Thursday, February 28, 2013

Salih Yaakob dah kantoi.....!





KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob (gambar)mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.

Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu. 

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.

Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.



Tuesday, February 26, 2013

Salih Yaacob & Nabil dah jadi pencacai.........




Takkan jadi orang popular, dah ada peminat sendiri dok ampu lagi...sanggup buat lawak bangang....ngkorang ingat puak2 PR tak minat kat ngkorang ke...? hah...! banyak siol....berlambak2..pas ni...aku rasa populariti hangpa sikit sebanyak akan merudum...hangpa buat lawak ni berapa diorang bayaq kat hangpa...juta2 ker...? Kot ye pun cari makan tengok situasi laa... takkan main rembat jeee...akai ada kaa...!


Kasihnya Rasulullah pada kita....! Bagaimana pulak dengan kita...?





‎(Silalah baca dengan nada yang sedih).

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang 
berseru mengucapkan salam.

'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang
ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada
Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali
ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu,
Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan
pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah
pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh
kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?',
tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat
telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
lega, matanya masih penuh kecemasan. 

'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril
lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan
syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail
melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

(bacalah dngan nada yang sedih)

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,
Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam
dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan
wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karana sakit yang tidak tertahankan
lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja
semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan
sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.

'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang
lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali
kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Nota:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya
agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan
Rasulnya mencintai kita.



Amalkan berselawat 10 kali di waktu pagi dan 10 kali di waktu petang setiap hari.



sumber;facebook

Friday, February 22, 2013

WAJIB PATUHI PERATURAN "ONLINE BUSINESS"


Siapa pun anda, jika anda menjalankan perniagaan dalam talian, anda wajiblah mempunyai sikap begini;

1- Jujur.
2- Amanah .
3- Kekalkan kepercayaan pelanggan.
4- Kerja yang tip top/ tanpa tangguh.
5- Jangan mendesak pelanggan supaya segerakan pembayaran.
6- Sabar.
7- Bersikap ambil peduli/ sentiasa tanyakan status barang yang dihantar.
8- Jangan berkira, rugi sikit halalkanlah....
9- Minta maaf kat pelanggan jika servis teruk samada dari kita atau pihak kurier...dll.




PUTRAJAYA – Semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian diwajibkan mematuhi Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan menjaga kepentingan pelanggan dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan urus niaga secara elektronik.
Jelasnya, peraturan tersebut mewajibkan peniaga menyediakan maklumat seperti nama, nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, alamat, e-mel dan ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan kepada pelanggan.
“Kerajaan juga tidak benarkan sebarang kos tersembunyi, jadi peniaga perlu meletakkan harga penuh barangan atau perkhidmatan termasuk kos sampingan.
“Selain itu, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran pesanan pelanggan harus dinyatakan dengan jelas,” katanya pada sidang akhbar.

sumber;ppim

Untuk wanita sukakan seksi...



Kajian ilmiah...
Wanita tak menutup aurat dan berpakaian ketat akan mengalami pelbagai penyakit....?


Sekadar berkongsi info...






Rasulullah bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da'wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman:"Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal: 32)

Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.

Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.

Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.

Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena "azab dunia" seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari'at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj??? - sumber

Thursday, February 21, 2013

Jangan takut pada masin....


Testimoni...

Satu pagi hamba Allah ni telah mengalami kekejangan dan keras pada bahagian pinggang akibat lututnya terantuk pintu tandas. Situasi itu mengakibatkan kesakitan yang amat, apalagi bila berdiri dan berjalan bertambah sakit dan menitis air mata menanggung kesakitan.

Dalam otak dah berkecamuk memikirkan, malam ini nak drive ke KL, airport dan nak ke Magribi. Dalam menanggung sakit itu satu cetusan naluri diilhamkan Allah agar mencuba air ini lantas tanpa menunggu lama hamba Allah ini meneguk 2 botol air ini. Dan diselangselikan dengan bacaan Subhanallah...Wabihamdihi...Subhanallah Al Adzim...minta Allah sembuhkan....

Tak berapa lama ianya beransur ansur kurang kesakitan. Petang dah segar dan tiada lagi kesakitan. Subhanallah...benarlah....Masin itu pencuci terbaik. Dan masin yang terbaik adalah dari air ini.


Sunday, February 10, 2013

'Guevara' sniper wanita... 'shot' tentera Bashar....


Wanita ini digelar 'Guevara' sniper wanita bagi pihak penentang tentera Bashar. Seorang guru bahasa inggeris tekad menentang puak Bashar setelah 2 anaknya telah dibunuh tentera Bashar.




Friday, February 8, 2013

Aku dan Skynet




Hati aku betul2 terbakar angkara servis kurang cekap syarikat penghantaran ni. Apa ke hal ni matt....?
Alkisahnya begini....pada khamis lepas, aku dapat call dari customer yang inginkan produk kopi yang aku jual cara online ni...oklaa dan aku tunggu duit masuk dalam akaun je...pastu dapat mesej duit dah masuk, tapi katanya hantar barang tu pada hari isnin sebab hari jumaat KL cuti.

Hari isnin aku poskan barang yang dipesan pelanggan aku melalui syarikat penghantaran cepat SKYNET. Aku dah biasa dengan syarikat ni sebelum ni dan pada aku oklaa sebab servisnya boleh tahan laa. Aku mesej kat pelanggan aku ni yang kali ke 2 membeli dari aku yang barang ni akan sampai esok.....yalah biasanya macam tu...hari ni pos esok sampai lewat sikit pun lusa. Nak dijadikan cerita esoknya pelanggan aku mesej kat aku katanya barang belum sampai dah semakin petang, aku pun gelabah jugak tapi cool dan cuba call skynet di hub Sg Besi, susah betul nak dapatkan jawapan...memanjang engage. Frust betul tak boleh call...takpa tunggu esok.

Pagi rabu aku call syarikat...tut2...lega...dah berjawab. Alasan yang diberi sebab apa barang aku hantar belum diserahkan lagi, katanya barang bertimbun banyak kena buat checking dan checking tak habis lagi sebab dah dekat nak raya cina kena clear stok. Tu dia aihhh...! aku jadi gelisah....aku tanya kat syarikat tu hari ni boleh sampai ka? Dia minta no Airway Bill dan diperiksa katanya barang dah keluar. Ok laa lega sikit alih2 petang tu jugak pelanggan aku mesej barang belum sampai lagi. Adussss.... jauh sangat ka Sg Besi ke Jalan Tun Razak ni.....?

Hari khamis, aku call lagi...dapat jawapan.....barang dah keluar hari ni akan sampai aku pun hantar mesej kat pelanggan aku, aku bagitau kat dia barang akan sampai hari ni....Tiba2 dapat mesej lagi dari pelanggan aku....apa dah jadi ni dah petang barang tak sampai2 lagi nii....Mangkuk punya skynet ni....aku dah mula menyumpah....aku call...1..2,3,4,5,........berpuluh tak diangkat...adusssss....macamana niii...aku susah hati. Pastu dapat mesej lagi dari pelanggan aku...marah2 kat aku dan suruh aku buat official report  tentang servis syarikat ni. Ya laa sapa tak marah....dahlaa keluar duit tapi rupa barang tak nampak lagi....aku pun marah jugak kalau macam ni....jatuh reputasi aku....aku buat penghantaran produk dah banyak tempat, semuanya ok, beres dan selamat. Kes ni buatkan aku betul2 terkilan, marah, bengang, benci dan ntah apa2 lagi laaa.
Duhai skynet engkau membuatkan aku kehilangan seorang pelanggan....nampak gayanya dah takde rezeki aku dengan bro ni....kalau tak sampai jumaat ni....tunggu lepas raya cina laa jawabnya.
Aku betul2 mintak maaf berjuta2 maaf...apakan daya....ada yang tersirat jadi macam ni....aku tak pasti apa dia....samada dari aku atau dari pelanggan aku...eemmm ntah laaa....

Sunday, February 3, 2013

V cafe.....! pehhh...! sedapnyeeee...!





Terbaru dari usahawan Perlis..... Kopi pracampuran V Cafe punyai rasa yang sedap dan hebat.....dapatkan sekarang hanya di blog gilakopi.....call & sms......cepat.....!!!!!!!!!!!! Harga tawaran sepapan  RM 19.00 dan harga pasaran RM 25.00. Tidak termasuk kos pos.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...