangat dipercayai, jumlah 'durian runtuh' tersebut sekitar RM15,000 sahaja. Seluruh peneroka Felda seramai 112,635 orang akan memperolehinya. Soal dimana PM mendapatkan sumber kewangan tersebut, ia faktor lain. Yang pasti, janji mesti ditepati.

Selaras dengan kenyataan ini, penyebaran puluhan ribu risalah dan ribuan kain2 rentang seluruh 317 Tanah Rancangan Felda kononnya ANAK menolak 'durian runtuh' adalah tidak benar samasekali. Ini perang saraf pihak lawan untuk melaga-lagakan ANAK dengan warga Felda agar timbul suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Apa hak ANAK untuk menghasut peneroka jangan terima 'Durian runtuh'?

Walaupun ia di umum PM, tapi ia duit peneroka. Kenapa harus ditolak?

Yang ditentang oleh ANAK adalah penyenaraian Felda Global Venture Holding di Bursa Malaysia dan pengeluaran Borang Pinjaman Saham oleh 7 buah Bank iaitu Maybank, CIMB, OCBC, BIMB, Bank Muamalat, Affin Bank dan Ambank. Ia berbeza dengan 'Durian Runtuh'.

Hakikatnya, pemberian 'Durian runtuh' adalah isyarat kejayaan perjuangan ANAK dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting di Felda. Isu Kadar Perahan Gred, Wang Tanam Semula, penyelenggaraan kebun, nasib generasi Kedua dan Kos Tanam Semula yang diperjuangkan telah memberi tekanan kuat pada Kerajaan. Tindakan saman tanpa henti kepada Felda barangkali menggusarkan Kerajaan BN yang selama ini menganggap pengundi Felda adalah 'Simpanan Tetap' mereka.

PM mulai takut dengan gelombang di Felda. 54 kawasan parlimen Felda pada PRU 12, hanya 4 sahaja iaitu Sik, Pendang, Padang Terap dan Baling yang di menangi pembangkang. Apakah senario ini dijangka berubah pada PRU 13?

Justeru bagi ANAK, RM15 ribu'Durian Runtuh' kalaupun dapat lepas 8 Mei ini; masih terlalu kecil. Ia tidak padan dengan riuh rendah dan gegak gempita yang berkumandang di sana sini. Patutnya RM30 ribu seorang peneroka mengikut logik ANAK. 

Pada masa yang sama, ANAK akan menganjurkan Himpunan Perdana Perisytiharan Tawaran Istimewa buat Generasi Kedua Felda pada 6 Mei ini di Dataran Jengka 20 mulai 9.00 malam. Ia merupakan lanjutan daripada resolusi Konvensyen Halatuju Felda 22 April lalu. Tawaran ini khusus buat Generasi Kedua yang ketika ini kehidupan mereka terawang-awang. Beberapa tokoh utama negara akan hadir. Seluruh Warga Felda dijemput hadir. 

ANAK juga telah menghantar surat resmi kepada PM untuk bertemu bagi menyerahkan resolusi Konvensyen Halatuju Felda. Adalah diharapkan kesudian PM untuk bertemu dengan Jawatankuasa Gerakan Selamatkan Felda yang ketika ini menaungi 30 Ngo berkaitan.

' MENERAJUI PERUBAHAN'

MAZLAN ALIMAN
Presiden ANAK





sumber;gayapeneroka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...