Tuesday, December 31, 2013

7 yang sering diceraikan....




Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .





Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .




sinarharian.


Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Monday, December 30, 2013

Gangguan syaitan semasa solat.



1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)





3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah r.a berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber:kelabkesenianislam-ukm.blogspot.com/

Friday, December 27, 2013

Special Calendar 2014......



The best calendar....2014 and happy new year....!

Aku nak kongsi je....





Sunday, December 22, 2013

'Roapers Coffee' jengah pasaran....





Berita Baik.......!

Bagi peminat kopi pracampuran yang berada di mana- mana amnya dan khususnya di negeri Perlis, satu produk keluaran bumiputra yang dinamakan Kopi Roapers telah memasuki pasaran terutamanya kedai2 makan dan kedai runcit/mini market. Kopi ini bergerak atas sentimen ROAP (Republic of Anak Perlis) dan Roap branding telah menjadi satu fenomena di laman sosial seperti Facebook dan mempunyai sehingga 30 ribu followers.

Produk ini dijual dalam bentuk kotak dan papan.........Dapatkan sekarang.......!




RM 20.00

Friday, December 20, 2013

Taklimat KoWahida panasssssss.......!




Tarikh : 20/12/2013 - Jumaat
Peringkat Zon Utara
Tempat : Bangunan KoWahida, Jalan Jejawi Sematang, Arau
Perkara : Taklimat dan perbincangan tentang penyelesaian tuntutan saham KoWahida.

Satu sessi taklimat telah diadakan oleh pihak KoWahida yang diambilalih oleh ALK yang baru. Taklimat tersebut bagi menggambarkan perjalanan operasi KoWahida yang baru. Sessi tersebut terpaksa diadakan 3 sessi sebab kehadiran anggota yang ramai. Aku join taklimat ni sebab aku nakkan saham aku balik...dah setahun enam bulan lebih aku tunggu....tak sabar rasanya.

En. Morad aku tengok dah kelat muka dah sebab tak sangka ramai anggota yg hadir, respon dari anggota 30 orang je tapi yang datang macam nak pecah panggung pastu buat hari Jumaat...mau tak fix masa. Masa penerangan suasana sunyi sepi sebab masing2 beri tumpuan apa yang Morad nak sampaikan. Aku congak2 mungkin ramai yang simpati dan mungkin akan membatalkan hasrat nak tamatkan keanggotaan. Yalah....! Morad cakap penuh tertib dan menjelaskan keadaan dan isu dengan jelas sejelasnya....dalam hati...pi dah depa ni....tadi kat luar berapi2...satgi pakat ramai2 batalkan niat nak keluar saham...hhmmmmmm...!

Habis taklimat dan diadakan sessi soal jawab....pehhh..! berebut2 nak tanya soalan pastu soalan kebanyakkan berapi2...tudia aaiihhh...! Muka Morad dah merah dah...soalan paling best...mana Hj Mail...pasai apa dia tak mai...? soalan dari anggota dari Kedah kot....katanya aset berjuta tapi kenapa dalam akaun ada 130 ribu je...takkan aset berjuta tak lantik peguam.....?, apa hangpa buat....? Bla bla bla.....lagi soalan dari arah belakang ...lagi panas berapi...aku dah tak ingat apa dia tanya, suasana dah macam pasar borong riuh rendah...kesian jugak aku nengok Morad jawab. Banyak lagi soalan maut, aku tak berapa nak ingat daa....aiissshh...!

Aku peratikan respon dari anggota yang lain rata2 nakkan saham tu balik sebab tulah borang pengeluaran saham macam goreng pisang panas ...berebut2 anggota ambik termasuk laa aku...Bagi aku dan mungkin juga anggota yang lain...penerangan yang macamana hebat sekalipun aku rasa sudah hilang minat nak bersama2 KoWahida bagi membangunkan kembali perniagaan halal ni. Bila dah hilang kepercayaan nilah jadinya...tinggal tak dimaki hamun je...masih beradap lagi walau hati masing2 punya la cemuih...cemuihh takdak dah. Sampaikan KoWahida perkenal produk sendiri (pencuci pakaian) takdak moral support langsung dari anggota...aku rasa depa ni bukan cemuih sangat kat KoWahida tapi kat HPA terutamanya Ismail Ahmad tu je...Aku rasa Morad tau anggota lain tak suka nak dengar apa cerita tentang HPA apalagi cerita Ismail Ahmad sebab tu dia cuba nak elakkan bercerita tentang Ismail Ahmad tapi terkeluar laa jugak. Orang dah meluat jangan nak cerita nanti tak pasal2 kena hamun. 

Satu info aku nak kongsi, jumlah nak keluarkan saham bernilai rm 8.9 juta kira2 9 juta laa...tapi baki yang ada dalam akaun rm 130 ribu sahaja.....habis nak buat camna...pasal tu laa depa ni buat perjumpaan dan taklimat minta anggota beri peluang dan sikit masa dalam tempoh setahun untuk bayar saham yang dituntut. Itu jaminan Morad...ada brani ka...? Kalau dah terdesak sangat boleh bincang hati ke hati cara nak selesaikan masalah...mungkin bayar separuh dulu ka, tak pun bayar ansur2 ka....terpulang laa cara yang disenangi dan boleh diterima pakai. Aku pun nak hantar borang dan nak bincang hati ke hati...settle masalah aku dulu. Caoss....!


Thursday, December 19, 2013

Aduyaiiii.....KH Kopi....


Perhatian:

Agen2 kopi KH yang berada sekitar Perlis. Kini anda tak perlu datang ke kilang KH kopi untuk dapatkan stok, anda boleh datang ke Ishah Bintong untuk dapatkan stok anda. Harga untuk agen2 telah diselaraskan dan akan dibuat penilaian dari masa ke semasa. Tujuannya adalah untuk mengekang penjualan dan permainan harga rendah.
Nak tanya sikit......Perlu ke nak lantik pemborong untuk manage sale dan harga? sedangkan pemborong pun main harga...agak2 dapat ke pertahankan harga untuk pengedar? Tunggu dan lihat saja permainan ini. Satu lagi....pasal apa pihak kh kopi sendiri tak buat pusat jualan sendiri dan selaraskan harga? kenapa lantik orang tengah? agen2 kat luar Perlis macamana pulak? ntahlaaaa.....
Perniagaan kopi dah semakin sukar diterjemahkan.....apapun biz tetap on terus jangan banyak fikir masalah.



Karnival usahawan....3 negara.


Masa ni laa nak pekena makanan dan minuman free...hehehe....nanti boleh laa pekena kopi kawe free....


Pakat mai noo......

Harga kopi Super Best Power semakin gila....




Harga kopi super best semakin gila....itu tajuk kat blog aku. Sengaja aku letak tajuk ni nak bagi panazzzz.......!
Harga jualan kopi ni kat Perlis semakin membarah. Tak tau nak tuding jadi kat sapa. Orang kita ni nak meniaga tapi suka potong jalan kerja nak cantas je....Dah jadi macam kopi radix dan kh kopi jualan dah huru hara. Permainan harga bagi kopi pracampuran dah sinonim sebab kopi2 ni bukan barang kawalan....asal popular je ada laa virus datang merosakkan pasaran.
Bila agen sendiri samada stokis atau pihak owner masuk kat pemborong2 akan jahanamlah harga jualan yang akan merasa perit ni adalah agen2 jualan yang bergerak, bertungkus lumus siang malam buat kerja ni. Pihak owner pejam mata je....aku cabar tokey kopi ni stopkan agen yang masuk kat pemborong. Boleh ke...? Tobat lahum depa takkan buat. Kalau depa stopkan agen ni depa akan rasa rugi tapi depa ni tak pandang 4-5 tahun akan datang  depa nampak untung jangkamasa pendek. Bila dah untung berguni pastu mulalah nak merenyeh pasang bini..........
Oiiiii sedarlah....! kami ni bukan agen promote barang je...tukang popularkan kopi korang....tapi kami nak hidup, tolong jaga linelah sama. Renungkan sejenak apa dah jadi kat HPA....ambil iktibar sebab biz sama...killer produk adalah kopi.
Dalam radio gebang kena jual harga sekian2 tapi kat belakang macai jual kopi dgn harga hancur. La ni aku dengar depa tolak kat pemborong rm 18 kurang lebih pastu pemborong lepas pada harga rm 19. Habis camna....lihatlah permainan ini.....agen sampai bila nak merasa senang dah jadi macam macai dah.... pulun kopi sampai siang malam pendapatan habis kat petrol je yang senangnya tokey...janji aku lepas barang...hangpa nak bergasak ke apa ke...hangpa punya pasal. Jenis tokey kopi macam ni akan tunggu giliran cam radix.....Usahawan Melayu.....eeemmmm jgn jadi cam kayuuuuu...lama2 reput biarlah usahawan yang semakin lama semakin kuat.
Maaf.....! kalau anda ada kaitan dgn syarikat kopi ini terbaca luahan ini harap anda berlapang dada dan fikif cara selesaikan masalah ini. Bukan nak kondem cuma nak mengingati bila dah di atas ingatlah sama yang di bawah sebab di bawah ini ada kekuatan win win situation. Sayangi produk orang kita kalau bukan kita sapa lagi....caow2...

Monday, December 16, 2013

Salji di Jazirah Arab.







Beberapa hari ini salji turun di Jazirah Arab setelah badai Alexa melanda ke kawasan tersebut. Imam Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim, menyatakan bahwa hal tersebut telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw. benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah swt.

Beliau mengatakan bahwa salji adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah saw.     Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”
Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahwa baru-baru ini salji telah turun di daerah Tabuk. Kita jadi teringat dengan perkataan Rasulullah saw. kepada Muadz saat perang Tabuk, “Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.”





Saturday, December 14, 2013

Macai HPA....



Penjualan kopi radix khususnya di Perlis begitu tenat dan parah sekali. Macai2 bergerak bertujuan untuk menutup periuk nasi agen bergerak yang lain dengan restu owner HPA. Macai2 ni lepas produk dengan harga yang betul2 gila....macam lepas ni dah takdak kopi lagi. Ini bukan tuduhan...ini yang berlaku di Perlis. Tempat lain aku taktau. Macai2 ni lepas kopi dengan harga rendah tak masuk akal dengan sebab nak hapuskan kopi tiruan. Masalahnya ada ke kopi tiruan?????? Depa ni yang buat isu kopi tiru depa ni jugak laa yang jahanamkan harga kopi....haramjadah....!

Macai2 ni adalaa 2,3 orang adalah bekas pekerja HPA dengan nawaitu nak hapuskan agen bergerak dan agen2 lain tak kira siapa....kawan ka, orang kampung ka...bagi depa aku jual kopi ni dengan izin Mail. Pemborong cina depa cari pastu jual murah dan tokey borong pulak jual murah kat pekedai yang majoritinya melayu.

Harga gila yang paling rendah di pasaran rm 13.00 sepapan kat pemborong dan pemborong jual runcit rm 15.00 - rm 16.00 sepapan. Kalau beli sekarton tokey tolak rm 270.00. Tokey borong untung 5 kupang pun takpa, depa jual barang lain sama bukan kopi semata. Tokey ni jual sekarton dapat rm 10.00 dah baik dah. HPA apa peduli janji aku jual barang lepas harga kos......1 sachet 3 kupang X 20 sachet lebih kurang kos sepapan rm 7-8 je...pastu tolak kat macai pastu macai pulak kerja nak tutup biz orang lain. Ada juga aku dengar macai ni tak keluar sekupang pun pi jual gitu je dapat duit 100 percen untung...ntahlaa betul ke dak.

Kalaupun hebat sangat berniaga cari laa market lain...ni dak....! market orang lain dah bertahun servis dikacaunya ini bukan berniaga ni nak cari mampos.......Macai2 ni dan hpa dak terdesak nak cari duit dah kelam biji mata dan aku harapkan lepas ni hpa akan hancur seperti mana hpa dah hancurkan ribuan hati2 orang yang percayakan hpa selama ini.




Aku seperti orang yang dizalimi....patutkah aku mendoakan kebaikkan padanya lagi setelah begitu lama aku bersabar dalam urusan ini dan masih setia jual kopi ini. Inikah balasan yang aku terima habis tertutup ruang dan peluang untuk aku teruskan hidup. Dari 13 pemborong beli karton hingga habis tak bersisa semuanya berpunca dari permainan harga.
Tak guna salahkan orang lain dan orang lain bukannya fikir seperti aku fikir. Mungkin aku pun ada buat kesilapan juga. In Sya Allah...! aku akan mulakan langkah baru dalam mengharungi dugaan ini. 
PadaMu ya Allah....! Yang Maha Mengerti ampunkan salah dan silap aku dan mungkin kelemahan aku dalam urus tadbir biz ini.....Berilah aku kekuatan serta ilham padaku untuk lalui semua ini......Benar...ya Allah...! semuanya dugaan dariMu dan jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur padaMU....Amin ya Rabbal alamin...






Tuesday, December 10, 2013

Musibah dan harapan jelata.....



Antara keluh kesah dan penderitaan mangsa banjir, ada yang marah, tak puashati, terkilan dan sebagainya. Aku kutip dari laman facebook dan aku publish untuk renungan bersama. Bukan masa lagi tuding jari ke sana sini, benda dah jadi...redholah dan ambil pengajaran antara musibah dari Yang Berkuasa dan harapan rakyat pada kerajaan yang berkuasa.
















Thursday, December 5, 2013

Banjir














Depa kata.....
Pok Dan bodek.....dan fakta mengarut.




Realiti........








Negara luar......







Kami simpati atas nasib rakyat Kuantan, Kemaman dan tempat2 lain yang mengalami situasi yang sama. Semoga Allah permudahkan urusan hambanya.


Thursday, November 28, 2013

Sasau sat.....!





Dua minggu aku tak online.....arrggghhhh...!!! hilang ingatan kejap. Alahai... apa nak buat ini pasal kes kecurian kabel laa ni...habis dengan aku sekali tak berinternet....puff !!!! sabar beb...Hari ini syukur Alhamdulillah...dah mula online. Tengok emel tudia berderet penuh inbox.
Apapun TQ pada TM, aku dah slow talk dengan pihak maintenance tolong settle masalah aku sebab aku banyak buat urusan melalui online termasuk biz online dan pendapatan aku dah mula terjejas, kalau nak ikutkan 3 hb ni baru boleh settle.

Wednesday, November 13, 2013

Taikun Melayu dan Empayar Perniagaannya....





Sekadar info.


Syed Mokhtar Albukhari


Ketika penutupan pada Jumaat, MMC Corp yang dikuasai Syed Mokhtar Albukhary mempunyai modal pasaran kira-kira RM8.22 bilion.

Ini menunjukkan bahawa pemilikan kepentingan 51.76 peratus Syed Mokhtar mempunyai nilai pasaran sebanyak RM4.25 bilion.

Syarikat utamanya DRB Hicom pula ditutup pada RM2.56, menjadikan modal pasarannya sebanyak RM4.95 bilion. Ini menjadikan pegangan 55.92 peratus mempunyai nilai pasaran sebanyak RM2.77 bilion. 

Awal tahun ini, Forbes menyenaraikan Syed Mokhtar sebagai rakyat Malaysia ketujuh terkaya dengan nilai bersih AS$3.3 bilion atau kira-kira RM10.5 bilion.

Wednesday, November 6, 2013

Hari Peladang, Penternak & Nelayan 2013 di Kuantan, Pahang.




8- 15/11/2013

Moh kita pakat ramai- ramai ke Padang MPK 2 Kuantan dan jangan lupa dapatkan produk istimewa KOPI KAWE 'Hok paling sedap'.

Kawe...kawe...kawe.....minum lah kopi kawe......

Pergi mu dirasai.....





8 Nov 2013
Tarikh yang takkan dilupakan. Pada tarikh inilah insan tersayang pergi selamanya. Orang yang paling aku sayang, orang yang paling banyak berkorban untuk aku, orang yang paling hampir dalam hidup aku, orang yang bersabung nyawa untukku telah pergi buat selamanya. Allah lebih sayangkan mak...semoga roh mak bersemadi dengan tenang dan ditempatkan bersama orang2 beriman.


"Ya Allah...pandanglah kebaikkan yang ada padanya..." 

"Ya Allah..ampuni dosa2 ibuku...ringankan azab kuburnya,sungguh aku tak mampu lakukan apa2 selain berdoa kepada-Mu...Engkau hitunglah setiap amalannya agar dengan amalannya itu dapat mengurangkan siksanya..kasihanilah ibuku Ya Allah..."

Kini aku hilang satu sumber keberkatan dalam hidup, apabila mak pergi buat selamanya...keberkatan doa seorang ibu. Perginya mak tanpa diduga, rasanya belum sempat aku berkhidmat untuk mak semasa mak sakit.

Mak menghembuskan nafas terakhir pada jam 05.12 pagi, hari Jumaat. Semoga ini tanda pengakhiran yang baik buat mak yang banyak bersabar dengan ujian Allah. Jenazah mak disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid dan dihadiri dan disolati seramai 7 saf makmum dan termasuk solat ghaib yang dilakukan pelajar di Maahad tempat cucu mak belajar. Alhamdulillah..... 

Ingatlah......!

Orang yang masih punya mak, ibu, ummi, mama...sumber keberkatan hidup yang terutamanya doa seorang ibu. Santunilah mereka sebaik mungkin. Mungkin kita tak merasakan apa2 semasa kita masih punya mereka...jangan menjadi sesalan setelah mereka tiada. Rebutlah peluang yang ada khidmat semampu yang boleh, yang penting jujur dengan mereka. Ibu takkan menyusahkan anak2...kerana mereka tahu kita mampu lakukan permintaan mereka, maka jangan merungut jika disuruh oleh ibu. Sesibuk manapun ambillah masa seminit dua untuk bertanya khabar, kalau kita mampu bersengkang mata, membuang masa dengan perkara lain takkan tak mampu bercakap sebentar dengan ibu...sebelum nanti kita rindu mendengar suaranya.




Tuesday, October 29, 2013

SubhanAllah...! Alangkah besarnya kekuasaanMu.....





BANJIR MADINAH 2013 - JASAD PARA SAHABAT NABI TIMBUL MASIH UTUH DAN BERDARAH | Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah beberapa ribu tahun.
Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.

Friday, October 4, 2013

Predator Malaysia......


Predator versi filem








Predator versi Malaysia...real predator.....






Predator Malaysia ...siap naik motor beso lagi....nak pi mana oii....balai cerita...


Pahal plak Predator ni kat balai polis ni........??????


Haa..ha..haa...buat report rupanya....report pasal penjualan sijil sakit (MC) kat facebook.
Hangpa tau dak seragam ni berapa harga...? RM 85 ribu....puffhhh...... Dan yang bestnya disebalik kostum individu ini adalah seorang doktor. Takpa laa...asalkan bahagia.

sumber;harakahdaily



Sunday, September 22, 2013

Akukah Melayu....???


Sajak Usman Awang


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka





** Melayu la ni kalau bab hutang bila nak bayar sanggup jadi MUNAFIK.


sumber;sejarahnagarakedah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...