Friday, July 18, 2014
Kopi dibulan puasa....
Salam Ramadhan....
Alhamdulillah....Syukur pada Yang Esa. Sepanjang Ramadhan ini jualan kopi pracampuran di Projem Store amat memuaskan walau keadaan tak menentu waktu operasinya. Aktiviti 'runner' ke warung dan kedai makan dihentikan pada siang hari dan tumpuan diberikan di store Projem nampaknya dah meraih pelanggan yang tetap dan memahami status owner selalu sibuk buat hantaran barang dan memenuhi stok semasa.
Pelanggan akan datang waktu tengahari dan petang.....inilah selalu aku doa pada Pemegang Khazanah Yang Maha Besar supaya setiap pelanggan yang datang faham kalau nak dapatkan kopi, datang pada waktu tertentu. Sebab Projem Store bukanlah kedai ianya adalah store & display yang nampak seperti kedai sebab itulah waktu operasinya seringkali disalahertikan pada segelintir pelanggan.
Bulan puasa ini juga dijadikan masa taklimat ringkas aktiviti Projem Store.
Dalam bulan puasa ini juga permintaan kopi tidaklah tinggi tetapi tetap ada sebab pencinta kopi akan mencari kopi kegemarannya. Penjualan tertinggi setakat entry ini ditulis seperti Kopi Super Best Power dan KH Kopi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment