Jika Indonesia terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang, Thailand pula mulai terkenal dengan kopi yang dihasilkan menerusi najis gajah.
Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.
Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut.
Gajah-gajah itu memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.
Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia.
Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.
Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).
Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit.
No comments:
Post a Comment