Thursday, September 6, 2012

'Durian runtuh' dah semakin runtuh....wahai wargaku....bangkitlah...!





Akhirnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad 
Maslan mengakui 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang diagihkan kepada peneroka semasa penyenaraian dulu, adalah dalam bentuk hutang dan bukannya pemberian atau ‘durian runtuh’.

Pengakuan tersebut diucapkan oleh Ahmad semasa menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini.
 

Cuma cara pengakuan beliau itu agak lunak sedikit iaitu dengan mengatakan “peneroka tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda” setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan dana RM360. 

Di bawah tajuk berita “Felda ambil alih hutang peneroka beli saham mulai 1 September” yang disiarkan sebuah akhbar, Ahmad berkata, peneroka akan membayar balik kepada Felda dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan.

Tambahnya, pembayaran balik kepada Felda dilakukan dengan potongan pendapatan daripada hasil tuaian ladang peneroka. Dengan lain-lain perkataan, saham FGVH yang diagihkan kepada peneroka adalah hutang yang mesti dibayar (melalui potongan) sama seperti hutang-hutang lain (baja, membesarkan rumah, tanah ladang, jalan pertanian dan lain-lain).

Jadi apa hebatnya peneroka mendapat saham jika pemberian tersebut dikira hutang? Sedangkan Timbalan Menteri yang juga Ketua Penerangan Umno itu pernah berhujah di parlimen satu ketika dulu berhubung penyenaraian saham FGVH bahawa tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup peneroka.

Setelah dihamburkan dengan pelbagai janji yang indah-indah kononnya peneroka akan melalui tranformasi besar dalam kehidupan baru mereka, kononnya peneroka akan keluar daripada tradisi berladang kepada pemain saham dunia apabila saham kedua terbesar selepas Facebook itu disenaraikan, rupa-rupanya 112,635 warga peneroka masing-masing hanya mendapat 800 unit. Itupun dikira berhutang.

Dalam berita tersebut juga, Ahmad mengaku jumlah keseluruhan pemilikan saham peneroka hanya 5%. Bakinya dijual kepada bukan peneroka dan pelabur-pelabur luar negeri. Manakala 180,000 unit saham yang dianugerahkan kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, tidak diketahui sama ada dikira hutang atau sebaliknya.

Jadi inikah  maksud Ahmad Maslan bahawa peneroka akan dapat manfaat besar daripada penyenaraian saham FGVH? Bagaimana pula nasib tanah rizab Melayu seluas 360,000 ekar yang dicagarkan selama 99 tahun?



 

Hutang saham: Kenapa tidak bercakap benar?

Apa yang menjadi kemusykilan banyak pihak, kerajaan dan Felda tidak berkata benar ketika mahu menyenaraikan FGVH ke Bursa Kuala Lumpur 28 Jun lalu.

“Sudah jenuh kami berkempen sebelum ini mengatakan saham 800 unit yang diberi bukan dengan percuma, tetapi amaran kami itu bukan saja dipandang sepi malah kami dicerca dan dihina kononnya kami pengkhianat Felda.

“Tetapi sekarang Ahmad Maslan sendiri sahkan bahawa saham itu bukannya durian runtuh atau percuma, tetapi hutang,” kata Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) negeri Pahang Abdul Rahim Abdul Rahman yang ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kuala Krau baru-baru ini.

Beliau merupakan salah seorang daripada 8 peneroka yang memfailkan saman terhadap Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Temerloh bulan lalu kerana ungkapan menghina ‘haram jadah’ terhadap mereka.

Sebelum penyenaraian FGVH, Pakatan Rakyat, Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dan aktivis-aktivis peneroka yang bergabung dalam Gerakan Selamatkan Felda (GSF) membuat road show di seluruh negara bagi menghalang penyenaraian FGVH. Himpunan Oren juga diadakan pada 14 Julai lalu bagi memohon Yang Dipertuan Agong masuk campur kerana penyenaraian FGVH tidak menguntungkan peneroka tetapi beberapa kerat individu tertentu. 

Meskipun gagal menghalang penyenaraian FGVH, sekurang-kurangnya mereka berjaya menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada terjerumus sama dalam penyenaraian FGVH.

Usaha selamatkan Felda dicemuh pro Umno

Malangnya mereka diherdik dan dicemuh semahunya oleh kumpulan peneroka pro-Umno yang memang pengampu kerana berkepentingan lalu mereka membuat demonstrasi di sana sini serta menghalang pihak tersebut memberi penerangan kepada umum.
 

 
Laporan polis juga dibuat seluruh negara bagi menggambarkan pejuang-pejuang nasib warga Felda itu pengkhianat. Cercaan demi cercaan dihamburkan bagi melemahkan semangat mereka.

Kemuncaknya ialah apabila Najib sendiri ketika mengumumkan "durian runtuh" di Jengka 8 Mei lalu menggelarkan pejuang kebenaran warga Felda sebagai haram jadah. Sudah tentu ia amat memeranjatkan kerana ungkapan  itu paling kasar, biadab dan tidak bertamadun yang pernah diluahkan oleh seorang Perdana Menteri terhadap rakyatnya. Ungkapan menghina itu pula dibuat di hadapan lebih 40 ribu yang hadir dan liputan langsung media.

Tidak cukup begitu, ketika para peneroka tersebut mengambil wang hak mereka sendiri yang diumumkan Najib sebagai "durian runtuh", media pro-Umno terus mengaibkan mereka seolah-olah "keselak" atau kemaruk sangat dengan wang yang diagihkan Felda itu.

Najib sendiri ketika berceramah di Pekan, terus mengaibkan mereka dengan gelaran "muka tak malu".

Namun apabila sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahmad Maslan bahawa saham sebanyak 800 unit itu sebenarnya hutang, ia mula mendedahkan apa yang sebenarnya kerana sebelum ini pihak kerajaan dan Felda tidak berkata benar atau sengaja menyembunyikannya.

Ahmad Maslan turut membenarkan, pemilikan saham peneroka seluruh negara hanya berjumlah 2.5 peratus secara keseluruhan. Jadi benarlah dakwaan dan amaran yang pernah diberi oleh PR, Anak dan GSF. Bahkan amaran risiko harga saham turun naik, memang tepat. Lihatlah saham FGVH terus merudum. Tidak sebagaimana janji pemimpin Umno bahawa jika saham Felda disenarai, peneroka-peneroka akan menjadi kaya raya, dapat durian runtuh dan akan mengalami perubahan besar dalam kehidupan selepas 50 tahun!

Akhirnya semuanya temberang. Yang betulnya hanyalah amaran PR, Anak dan GSF tadi. 

“Sudahlah peneroka yang majoritinya berusia 50 tahun ke atas itu dipaksa berhutang, apa pula yang mereka tahu tentang bermain saham? Malah hutang yang dipaksa ke atas peneroka bukannya mereka yang untung tetapi dikaut oleh bank, peguam dan broker.

“Inilah yang Pakatan dan  GSF perjuangkan sekarang,” kata Abdul Rahim.

Tambahnya, jika saham terus menjunam dan peneroka tidak mampu membayar balik hutang bank apa yang akan terjadi? Oleh itu jangan diperkecilkan jika peneroka berasa bimbang dengan tergadainya tanah ladang 10 ekar dan tapak rumah mereka.

“Jadi kami dari Bangkit dan GSF bertungkus lumus menyelamatkan nasib peneroka kerana tidak mahu bak kata pepatah ayam terlepas tangan bau tahi,” katanya.


sumber;harakahdaily

Alahai aksi terjun tirus FGVH....



(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)


Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.

Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!

Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?
Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?
407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.

*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merangkap AJK PAS Pusat

Monday, September 3, 2012

Brochure jem cafe...



Jem Cafe.....nyata berbeza.....!




Dapatkan sekarang....

Budaya pijak dah jadi budaya.....


Budaya memijak gambar pemimpin ni dah membarah dikalangan penyokong politik, baik puak BN atau puak PR. Budaya ni dah menjangkiti puak2 NGO. Kenapa terjadi? Mungkin disebabkan rasa benci meluap2, sakit hati, tak puashati atau sebab lain. Biasanya memijak gambar seseorang tak kiralah apa pun statusnya adalah dikira menghina.
Apabila gambar PM dipijak dikira satu kesalahan dan akan ada siasatan oleh pihak berkuasa sebab PM adalah seorang pemimpin BN, bagaimana pulak puak PR? bukankah gambar yang dipijak dan dikencing itu juga gambar seorang pemimpin? Tak sama ke pemimpin BN dengan pemimpin PR? Masing2 puak ada rasa sensitiviti sendiri, kalau pemimpin kita, kita tak sanggup tengok ia dihina adalah lebih baik kita menahan diri dari melakukan hal yang demikian. Sekarang ni...siapa yang ajar siapa.....contoh dah ada...fikir laa sendiri...
Bagi aku puak PR perlu lebih berdedikasi dan bersabar kalau Perkasa cuba provok puak PR boleh sabar takkan gambar sekeping beria2 nak tunjuk jaguh. Apapun dah sama2 kena patutnya bermuhasabahlaa bukan guna kuasa nak selesaikan masalah.....



































Sunday, September 2, 2012

Gelatin....ramai umat tak pedulikannya.....


Baca dan renunglah ...

Adakah anda yakin dengan kehalalan produk yang menggunakan gelatin hari ini?...........
Umat Islam perlu peka mengenai isu ini kerana gelatin digunakan secara menyeluruh di dalam banyak industri. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada seminar yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Halagel, En. Mohamad Yakob Munshi Deen. Rasanya setiap umat Islam pada hari ini tak terlepas dari menggunakan gelatin jenis ni.



 

Apa itu gelatin?
Gelatin adalah protin tulen yang didapati dari proses 
hidrolisis kulit atau tulang haiwan.
Gelatin dikategorikan sebagai aditif (additive) makanan dan menggunakan E-number E441.
Jenis gelatin.
Gelatin Jenis A diproses menggunakan asid di mana biasanya adalah dari sumber kulit babi.
Gelatin Jenis B pula diproses menggunakan alkali atau air kapur. Sumber-sumber untuk pemprosesan gelatin jenis B adalah dari tulang atau kulit-kulit haiwan bovin seperti lembu, kambing dan kerbau.
Struktur gelatin.
Gelatin mengandungi 18 jenis asid amino dengan kepekatan yang berbeza. Ia membentuk rangkaian polypeptide. 9 daripada asid amino tersebut adalah yang diperlukan oleh badan manusia.
Seluruh struktur molekul gelatin adalah berbentuk rod yang mengandungi struktur primer, sekunder dan tertiari.

Kandungan dan kelebihan gelatin.
Mengandungi 84-90% protin, Mengandungi 1-2% garam mineral, Selebihnya adalah air, Tiada kolesterol
Tidak mengandungi pengawet atau aditif.
Berbanding dengan agar-agar, gum arabic, locust gum yang mengandungi karbohidrat


Mengapa gelatin sangat penting?
Penggunaan gelatin telah bermula sejak beratu-ratus tahun dahulu di negara-negara Eropah
Penggunaannya yang pelbagi dalam industri makanan, kosmetik, produk kesihatan dan perubatan
Ia adalah produk yang semulajadi dan menyihatkan. mudah dihadam, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol.
Banyak penyelidikan telah membuktikan gelatin dapat membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tulang dan sendi. Fungsi dan kegunaan gelatin adalah sangat unik (dalam industri makanan)
Penebal (Thickener), Pelekat (Plasticizer), Pengemulsi (Emulsifier), Ejen Pembuih (Foaming agent),

Penahan Lembapan (Moisture retention) – digunakan dalam ais krim, Pembaik tekstur (Improve texture) – digunakan dalam kosmetik, Ejen pengikat (Binding agent) – softgel, kapsul, tablet.



Nama-nama yang digunakan pada label produk.
Gelatin, Gelatin Halal, Bovin Gelatin, Gum Base, Pengemulsi/Emulsifier, Penstabil/Stabilizer



Gred-gred gelatin
Food/Edible Grade, Coarse Powder, Leaf Gelatin – hotel-hotel besar suka menggunakannya, berwarna putih dan cantik, sumber dari babi, Gelatin Hydrolisate, Pharmaceutical Grade – kapsul, softgel, tablet, sirap batuk,

 
 
                                                          sekadar hiasan                                              



Gelatin dalam kehidupan harian anda.
Industri makanan- Jelly Desserts, Gummy Jelly, Chocolate, Ice-Cream, Marshmallow, Soft Candy, Toffees, chewing gum, Yogurt, keju, butter.
Produk daging- Makanan haiwan (pet food).
Industri Farmaseutikal- Hard Capsules, Soft Capsules, Sugar-coated pills, Tablets, Serum substitute,
Injection etc.
Industri Fotografi- Photo-film, Printing paper, X-ray Film, Photogravure Printing
Industri Kosmetik & Toileteries- Produk penjagaan rambut, Produk penjagaan kulit, Pengilat kulit,
Losyen dan produk kecantikan, Ubat gigi.
Industri Teknikal- Paper manufacturing, Box making, Paper for fingerprinting, Match industry (mancis)
Industri Sukan dan Kesihatan- Paintball.
Makanan sukan untuk para atlit seperti cereal bars, protein bars, minuman kesihatan.

Akan Tetapi Adakah Produk-Produk Ini Halal?

Firman Allah SWT
“Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaita; sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”
(Al-Baqarah ayat 168).

Pengeluaran Gelatin.

Pengeluaran gelatin berdasarkan kawasan.
Pengeluar Gelatin Dunia.
Gelita Australia Pty Ltd, Australia & New Zealand, Geltech Co. Ltd, Korea, India Gelatine & Chemicals Ltd India, Jellice Co. Ltd, Japan, Kerala Chemical and Proteins Ltd, India, Narmada Gelatines Ltd, India 
Nippi Gelatin Division, Japan, Nitta Rousselot (Guangdong) Gelatin Co. Ltd, PR China, 
Sam Mi Industrial Co, South Korea, PB Gelatins Rousselot Group, Gelita Group, UK, USA.

Sumber-sumber gelatin.
80% daripada gelatin yang dikeluarkan di Eropah adalah dari kulit babi
15% darikulit haiwan bovin seperti kerbau dan lembu
5% dari tulang-tulang haiwan bovin dan khinzir/babi, ikan dan poultry.
Proses pengeluaran gelatin.
Sumber: Eastman Gelatine Corporation.
Secara asasnya proses pengeluaran gelatin terdiri dari 7 langkah iaitu: demineralization, pretreatment, washing, extraction, purification, drying dan akhir sekali sieving/blending.

Penentu Status Halal Gelatin.
Sumber – haiwan halal atau haram dimakan, cara sembelihan.
Proses pengeluaran – percampuran dengan sumber atau gelatin tidak halal. Kebersihan keseluruhan.

Beberapa konsep gelatin.
Konsep pertama: Kilang tersebut mengeluarkan gelatin dari sumber haram tetapi memakai hukum seperti anggur yang mana bila diperam menjadi arak (wine) tetapi diperam lama lagi ianya menjadi cuka. Tetapi tidak boleh digunapakai untuk gelatin babi atau lembu tidak disembelih mengikut syarak.
Konsep kedua: Kilang buat gelatin dari sumber bovine tetapi tidak disembelih mengikut syarak.
Konsep ketiga: Kilang tersebut buat gelatin dari sumber bovine dan sembelih mengikut syarak tetapi bercampur dengan yang haram. Contoh kilang di New Zaland, Eropah dan China.
Konsep keempat: Kilang buat gelatin dari sumber halal dan disembelih dengan mengikut syarak tanpa bercampur dengan yang haram.

 

Konsep gelatin halal dari perspektif Halagel
Kilang gelatin haruslah berada di sebuah negara atau wilayah Islam. Diurus dan dimiliki sepenuhnya atau sebahagian oleh orang Islam. Mestilah dari seumber yang 100% halal iaitu haiwan yang disembelih mengikut Syariat Islam. Kilang tersebut mestilah mengeluarkan gelatin HALAL sahaja.

Masalah pengeluaran gelatin.
Nisbah keluaran gelatin rendah. Untuk mengeluarkan 1500 metrik tan gelatin setahun perlukan sebanyak 15,000 metrik tan tulang-tulang. Seekor lembu menghasilkan lebih kurang 30kg tulang terpilih. Oleh itu untuk keluaran 1500 metrik tan setahun memerlukan 500,0000 ekor lembu/kerbau. Sumber tulang dari banyak pusat sembelihan. Tiada usaha untuk mencari dan mengumpulkan tulang-tulang dari pusat penyembelihan. Tulang-tulang dari pusat penyembelihan korban pada Hari Raya Aidiladha boleh digunakan untuk gelatin.

Masalah-masalah lain.
Mengambil masa 60-80 hari untuk mengeluarkan satu lot gelatin. Adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal dalam kilang yang sama. Peluang kontaminasi (contamination) antara gelatin halal dan tidak halal adalah sangat tinggi.

Alternatif kepada gelatin.

1. Fish Gelatin
Adakah ia halal?
Fakta: Buat masa ini masih belum ada kilang yang hanya membuat gelatin bersumberkan dari ikan sepenuhnya. Kebanyakkan kilang di Eropah menghentikan produksi gelatin babi selama sebulan atau setahun bagi mengeluarkan gelatin ikan. Ianya tidak halal kerana menggunakan peralatan yang sama dalam mengeluarkan gelatin babi.
2. Gelatin dari tumbuhan
Adakah ia halal?
Fakta: Sumber alternatif gelatin dari tumbuhan kebanyakkan digunakan dalam pembuatan softgel dan kapsul keras penyalut ubatan. Kebanyakkan kilang ini menggunakan mesin yang sama untuk mengeluarkan produk menggunakan gelatin tidak halal.

sumber;facebook

Janji Demokrasi- A. Samad Said



Janji Demokrasi:

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!




Wahai pejuang bangsa dan agama anda tidak keseorangan. Percayalah perjuangan ini didukung oleh rakyat prihatin semua generasi yang cintakan kebebasan dan keadilan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...