Friday, July 27, 2012

Enam sifat buruk....sabarlah wahai suami..

Bersabarlah...jika anda memiliki isteri seperti ini...sebelum kahwin, masa asyik dilamun cinta segala yang buruk akan cuba disembunyikan. Selepas kahwin maka terburailah segala apa yang selama ini cuba disembunyikan. Tahniah...! jika anda seorang suami yang penyabar....



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabk
an segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.




Apa yang dicatatkan di atas boleh dikatakan kebanyakkan wanita ada sifat2 ini, samada ianya ada kesemuanya sifat ini atau pun ada satu atau dua saja. Sungguh malang nasib mu wahai suami....







***pembetulan***

Merujuk kepada sisipan artikel di atas, suka untuk saya nyatakan bahawa ianya bukan "pesanan" atau hadith yg diriwayat dari Rasulullah s.a.w


Ianya hanya kata-kata ulama arab terdahulu. Kata-kata itu tersebut dalam dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.

Bagaimanapun, definisi sifat Al-Annanah yang dinyatakan itu adalah silap. Maksud sebenar Al-Annanah sebagai yang dijelaskan dalam kitab Ihya Ulumiddin ialah -

" wanita yang banyak mengaduh dan mengadu sakit, manakala di kepalanya sentiasa dililit kain balutan..."










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...