Salah satu sebab pelanggan tidak membeli daripada anda adalah kerana mereka tidak percaya kepada anda, produk anda atau apa yang anda tawarkan.
Kepercayaan bukanlah sesuatu yang boleh dibina dalam beberapa hari. Ia memerlukan masa yang panjang untuk membina kepercayaan, namun ia bukanlah satu tugas yang sukar. Anda hanya perlu melakukan perkara yang biasa dan kepercayaan akan terbina dengan sendiri.
Kepercayaan terhadap diri anda terbina melalui dua aspek utama iaitu pemerhatian pelanggan dan apa yang mereka dengar daripada orang lain.
Pemerhatian mereka meliputi apa yang mereka lihat pada diri anda. Jika anda menjual produk menjadi jutawan, tetapi anda sendiri menggunakan kereta kancil. Mereka tidak akan percayakan anda.
Ini samalah seperti seseorang dengan berat badan 150kg bercerita mengenai ubat menurunkan berat badan.
Jadi sentiasa lakukan sesuatu secara konsisten dengan apa yang anda jual. Jangan bercakap atau janjikan sesuatu yang anda tidak mampu penuhi. Jika anda berjanji untuk bertemu pada pukul 9.00, sampai sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal.
Perkara-perkara kecil sebegini banyak membantu membina kepercayaan pelanggan terhadap diri anda.
Membina kepercayaan terhadap produk anda adalah juga sesuatu yang sangat penting kerana pelanggan yang berpuashati akan terus bercerita kepada orang lain mengenainya. Promosi mulut ke mulut seperti ini adalah sesuatu yang paling berkesan untuk membina kepercayaan pelanggan supaya mereka membeli daripada anda.
Antara kaedah utama membina kepercayaan terhadap produk anda adalah melalui anda memberikan barangan dan servis yang terbaik kepada mereka.
Taktiknya ialah janjikan sesuatu yang kurang dan berikan mereka lebih daripada apa yang anda janjikan.
Jika biasanya tempoh menghantar sesuatu produk kepada pelanggan anda akan memakan masa 3 hari, janjikan 7 hari sebagai tempoh penghantaran produk itu. Pelanggan anda tentu akan gembira apabila mendapat produk ini lebih awal daripada apa yang dijangkakan.
Taktik yang kedua adalah melalui anda mendedahkan testimoni pelanggan lain atau orang yang terkenal. Pelanggan tidak suka mendengar anda memuji perniagaan anda. Mereka lebih memberi perhatian kepada apa yang disebutkan oleh orang lain mengenai perniagaan anda.
Pelanggan anda lebih percayakan pelanggan anda berbanding anda sendiri. Anda adalah orang berkepentingan jadi sudah tentu kata-kata anda kurang nilainya berbanding kata-kata pelanggan anda.
Dalam perniagaan kopi atau main kopi servis pelanggan adalah perkara yang perlu diberi penekanan dan keutamaan. Jika servis sambil lewa akan megurangkan kepercayaan pelanggan terhadap anda.
sumber: shahabudeen jalil
No comments:
Post a Comment