1. Perniagaan yang nak cepat untung.
Ini satu penyakit yang dihadapi sesetengah orang. Mereka fikir perniagaan boleh membawa keuntungan dengan cepat dalam beberapa bulan saja, ini anggapan yang silap.
Membangunkan sesebuah perniagaan adalah seperti melahirkan bayi. Pada awalnya, kita yang perlu mengeluarkan duit dan keringat untuk membangunkan perniagaan ini.
Setelah beberapa tahun, barulah kita boleh menuai hasil dari pelaburan kita. Jadi untuk membuat keuntungan sebenar serta meneruskan perniagaan untuk tempoh masa yang lama, kita perlu meletakkan fokus jangka panjang dan bukan beberapa bulan atau setahun.
2. Perniagaan atas sifat ego
Usahawan yang sebenar memulakan perniagaan apabila dia dapat melihat peluang sebenar dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Namun terdapat orang yang ingin membangunkan perniagaan atas sifat ego.
Faktor ego di sini adalah seperti membuka perniagaan atas rasa dengan adanya perniagaan ini status dirinya akan meningkat naik di mata rakan-rakannya. Apatah lagi jika seseorang itu terlibat dengan politik kepartian dan perniagaan anda disebut dikalangan vvip akan menambah besar rasa egonya.
Contohnya seperti orang yang ingin membuat kopi atas dasar untuk kelihatan hebat berbanding dengan orang yang membuat kopi atas dasar untuk memulakan perniagaan.
Perniagaan yang dibuat berdasarkan ego jarang berjaya. Jadi fikirlah sebelum anda memulakan sesebuah perniagaan. Adakah anda memulakan perniagaan ini untuk semata-mata kelihatan gah atau anda memulakan perniagaan untuk membuat keuntungan jangka panjang.
3. Masalah Peribadi
Dikalangan para usahawan akan mengalami keadaan stress atau masalah peribadi. Bila manusia mahupun usahawan berada dalam keadaan sebegini jarang sekali usahawan akan membuat keputusan yang betul.
Masalah peribadi kita boleh terjadi akibat dari pergaduhan dengan rakan, jiran, dengan isteri, penceraian, masalah anak-anak, masalah sekolah anak dan sebagainya yang tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan.
Jika tidak diselesaikan dengan betul masalah-masalah ini akan memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan anda. Jadi untuk membangunkan perniagaan dengan baik, cuba elakkan atau selesaikan masalah peribadi anda dahulu.
4. Mendapatkan Nasihat Daripada Orang Yang Salah
Kita selesa untuk berbincang dan menceritakan masalah kita kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.
Namun apabila berkenaan dengan perniagaan, rakan-rakan dan ahli keluarga bukanlah orang yang sesuai untuk kita dapatkan jalan penyelesaian.
Ini biasanya berlaku apabila kita hendak memulakan perniagaan. Kita akan bertanya kepada rakan-rakan dan keluarga kita. Kebanyakkan daripada mereka ini tidak mahu menyakiti hati kita. Jadi mereka ini sentiada akan memberikan sokongan kepada idea bodoh kita itu.
Cuba anda fikir, jika seorang rakan anda datang dengan satu idea bisnes, dan anda menentang idea ini. Namun rakan anda itu meneruskan dengan idea itu dan berjaya. Adakah anda fikir rakan anda akan masih berkawan dengan anda ? Sudah tentu hubungan anda kini telah menjadi lebih tawar. Jadi tidak ada orang yang anda sayangi akan membuatkan anda kecewa.
Jadi mereka ini tidak sesuai untuk kita tanya pendapat mengenai perniagaan. Walaupun kepada mereka inilah kita sering menyatakan idea dan masalah perniagaan kita untuk mendapat penyelesaian.
5. Pemilik Perniagaan Yang Tidak Pandai Berhubung Dengan Manusia
Banyak perniagaan yang lingkup hanya kerana seseorang pemilik perniagaan yang panas baran atau jenis orang yang tidak tahu berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam perniagaan, kita terpaksa berhubung dengan pembekal, pelanggan yang pelbagai kerenah, pekerja, rakan kongsi dan banyak lagi orang lain. Jadi jika seseorang itu tidak mampu untuk menjadi kawan dengan semua mereka ini, tidak mungkin mereka boleh berjaya dalam perniagaan.
Jadi kemahiran berkawan adalah sangat penting. Anda juga perlu menerima hakikat tidak semua yang anda faham itu difahami oleh orang lain dan juga sebaliknya.
Kita juga perlu menerima hakikat bahawa semua golongan yang saya sebutkan sebelum ini tidak akan membantu perniagaan anda untuk maju jika anda bukan seseorang yang pandai berkawan.
Jadi belajarlah untuk berkawan dengan ramai orang dari pelbagai tahap masyarakat kerana ini adalah kemahiran wajib untuk anda berjaya dalam perniagaan.
6. Usahawan Yang Tidak Sepenuhnya Komited Pada Perniagaannya
Terdapat usahawan yang memulakan pekerjaan dan dalam masa yang sama berkerja makan gaji, ada pula yang sudah mempunyai back-up plan jika perniagaan itu gagal.
Dalam kedua keadaan ini, kegagalan adalah satu pilihan. Kerana itu anda tidak perlu terlalu komited kepada perniagaan anda, memandangkan jika perniagaan ini gagal, anda mempunyai kerja tetap ataupun sudah pun mempunyai back-up plan yang kukuh.
Perniagaan akan menjadi lebih berjaya jika anda bergantung harap hidup anda kepada perniagaan itu. Jadi anda tidak ada pilihan selain untuk berjaya dan membuat keuntungan.
Pada masa ini, otak dan fizikal anda akan melonjak ke tahap yang jauh lebih baik daripada tahap biasa. Tidakkah apabila Tariq bin Ziyad menawan sepanyol, beliau telah membakar kapal tentera Islam itu sendiri dan berkata
“Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran. “
Apabila tidak ada lagi jalan pulang, kita tidak ada pilihan selain untuk terus mara dan berjaya.
No comments:
Post a Comment