Thursday, January 5, 2012

Hidangan sotong hidup....?



Hidangan Pelik Sotong Yang Telah Sedia Dihidang Hidup Kembali?

Sebuah restoran di Jepun telah mencipta hidangan unik, yang dinamakan 'Odori don' bermaksud sotong menari. Apa yang menarik ialah sotong yang telah dimasak dan sedia dihidangkan bersama nasi sushi boleh hidup kembali apabila dituangkan dengan sos soya sotong segar pada bahagian tentakelnya . Hidangan 'Odori don' ciptaan Chef Ikkatei Tabiji, di Hakodate, Jepun itu telah menjadi popular kerana keanehannya itu. Bagaimana ini berlaku? Sebenarnya ia adalah hasil tindak balas kandungan garam yang tinggi dalam sos dengan ion di dalam sel-sel sesungut [tentakel] sotong lalu menghasilkan perbezaan voltan, menyebabkan tentakel bergerak-gerak seperti hidup semula.  Lihat video menarik ini...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...