30/6/2011
Sokonglah produk keluaran tempatan |
cth 1 (Si A):
(Wang Masuk) Gaji 3000+ duit dari sumber lain 2000 = 5000
(Wang Keluar) Belanja tetap 2000+bayar ansuran itu dan ini 3000+berbelanja sesuka hati 1000 = 6000
Dengan itu aliran tunai si A negetif. -1000 defisit yang si A gunakan itu mungkin dari hutang dengan mak ayah atau paling mudah KAD KREDIT!
Ringkasnya; 5000-6000=-1000 (defisit)
Cth 2 (Si B):Ringkasnya; 2000-1900=100 (lebihan)
(Wang Masuk) Gaji 1500+ duit dari sumber lain 500 = 2000
(Wang Keluar) Simpanan bulanan 200+Belanja tetap 1000+bayar ansuran itu dan ini 500+berbelanja sesuka hati 200=1900
Carlos Slim terkaya di dunia
MEXICO CITY 11 Mac – Ahli perniagaan Mexico, Carlos Slim yang mengatasi Bill Gates dalam senarai Forbes bagi gelaran jutawan dunia, terkenal dengan sikapnya yang merendah diri dan sentiasa membuat pelaburan ketika krisis ekonomi.
Slim, 70, berada di kedudukan tertinggi itu buat pertama kali dalam senarai itu yang disiarkan semalam, mengatasi pengasas Microsoft, Gates.
Sebelum ini, Slim, berada di tangga ketiga sebagai operator telefon bimbit terbesar Amerika Latin.
Kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$53.5 bilion (RM177.8 bilion), berdasarkan kedudukan baru yang dikeluarkan Forbes, semalam.
“Jumlah keuntungan yang dicapainya itu berasaskan harga saham syarikat, jadi kami gembira kerana pelabur yakin dengan Mexico, Amerika Latin dan syarikat kami,” kata jurucakap kumpulan Slim Telmex, Arturo Elias Ayub.
Menurut Forbes, keuntungan Slim berkembang AS$18.5 bilion (RM61.4 bilion) dalam tempoh 12 bulan dan perkongsiannya dalam Movil Amerika yang mana ia memiliki kepentingan berjumlah AS$23 bilion (RM76.4 bilion), peningkatan sebanyak 35 peratus setahun.
Kemahiran Slim dalam bidang perniagaan dipelajari sejak kecil apabila ayahnya, seorang rakyat Lebanon memberikannya buku simpanan bagi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam dan kemudiannya menubuhkan syarikat telefon utama, Telmax selepas memperolehinya daripada kerajaan pada 1990.
Semasa krisis kewangan pada 2008, beliau terus membeli perniagaan yang mengalami masalah seperti pertama kali dilakukannya ketika krisis ekonomi membelenggu Amerika Latin pada awal 1980-an.
“Dalam keadaan yang sepatutnya berhenti melabur, dia terus melabur lebih banyak apabila krisis melanda dan ia membuahkan hasil positif,” jelas Ayub. – AFP
Sumber: Utusan
Orang berani melibatkan dirinya
Orang takut hanya pandai berkata-kata
Orang berani melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik
Orang takut hanya pandai berpura-pura
Orang berani menganggap kejayaannya sebagai bernasib baik
Orang takut menyalahkan diri jika gagal
Orang berani menghormati kejayaan orang lain dan mencontohi mereka
Orang takut tidak suka orang lain lebih daripada mereka
Orang berani akan mendengar dan mengeluarkan pendapat
Orang takut hanya menunggu giliran untuk bercakap
Orang yang benar mengaku kesilapan dan memperbaikinya
Orang yang berdosa akan meminta maaf dan mengulangi kesilapannya
kontrol broo...! |
tumpang gumbira... |
kali nii pemenang dari kumpulan K laa plak.. |
makan pun tak lalu....he! he! |
1) Pengorbanan Masa -
Orang sering melaung-laungkan bahawa seorang usahawan mempunyai masa yang fleksibel.
Tetapi tahukah anda bahawa rata-rata usahawan terpaksa berkorban masa berharga mereka
untuk membangunkan perniagaan mereka. Tiada istilah seorang usahawan duduk diam dapat duit.
2) Pengorbanan Wang Ringgit -
Ini adalah perkara biasa bagi seorang usahawan. Tipu jika seorang usahawan tidak pernah
mengorbankan wang ringgit mereka walaupun sedikit untuk membangunkan perniagaan.
Sebagai seorang usahawan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit agar dapat mencapai
kehendak yang mereka inginkan di dalam perniagaan mereka.
3) Pengorbanan Emosi -
Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, ‘hati mau kering’.
Tetapi sejauh manakah kering itu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan
di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.
Emosi seorang usahawan mudah terganggu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan.
Mulut orang pakar fabrikasi dan pembunuh motivasi.
4) Pengorbanan Impian -
Apabila bekerja secara berkumpulan, kita perlu berkorban sebahagian kehendak peribadi kita
kerana kita akan berkongsi impian dengan ramai orang. Kadang-kadang kita terlalu gemar untuk
melakukan sesuatu perkara tetapi perlu dikorbankan demi kejayaan pasukan.
5) Pengorbanan Kasih Sayang -
Benar, wang ringgit tidak boleh membeli walaupun sedikit kasih sayang. Namun, majoriti usahawan
terpaksa mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya
demi perniagaan yang hendak dibangunkan.
6) Pengorbanan Kepercayaan - Dalam sesetengah situasi, kepercayaan terpaksa dipertaruhkan
demi perniagaan. Tidak hairanlah, kita sering dengar kerana perniagaan ada yang hilang kawan,
ahli keluarga dan sebagainya.
Eeemmm….! ingat senang jee nak berniaga niie…rupenye susah jugakkk… tu baru cerita bab pengorbanan
belum lagi bab disiplin, bab sabar, bab lokasi, tempat, target pelanggan, target jualan, strategi pemasaran,
deal bisnes dan lain-lain lagi. Kerja nie bukan calang-calang wooo…!.
9/10 rezeki tuu dalam perniagaan…. harus diingat 9/10 jugaklah cabaran dan risiko.
Cawangan Arau |
Bersama Pengurus U Station Seriab, Pn Norlia kenalan lama semasa kami sama-sama buat bisnes MLM kopi merah BYG |