Wednesday, October 31, 2012

Pure Serum Collagen.....


JUALAN PRODUK



Bersegeralah....jika anda berminat.....call/sms/emel.....


Plagiat ada masalah ke...?





Ada sesetengah yang empunya blog atau website tak setuju dengan perkongsian maklumat. Masalah plagiat atau copypaste....pada ku dunia internet lebih kepada berkongsi maklumat atau perkongsian ilmu. Yang tak setuju padaku adalah puak melayu je..mungkin depa rasa dah cukup baguih boleh buat artikel, upload gambar dsbnya siap letak warning kat depan 'untuk bacaan sahaja sebarang copypaste tak dibenarkan'. Wah! Hebatnya.....pesan Rasul suruh sampaikan walaupun satu ayat...ape ke bingai...buat artikel pastu siar kat blog utk ape...? weiii...untuk ape..? nak tunjuk hebat ker...? Nawaitu tu dah betul...tapi kodokut jugak...ape ke salahnya org nak kongsi maklumat....nak kena bayar ke? Kalau hg buat produk jualan ke..lain laa..masalah plagiat kena bendung jgn biarkan bebas tapi ni...plagiat ilmu/maklumat je...ada masalah ker? Masalah hakcipta ke? baik buat buku je takyah siar dalam internet.
Kalau masalah plagiat ilmu/maklumat ni salah...aku rasa kita la ni bukan Islam kot...sebab Al Quran diturunkan zaman Nabi, kalau salah dah tak sampai kat kita pun. Nabi pun suruh tiru solat. Baginda bersabda, "Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku (Rasullullah) sembahyang". Bukankah tiru itu dengan melihat....aku melihat kat blog kamu sesuatu yang baik dan boleh dikongsikan...aku pun tiru/copypaste....

Kalau depa buat artikel berbentuk ilmu dan disebarkan oleh individu tanpa minta izin pun setiap bacaan oleh viewer dapat jugak tuan punya manfaatnya....walaupun tidak berbentuk kebendaan tapi ianya dicatatkan sebagai amal soleh..kalau depa letak gambar bogel takkan org nak copypaste pastu letak kat blog.....buat dosa kering jer...

Kepada yang empunya blog tak payah laa nak kedekut sangat....kalau ngko mati nanti setiap artikel yang baik hang jugak dapat manfaatnya.
Aku ni dalam bisnes ...aku suka orang bawak produk aku ke merata-rata tempat sebab sikit sebanyak aku dapat habuannya, camtu jugak ilmu/maklumat dari blog atau website...biarlah orang nak siarkan kita punya ilmu/maklumat/gambar/produk atau ape2 je (yg baiklaa) kita halalkan laa. Semoga niat nak mulakan artikel yang baik tu dapat pahala...apalagi ada orang berminat nak copypaste kita punya artikel lagi bertambah2 kebaikannya.
Aku rasa kalau Mark Zuckerberg jenis kedekut ilmu kita pun tak kenal facebook ni...jgn dikira perniagaannya kita hitung dgn akal kita mana mungkin setiap bisnes yg berjaya boleh berjaya camtu aje...mestilah dengan asasnya iaitu ilmu.

Aku rasa akhbar2 online pun tak keberatan dalam hal ni...copy laa banyak2...lagi banyak lg bagus lagi org kenal. La ni org bukan macam pembaca tradisional laa....la org dah tau mana sumber asal sesuatu berita/maklumat/ilmu tu ...takyah laa nak gah sangat, siap kata jenis plagiat ni orang malas. Orang malas tak buat blog laa..buang masa jee.

Sesiapa yang terasa sorry laa weeiii....aku boleh dikatakan suka buat baik laa (masuk bakul nampak) he..he..sebab tu kat blog aku ada macam2 link org lain....aku link blog depa kira buat baik laa tuu...termasuklaa blog yang aku hentam nii...aku linkkan depa punya blog tuu bukan nakkan pujian atau pun ape....cuma kalau ada viewer tertarik dgn link tu..terus jee klik takyah nak cari melalui search engine dan aku ikut kepala aku nak letak blog sesiapapun...kalau yg empunya blog tak suka...sila beritahu aku boleh delete...cabar tu....eleh..kalau hg tau blog hg ada kat blog aku....hg tak ngaku pun hg punya blog tu...kan...kan...!

Aku rasa aku dah habis modal daa.....



Tuesday, October 30, 2012

Produk Feminite 3 in 1.....



JUALAN TERKINI

Untuk Produk Feminite dalam beg comel.
Dapat produk package 3 dalam 1 tersebut sekarang dengan tawaran harga  termurah.



Harga Tawaran
RM 60.00 ( 1 set)
**tak termasuk kos pos**

1- VClean
    Untuk cucian luaran

2- VTight
    Untuk merapatkan keintiman

3- Serum Collagen
    Untuk keanjalan kulit, anti penuaan, kulit kusam, kulit tak bermaya, kedutan halus, menggalakkan pembentukkan sel kolagen dan lain-lain.

Apron dari Kopi Kawe.....



BERITA BAIK....!!!!

Sekiranya anda membeli kopi kawelite sebanyak 5 unit, anda akan dihadiahkan satu apron kopi kawe. Kemasan dan fabrik kain yang baik dan tebal. Ingat....! pembelian 5 unit sekaligus.
Kopi Kawe 'Hok Paling Sedap'.





Akhlak terpuji....




  • Kisah Rasulullah sebagai pengajaran:
  • 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahu pun untuk dijual.
  • 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayyidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 
  • 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
  • 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayyidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
  • 5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
  • 6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
  • 7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?""Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perutbaginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kalibergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
  • 8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
  • 9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 
  • 10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
  • 11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
  • 12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri    di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
  • 13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayyidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga?      Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
  • "Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."


Sunday, October 28, 2012

Kreativiti biji kopi




Dihasilkan oleh seorang artis pengarca Kim Arcadia, sebuah mural yang bersaiz 30 meter persegi dihasilkan daripada biji kopi. Karya ini dihasilkan di Gorky Moscow, Kim menggunakan 200 kg biji kopi baji menghasilkan karya beliau, dilakukan secara berseorangan dan mengambil masa selama 2 minggu. Karya ini memecah rekod dunia bagi gambar yang dihasilkan daripada biji kopi.








Kopi O uncang.....Jom minum



Aku ni bukanlah tak suka kopi O ni...tapi kalau beli simpan kat rumah alamatnya keras laa...kalau pi kedai tak pulak aku order kopi O , aku suka pekena tah tarik dan kopi pracampur. Aku segan sikit nak bancuh kopi O ni...pastu nak kena tapis sebab tak suka serdaknya.
Satu hari semasa balik kampung, aku terjumpa kopi Hamid Cafe jenis kopi O uncang, aku pun beli laa satu beg. Aku fikir kopi ni sama je rasanya dengan jenis bancuh. Dua tiga hari selepas sampai kat rumah, aku pun teringat kat kopi ni dan terus rendam dan minum.....peff...sedapnyaaaa....! alahai kenapa laa aku beli satu beg jee...
Selepas tu aku jadi pemburu kopi jenis uncang....habis rata kedai, mini market dan pasaraya aku cari....tak jumpa! Kopi O uncang cap keretapi  ada laa tapi dia punya uncang mak aiii beso...untuk rendam satu kole boleh laa. Bila aku tanya pada setiap tokey kedai jenis kopi yang aku cari...rata2 kata orang kat sini tak minum kopi jenis uncang ni....???????? sempooiiii canme nak biz kalu cam ni....
Aku pun dah lupakan niat aku yang membara pasal kesedapan kopi O Hamid Cafe nii.

Satu hari semasa pergi kat satu pasaraya aku terjumpa kopi ni....



Kopi Hang Tuah 2 in 1 jenis uncang, beli laa satu. Bila minum...uummmm...sedap jugak. La ni tengahari je mesti nak pekena kopi Hang Tuah...


Tolong promote...nak beli kalu...cari sendiri ye kat kedai....he...he..he

Starbucks dapat anugerah....!





Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian kedai kopi Starbucks sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK).

Menurut mereka, penganjuran 'anugerah sinis' itu didakwa bertujuan untuk mempertahankan hak pengguna.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kedai kopi itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas dakwaannya bahawa sebahagian wang mereka diperuntukkan kepada rejim Yahudi di Israel.

"Starbucks memperuntukan sebahagian keuntungan kepada rejim Yahudi sebagai sokongan mereka kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga bersubahat lakukan kezaliman.

"Mereka (Yahudi) membunuh bukan sahaja orang Islam tetapi kanak-kanak juga. Sebab itu kita letak mereka di bawah anugerah tiada kemanusiaan," katanya pada sidang media di ibu negara semalam.

Nadzim juga berkata, mereka menamakan organisasi tersebut berdasarkan aduan yang diterima sebelum ini.

Malaysiakini telah menghubungi Starbucks Corporation melalui alamat emel yang diperolehi melalui laman starbucks.com.my bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan berkenaan serta pencalonan untuk anugerah tersebut.

Tiada maklum balas diberikan setakat ini.

Selain anugerah OXK, PPIM semalam turut melancarkan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) bagi kempen ke atas organisasi yang didakwa menindas serta mendiskriminasi pengguna.

Bagi calon anugerah OXP, PPIM menamakan pasaraya Giant, pasaraya The Store, organisasi kewangan Bank Rakyat, firma Malaysian Building Society Berhad (MBSB), penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro dan agensi tiket, Ticket Charge.

Bagaimanapun, organisasi yang dinamakan PPIM sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) melahirkan rasa "kurang senang" kerana dibariskan dalam senarai tersebut.

The Store misalnya berkata perkara dibangkitkan itu sebagai "kesilapan teknikal" cawangan pasarayanya sementara Giant pula berkata belum maklum berhubung perkara tersebut.


sumber;ppim

Pelaburan Emas...penjelasan BNM..




Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah selain memberikan jaminan bahawa jumlah pokok dilaburkan akan dipulangkan.

Susulan pertanyaan mengenai serbuan ke atas syarikat terbabit

Bank Negara Malaysia (BNM) semalam membuat penjelasan berhubung serbuan pihak berkuasa terhadap beberapa syarikat disyaki menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas.

Penjelasan itu dibuat berikutan banyak pertanyaan diterima mengenai tindakan yang diambil terhadap syarikat terbabit.



Skim kewangan haram

Susulan serbuan pihak berkuasa ke atas syarikat menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas, baru-baru ini, banyak pertanyaan dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia.

Berikut adalah soalan lazim diterima dan jawapan agensi terbabit.

S: Mengapakah pihak berkuasa membuat serbuan ke atas syarikat itu?

J: 
Serbuan dibuat bagi melindungi kepentingan pelabur daripada melaburkan lebih banyak wang dalam skim berisiko selain melindungi kepentingan orang ramai. 
Syarikat terbabit sedang disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan maklumat palsu termasuk pernyataan yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun.

S: Mengapakah timbul kebimbangan terhadap model perniagaan syarikat terbabit?
J: 
Kebimbangan timbul berikutan syarikat terbabit dipercayai menjalankan skim yang tidak dapat bertahan lama. Mereka menjanjikan pelabur pulangan bulanan lumayan dan jaminan belian balik emas. Skim itu bukan dibiayai oleh jual beli emas yang sebenar, sebaliknya dibiayai dengan menggunakan wang baru dilaburkan dalam skim berkenaan.

Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikat itu biasanya tidak sepadan dengan jumlah dikumpulkan daripada pelabur.

S: Mengapakah pihak berkuasa hanya mengambil tindakan sekarang? 

J:
 Sebarang tindakan penguatkuasaan hanya diambil selepas ada sebab yang boleh dipercayai bahawa sesuatu kesalahan sudah dibuat. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan terburu-buru atau melulu yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan sah.

S: Apakah status tindakan diambil pihak berkuasa?

J:
 Siasatan masih berjalan. Orang ramai akan dimaklumkan mengenai status terkini siasatan dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan merujuk kepada kenyaataan rasmi dikeluarkan agensi penguat kuasa undang-undang saja untuk sebarang maklumat terkini.

S: Berapa lamakah tempoh siasatan?
J:
 Tempoh siasatan bergantung pada tahap kompleksiti dan keseriusan kes. Tahap kompleksiti meningkat disebabkan dimensi antarabangsa kes itu. 

Siasatan ini diberi keutamaan yang tinggi dan semua sumber perlu digembleng oleh agensi penguat kuasa untuk mempercepat siasatan.

S: Mengapakah aset dibekukan dan dirampas?

J: 
Bagi skim kewangan haram disyaki, pihak berkuasa boleh menjalankan operasi mencari dan merampas bagi mendapatkan bukti dan untuk mengelakkan syarikat daripada menyembunyikan atau memusnahkan bahan bukti. Ini juga menghalang aset daripada lesap kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelabur.

Agensi penguatkuasaan diberikan kuasa mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), untuk membekukan aset apabila disyaki bahawa suatu kesalahan pengubahan wang haram dilakukan. 

S: Apakah akan terjadi kepada aset dan emas yang dirampas?

J:
 Aset yang dirampas akan didokumenkan dengan teliti dan diambilkira serta disimpan di tempat selamat. Sekiranya ada prosiding jenayah, aset itu hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.

S: Bolehkah pelabur menuntut kembali wang atau emas mereka daripada aset yang dirampas?

J: 
Aset yang dirampas ketika siasatan hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah. Pelabur boleh memfailkan kepada mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau emas mereka. Maklumat mengenai sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.

S: Apakah nasihat kepada orang ramai yang ingin melabur? 

J:
 Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah selain memberikan jaminan bahawa jumlah pokok dilaburkan akan dipulangkan. Orang ramai juga dinasihatkan merujuk kepada agensi berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa.

Sebagai panduan, orang ramai digalakkan mengambil perhatian perkara berikut apabila menilai sesuatu skim pelaburan:
Sekiranya skim itu indah khabar dari rupa, berkemungkinan besar ia skim palsu.

Berwaspada dengan skim Ponzi, ia adalah skim pelaburan berunsur penipuan apabila pengendalinya mengambil wang daripada pelabur baru untuk membayar kepada pelabur awal. Akhirnya, akan sampai satu peringkat apabila jumlah pelabur baru tidak mencukupi untuk menyokong skim ini dan seterusnya keseluruhan skim mengalami kegagalan.
  1. Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang sah
  2. Rujuk kepada pihak berkuasa sebelum melabur/mendeposit wang
  3. Jangan terpengaruh atau terburu-buru untuk melabur
  4. Berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet
  5. Berwaspada dengan peluang pelaburan yang tidak bertulis
  6. Jika pelaburan sudah dibuat, simpan salinan semua dokumen pelaburan
  • Rujuk laman sesawang amaran penipuan kewangan berikut:
    http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm


sumber;ppim

Friday, October 26, 2012

12 kaum yang binasa.....



Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum-kaum yang dibinasakan.



Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14). 

Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).

Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

Firaun
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

Ashab al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

Ashab al-Ukhdudd
Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

Ashab al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).




sumber;detikislam

Kepercayaan anda adalah amanah kami....


Kepada pengunjung yang berminat dengan produk- produk yang ditawarkan tapi ragu- ragu hendak berurus niaga 'on line' dengan kami, kami memahami atas sikap berhati- hati anda. Sebagai jaminan kami senaraikan pelanggan yang pernah berurusan dengan kami. Ini hanya sebahagian yang dapat kami paparkan sebab ramai pelanggan kami telah hilang 'contact' atas kecuaian kami.



Kurma....bukan sahaja sedap....!




Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering. 

Antara khasiat buah kurma ialah ; 
1-Kaya dengan protein 
2-Kaya dengan gula 
3-Kaya dengan serat 
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C 
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium. 

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud : “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW. 

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ; 
1-Protein (1.8~2.0%) 
2-Serat (2.0~4.0%) 
3-Glukosa(50.0~57.0%) 
Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa. Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga. Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya. Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus. Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita. 
Pendek kata, buah kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita. Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

Sekiranya anda seorang yang suka minum kopi yang ada campuran kurma dapatkan kopi pracampuran kurma keluaran haddad marketing atau pun minuman koko yang ada kurma dan kismis sila dapatkan produk tamar cocoa keluaran al haddad marketing.  

Thursday, October 25, 2012

Tu laa...depa dah hingaq dah...





Pada posting yang lepas, aku dah sentuh pasai perangkap kamera AES ni...laa dah keluaq dlm suratkabaq tentang apa yang aku ulas.....ini dah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...bukan takat tangga dah laa sebab rumah sekarang tak berapa nak ada tangga...ibarat kata dah jatuh bala bertimpa-timpa...

Labbaik Allahumma Labbaik......


Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka, Labbaik. Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk, La Shareek Laka Labbaik.
Ya Allah, aku datang karena panggilanMu.Tiada sekutu bagiMu.
Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu.Tiada sekutu bagiMu.



Assalamualaikum.....dan salam sejahtera.
Kepada pengunjung seagama pihak admin blog gila kopi mengucapkan 'Selamat Hari Raya Idiladha'. Dan kepada yang ingin meraikan Idiladha kat kampung...berhati- hatilah dijalanraya dan elakkan kena   silauan kamera AES.
Pihak kami berterima kasih kerana ramai yang sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini dan juga membeli produk yang ditawarkan. Terima kasih.

Wednesday, October 24, 2012

Isteri bermukah...suami berserah.....!

Zaman la macam2 boleh terjadi....apa reaksi anda? geleng kepala, senyum sinis, mengucap panjang atau.....?. Apapun ini sebagai ingatan...


Seorang suami terpaksa menahan kesedihan apabila mendapati isterinya sedang asyik berzina dengan seorang lelaki di bilik tidurnya. Kejadian ini disedari oleh suami ketika pulang ke rumah.



Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berke-naan, awal pagi kelmarin.
Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.
“Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri inibiasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
“Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.
Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.
“Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.
Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.
“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.
“Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya,” katanya.
Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman.
 

Monday, October 22, 2012

Men Capsule for men




Men Capsule


Fructus Saw Palmetto powder extract                 120 mg
Radix Muira Puama power extract                        60 mg
Radix Eurycoma Longifolia powder extract         60 mg
Pumpkin Seed powder extract                              30 mg
Fructus Tribulus Terretris powder extract          30 mg

 Registration Number:                    MAL 07031257 T

100 capsule per bottle
 W.M RM80.00, E.M RM84.00




 10 capsules x 3 blisters per box
 W.M RM35.00, E.M RM39.00

Company Name:
THOYYIB MARKETING SDN. BHD.

Sunday, October 21, 2012

Akan terdidikkah kita.......?



Highway yang luas dan lurus serta besar, hanya boleh di pandu 70kmj saja?
Sedangkan ada 5 line di situ, tahniah kerajaan Barisan Nasional & JPJ!
Kerana Tindakan anda tidak mengikut Aspirasi Rakyat! Tahniah!


 


 Kerajaan TIDAK AKAN memansuhkan akta AES
kerana ianya bertujuan mendidik PENGGUNA JALANRAYA
dan bukannya bertujuan MENGAUT KEUNTUNGAN MAXIMA
RM beribu juta untuk kroni seperti yang di gembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat

  



***Kalaupun nak mendidik...pasanglah kat kawasan yang sering berlaku kemalangan ka, selekoh merbahaya ka.... kalau pasang kat lebuhraya macam gambar kat atas tu tuu....macam ada sesuatu yang tersirat. Pasal ni laa puak pembangkang jadikan isu, nak kata tak cerdik hangpa semua teror2 belaka. Nawaitu tu dah betul tapi pelaksanaan je buat orang hairan dan terseksa apalagi kalau ada kes kecemasan bini nak beranak ke, sakit tenat ke yang perlukan rawatan segera...takkan nak drive takat 70kmj. Takut2 tak sempat sampai kat hospital dah meninggal, dahlaa meninggal dapat pulak surat saman sebab bawak laju....aduhai....Malang yang sering terbau-bau. Apalah nasibmu wahai rakyat marhain....



sumber;harakahdaily



Saturday, October 20, 2012

NAIK....! Ini kalilah...!




Adakah naik harga cara mendidik rakyat?

Halimah Ali, 

Setiap kali subsidi dikurangkan ataupun tarif utiliti dinaikkan, kerajaan akan berkata ia dilakukan untuk kebaikan rakyat. Misalnya, apabila subsidi gula dikurangkan, ia didakwa dilakukan bagi mendidik rakyat supaya menjaga kesihatan dan mengurangkan pengambilan gula.

Apabila tarif air hendak dinaikkan pula, ia didakwa bagi mendidik rakyat supaya tidak membazir. Kini, kedengaran cakap-cakap bahawa tarif elektrik akan dinaikkan. Media pro-kerajaan sudah pun menyiarkan iklan tentang rakyat Malaysia yang didakwa suka membazir tenaga elektrik. Malah pihak berkenaan juga mengatakan bahawa tarif elektrik perlu dinaikkan bagi mendidik rakyat Malaysia agar berjimat cermat dan menggunakan alat yang menjimatkan tenaga (energy saving appliances).

Apabila tarif elektrik meningkat, ia akan terus membebankan rakyat. Kini, rakyat sebenarnya sudah pun cukup terbeban apabila bil elektrik meningkat berkali ganda selepas TNB menukar meter elektrik. Setelah meter ditukar, ada pengguna yang bil elektriknya meningkat hampir 100% walaupun penggunaan tenaga tidak berubah. Ini tidak masuk akal. Adakah ini yang dimaksudkan dengan mendidik rakyat?

Walaupun TNB sudah mengumumkan bahawa buat sementara waktu, penukaran meter dihentikan, namun bagaimana dengan bil-bil terdahulu? Selain itu, tindakan TNB hendak mewujudkan SOP tentang cara meningkatkan keyakinan penggunan juga bukanlah tindakan yang dapat menyelesaikan masalah.

Hakikatnya adalah kebanyakan rakyat Malaysia tidak menggunakan air dan elektrik secara berlebihan. Hanya segelintir yang suka membazir.
 




sumber;harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...