Sunday, January 6, 2013

Gejala sakit kepala....


Ramai diantara kita dah biasa mengalami sakit kepala dan mungkin ada sesetengahnya tak tau sakit kepala banyak jenis.

Antara jenis sakit kepala.






1. Sakit Kepala Yang Tegang
Merupakan sakit kepala yang sering dialami orang ramai dan dianggap biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan pesakit akan terasa sakit sangat-sangat pada waktu pagi. Sakit ini terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.
2. Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
- Migran klasik – Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh “aura” – kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.
- Migran biasa – lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
- Bentuk migran lain yang lebih jarang                                                        
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.
3. Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.
4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah 
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.
5. Penigkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.
6. Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.
7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.
8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.
9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.
10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.
11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.


Faktor-faktor dan pencetus sakit kepala.
- Stres
- Corak tidur yang berubah
- Alkohol
- Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
- Cahaya yang terang
- Kelaparan
- Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
- Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
- Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
- Ubat-ubat tertentu – runding dengan pegawai farmai anda
- Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
- Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap
Bagaimana cara untuk mengurangkan rasa sakit kepala yang menyerang? Selain daripada ubat seperti panadol, mungkin anda juga boleh mendapatkan pain killer dari farmasi atau doktor        di klinik. Pesakit juga boleh mencuba dengan meletakkan wap atau tuala panas pada bahagian sinus.
Cara-cara untuk menghindar sakit kepala pula adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup, jangan biarkan diri terlalu stress, makan makanan yang berkhasiat, biasakan memakai cermin mata hitam untuk mengelak dari silau dan akhir sekali dapatkan pemeriksaan mata dengan doktor.
sumber;suarabawahtanah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...