Sabtu lalu perdana menteri malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Serdang. Selangor.
BERNAMA melaporkan Pameran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) tersebut setakat ini mencatat lebih 600,000 pengunjung dalam tempoh dua hari.
Tetapi disebalik kemeriahan tersebut telah berlaku kekecohan dimana ianya telah mencetuskan satu kekecohan akibat ketidakadilan dan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga ekspo.
Satu demonstrasi oleh peniaga-peniaga diadakan bagi membantah corak pengurusan yang amat merugikan mereka.
Sehingga setakat ini berita ditulis, masih belum ada penyelesaian dilakukan oleh pihak penganjur mahupun dari kementerian, malah ketua wakil peniaga mendakwa mereka menerima pesanan sms dari seorang menteri yang menyebut ..." jangan dilayan peniaga-peniaga ikan bilis..."
Wakil peniaga menyatakan, pada tahun lepas ekspo ini diuruskan oleh FAMA, dan ia berjalan dan diuruskan dengan baik dan cemerlang. Akibat rasa "cemburunya" MARDI dengan kejayaan FAMA, maka mereka "hijack" projek ini dari FAMA, dan memberikan pengurusan kepada puak-puak kroni Umno.
Aku tak tahu laa apa sebenarnya yg berlaku.....kalau betul laa kekecohan ni berlaku angkara puak politik amat malang laa peniaga- peniaga yang dah dilabel sebagai peniaga ikan bilis....Adusss....sendu hatiku...majoriti peniaga kecil ni penyokong tegar kerajaan....ada dari bawah bimbingan MARA, SME Bank, FAMA dll, sedikit sebanyak puak2 ni memberi undi pada BN. Peniaga kecil ni apalah kekuatan yang ada.....modal? pinjam....market? harap kat ekspo jee...cuma yang ada tekad dan kesungguhan je..padan laa depa tu layan macam tak dak harga jee...disepak ditendang pun tetap setia....alahai...
Apakah kekecohan ini akan membuatkan peniaga ini akan bungkus barang bawak balik....? Aku rasa peniaga ni takdak pilihan....tak puas hati ke, bengang ke....kena teruskan juga berniaga.
Tunggu apa kesudahannya.....
No comments:
Post a Comment